Cara Pergi Pulau Ketam: Jadual & Harga Tiket Feri
Cara Pergi Pulau Ketam sedikit informasi untuk pengunjung yang pergi pertama kali ke pulau tersebut. Adakah anda pernah mengunjungi ke Pulau Ketam? Pulau Ketam merupakan sebuah pelabuhan kecil dan perkampungan nelayan yang terletak di sebelah Pelabuhan Klang.
Kita sering dengar mengenai pulau tersebut, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu cara untuk mengunjungi pulau tersebut. Untuk ke sana sudah tentu kena guna feri atau boat.
Sebelum itu mari baca sedikit informasi umum mengenai pulau ini. Pulau ini adalah rumah kepada dua kampung Cina yang diasaskan kira-kira 200 tahun dahulu.
Dialek yang sering ditutur oleh masyarakat di sini ialah bahasa Toechew, Hokkien dan Mandarin. Terdapat juga segolongan Orang Asli yang menetap di sekitar pulau ini. Kawasan lain di sekitar pulau ini hanyalah paya bakau.
Untuk pengetahuan anda, rumah dibina tinggi kerana pulau ini akan tenggelam ketika air pasang. Di sini juga tidak ada kereta namun masyarakat sekitar selalunya menggunakan basikal atau motosikal.
Jika anda tercari cari tempat makan, jangan risau. terdapat pelbagai restoran makanan laut dan penduduk yang menjual barangan hasil tangkapan laut yang segar. Selalunya, pengunjung bakal menyewa basikal untuk menjelajah keseluruhan pulau tersebut dan mengambil gambar di rumah-rumah kayu. Di sini juga terdapat sebuah masjid yang dijadikan tempat ibadah dan mesyuarat bagi yang beragama Islam.
Cara Pergi Ke Pulau Ketam
Untuk pergi ke pulau tersebut, penumpang perlu menggunakan pengangkutan air dari Jeti Pelabuhan Klang. Nama komersial Jeti Pelabuhan Klang ialah Terminal Penumpang South Port.
Jeti Pelabuhan Klang terletak berdekatan dengan Pulau Ketam dan oleh itu, anda harus mengambil feri atau bot laju untuk sampai ke Pulau Ketam.
Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Ketam dari Pelabuhan Klang ialah Soon Soon Marine Service, Perkhidmatan Feri Foo Yun dan Tong Cheng Express Services.
Tambang Boat Atau Feri
Tambang bagi perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam bergantung pada jenis pengangkutan air yang dipilih sama ada bot laju atau feri.
Kadar tiket feri yang dikenakan bagi golongan dewasa per hala ialah RM 7.00 dan RM 14.00 bagi pergi-balik. Manakala, tambang feri dicaj bagi golongan kanak- kanak (5- 12 tahun) bagi sehala dan pergi-balik ialah sebanyak RM 4.00 dan RM 8.00. Golongan kanak- kanak bawah umur 5 tahun tidak akan dikenakan sebarang caj tiket.
Selain itu, kadar tiket yang dikenakan bagi penumpang dewasa yang menggunakan bot laju untuk pergi ke Pulau Ketam ialah sebanyak RM 10.00 per hala dan RM 20.00 bagi pergi- balik. Penumpang boleh mendapatkan tiket feri atau bot laju di Pelabuhan Klang.
Jadual Feri Dari Pelabuhan Klang Ke Pulau Ketam
Masa perjalanan diambil untuk sampai ke Pulau Ketam menggunakan bot laju ialah lebih kurang dalam 20 minit.
Malah, bagi yang menaiki feri, masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi agak lama iaitu selama 30 – 45 minit. Biasanya, Terminal Penumpang South Port beroperasi dari pukul 7.00 pagi ke 7.00 malam.
Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan feri ditawarkan pada setiap hari. Namun, jadual perjalanan feri berbeza sedikit pada hujung minggu dan cuti umum.
Berikut merupakan masa pertama dan terakhir perkhidmatan feri beroperasi dari Pulau Ketam dan Pelabuhan Klang.
- Pelabuhan Klang (Isnin- Jumaat)- 8.45 am dan 6.30 pm
- Pelabuhan Klang (Sabtu, Ahad & cuti umum)- 8.45 am dan 7.10 pm
- Pulau Ketam (Isnin- Jumaat)- 7.45 am dan 5.30 pm
- Pulau Ketam (Sabtu, Ahad dan cuti umum)- 7.45 am dan 6.00 pm
Cara Pergi Ke Pelabuhan Klang
Terdapat beberapa cara boleh digunakan untuk pergi ke Pelabuhan Klang sebelum menuju ke Pulau Ketam menggunakan perkhidmatan feri atau bot laju. Antaranya ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Terdapat perkhidmatan bas ditawarkan dari Pasar Seni ke Pelabuhan Klang. Penumpang boleh menggunakan bas seperti Causeway Link 58K dan City Liner 703 bagi perjalanan Pasar Seni- Pelabuhan Klang.
Seterusnya, penumpang turut boleh menggunakan perkhidmatan kereta api komuter dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang. Kadar tambang yang dikenakan bagi perjalanan dari KL Sentral-KTM Komuter Pelabuhan Klang ialah sebanyak RM 6.40 bagi dewasa dan RM 3.20 bagi golongan kanak- kanak dan warga emas.
Jika anda hendak memandu sendiri pengunjung boleh memandu kereta untuk pergi ke Pelabuhan Klang. Bagi yang memandu kereta, terdapat tempat parkiing percuma di tepi jalan Persiaran Raja Muda Musa.
Namun, tempat parkir ini selalu penuh. Selain itu, anda turut boleh memarkir kenderaan di tempat parkir berbayar seperti di KTM (Car Park) Sdn. Bhd, sebelah dengan stesen KTM Komuter Pelabuhan Klang dan Asa Niaga Harbour City Terminal.
Jika anda ingin membaca maklumat lebih lanjut mengenai Pulau Ketam anda boleh layari laman website rasmi Port Klang Integrated Coastal Management Project.
Semoga perkongsian sedikit infomasi mengenai cara pergi Pulau Ketam ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Marilah bersama memperkasakan sektor pelancongan dalam negara kita.