Bas Kuantan Ke Penang: Harga Tiket & Jadual Bas
Bas Kuantan ke Penang harga tiket dari RM59.00 dan informasi jadual bas. Ingin berkunjung ke Penang? Penang sangat terkenal untuk pelbagai destinasi pelancongan yang menarik seperti Taman Negara Pulau Pinang, Taman Botani, The Top Penang dan Muzium Perang. Mungkin ramai tidak sedar, sebenarnya ada perkhidmatan bas untuk laluan tersebut.
Penumpang boleh beli tiket bas secara online >> DI SINI
Perkhidmatan bas ekspres disediakan untuk mereka yang ingin mengunjungi Penang dari Kuantan, Pahang. Kebanyakan penumpang lebih suka menggunakan perkhidmatan bas bagi laluan perjalanan ini disebabkan tambang tiket murah, selesa serta menjimatkan tenaga.
Senarai Bas Express Ke Penang Dari Kuantan
Perkhidmatan bas ekspres biasanya dikendalikan oleh syarikat bas ekspres yang terkenal. Berikut merupakan beberapa contoh syarikat bas popular yang mengendalikan perkhidmatan bas ekspres dari Kuantan, Pahang ke Penang.
Syarikat dinyatakan sangat popular untuk perkhidmtaan yang berkualiti dan memuaskan.
- Economy Express
- Etika Express
- Hee Enterprise
- Konsortium Bas Express (Malaysia)
Harga Tiket Bas
Harga tiket bas bagi perjalanan dari Kuantan ke Pahang biasanya berbeza bagi syarikat berlainan dan oleh itu harga tiket sepenuhnya bergantung pada operator bas dipilih. Ketika musim perayaan, harga tiket bas mungkin menjadi mahal sedikit. Malah, penumpang boleh mendapatkan tiket berharga murah ketika musim promosi.
Ketika promosi ini, penumpang boleh mendapatkan tiket dengan harga murah melalui tawaran diskaun.
Berikut merupakan senarai harga tiket bas bagi laluan perjalanan Kuantan- Penang yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat bas.
- Economy Express- RM 59.80
- Etika Express- RM 60.00
- Hee Enterprise- RM 65.00
- Konsortium Bas Express (Malaysia)- RM 59.10
Jadual Perjalanan Bas
Purata masa perjalanan diambil untuk sampai ke Penang dari Kuantan ialah dalam 8 jam 30 minit. Namun, sila mengambil kira bahawa jumlah masa perjalanan dalam bas bergantung pada musim perjalanan, keadaan trafik serta keadaan cuaca.
Biasanya sesetengah operator bas akan berhenti di R& R untuk berehat dan menggunakan tandas. Bagi mereka yang ingin pergi ke tandas ketika dalam perjalanan bas, anda boleh meminta kebenaran pemandu bas untuk berehat.
Selain itu, hanya 8 trip bas disediakan bagi perjalanan dari Kuantan ke Penang. Oleh itu, penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket seawal mungkin untuk menjamin tiket serta tempat duduk dalam bas. Malahan, jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 569 km.
Berikut merupakan masa bas pertama dan bas terakhir disediakan oleh pelbagai syarikat. Perkhidmatan bas eskpres disediakan pada setiap hari.
- Economy Express- 10.00 pm/ 10.20 pm
- Etika Express- 7.15 am/ 10.30 pm
- Hee Enterprise- 10.00 pm
- Konsortium Bas Express (Malaysia)- 9.00 pm
Terminal Bas Penang Sentral
Terminal ini merupakan terminal bas utama di Penang dan terletak di Butterworth, Seberang Perai. Terminal ini menawarkan sistem pengangkutan bersepadu bagi pengangkutan bas, feri dan kereta api.
Kemudahan Di Penang Sentral
Terdapat pelbagai kemudahan bas disediakan untuk para penumpang di terminal bas ini. Antaranya ialah kemudahan tandas untuk golongan wanita, lelaki dan OKU yang disediakan di setiap aras dalam bangunan ini.
Selain itu, tempat parkir kenderaan turut disediakan untuk penumpang dari aras 6 hingga 9 di bangunan terminal.
Tempat menunggu yang luas dibina untuk penumpang berehat ketika menunggu untuk bas. Kemudahan lain seperti ATM, loker untuk menyimpan bagasi, bilik solat untuk umat Muslim serta gerai- gerai di aras 2 dan 3 turut disediakan.
Untuk pengetahuan anda, Penang sangat popular untuk makanan tempatan yang bervariasi dan sedap.
Bagi mereka yang ingin makan sebelum perjalanan, terdapat banyak gerai makanan di sekitar kawasan terminal ini. Terdapat “food court” di aras 3 dalam bangunan ini.
Jika anda perlukan lebih banyak informasi mengenai penang anda boleh membacanya di laman website rasmi kerajaan penang dan juga di website visit Penang.
Semoga sedikit informasi mengenai bas Kuantan ke Penang ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama memperkasakan industri pelancongan dalam negara kita.