Bas Penang Ke Ipoh: Harga Tiket & Jadual Bas
Bas Penang ke Ipoh informasi umum tentang jadual dan harga tiket bas menghubungkan antara dua destinasi sangat popular ini. Harga tambang bas tidaklah mahal sangat dari RM17.00 sehala. Penumpang boleh book tiket bas secara online melalui banyak applikasi online yang disediakan. Syarikat-syarikat bas juga semakin menguna pakai sistem online untuk memudahkan penumpang membeli tiket dengan lebih mudah dan cepat.
Penumpang boleh beli tiket bas secara online >> DI SINI.
Umum tahun bahawa Penang bukan sahaja penuh dengan tarikan pelancong dan makanan yang sedap-sedap, siapa tidak kenal Laksa Penang tetapi juga negeri perindustrian.
Rakyat Malaysia banyak yang berhijrah ke Penang untuk merebut peluang pekerjaan yang banyak di negeri tersebut terutama di Seberang Perai dan Bayan Lepas.
Setiap hari berlaku pergerakan penduduk yang ramai memasuki Penang dari pelbagai destinasi. Kali ini kita ingin bercerita sedikit informasi umum mengenai perkhidmatan bas yang menghubungkan Penang dan Ipoh.
Senarai Bas Penang Ke Ipoh
Disebabkan laluan ini adalah laluan utama bas express, memang banyak yang menawarkan perkhidmatan menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut.
Di Penang kebanyakan bas bertolak dari Terminal Bas Sungai Nibong di Georgetown, Terminal Bas Bukit Mertajam dan juga Terminal Bas Butterworth di Seberang Perai.
Di bandaraya Ipoh kebanyakan bas menurunkan penumpang di Terminal Bas Amanjaya Ipoh. Terminal ini berdekatan dengan stesen bas tempatan dan teksi.
Seperti yang kita ada sebut tadi bahawa banyak syarikat bas express beroperasi untuk laluan ini. Senarai yang ada di bawah diambil dari portal tempahan tiket bas online easybook.com.
Easybook.com ini adalah sebuah applikasi online yang paling popular di Malaysia untuk tujuan booking tiket bas dan ferry di Malaysia.
- Billion Star
- C.S Travel & Tours (Amudi Express)
- GJG Express
- Hee Enterprise
- KPB Express
- Naik Selalu Express
- New Asian Travel Komtar
- Perak Transit Express
- Plusliner
- Transnasional
- Unititi Express
- Supernice Grassland Express
- Jasmine Express
- Kesatuan Express
- Cepat Express
Jadual waktu perjalanan bas express juga boleh anda semak secara online. Antara portal yang boleh anda gunakan selain website rasmi bas express terbabit ialah busonlineticket.com dan redbus.my.
Portal-portal tersebut ada menyediakan informasi harga tambang bas dan juga jadual bas untuk panduan anda.
Tarikan Pelancongan Di Bandaraya Ipoh
Ramai tertanya-tanya, nanti sampai Ipoh apa yang boleh anda buat. Apa tarikan pelancong yang boleh anda dan keluarga lawati di bandar tersebut?
Sebenarnya banyak. Dari segi tarikan pelancong, Ipoh tidak boleh dipandang sebelah mata. Pastikan ada memperuntukkan berberapa hari untuk benar-benar dapat menyelami dan menikmati perkara-perkara menari di bandar tersebut.
Sebenarnya ada banyak portal yang ada membuat senarai tarikan pelancong di destinasi itu tetapi informasi yang ada di website rasmi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah yang lebih menarik dan lengkap untuk anda baca.
Semoga informasi umum mengenai jadual dan harga tiket bas Penang ke Ipoh ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita sokong dan memperkasakan industri pelancongan dalam negara yang tercinta ini.