Biasiswa MPOB Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Biasiswa MPOB atau juga dikenali sebagai Malaysian Palm Oil Board (Lembaga Minyak Sawit Malaysia). Siapa tidak kenal MPOB yang merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mempromosikan industri kelapa sawit dan menjadi tunggak utama kepada pembangunan industri kelapa sawit di negara kita. Para pekebun atau peladang sawit pasti sering berurusan dengan agensi tersebut.
Selain mengawal selia industri sawit negara, MPOB turut menyumbang ke arah bidang pendidikan dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak. Biasiswa Pendidikan Malaysian Palm Oil Board (MPOB) ditawarkan kepada para pelajar yang layak oleh agensi MPOB.
Semak senarai biasiswa terkini di Malaysia >> DI SINI
Sudah tentu ini adalah peluang kepada pelajar kita yang belum mendapat tajaan pendidikan dari mana-mana pihak.
Syarat Permohonan Biasiswa MPOB
Biasiswa atau tajaan pelajaran ini ditawarkan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat PhD di mana- mana universiti terbaik di United Kingdom (UK), United States of America (USA), Australia atau New Zealand.
Universiti-universiti terpilih mesti diiktiraf oleh Bahagian Perkhidmatan Kerajaan. Untuk pengetahuan pemohon, calon yang berjaya akan ditandatangani perjanjian/ kontrak untuk berkhidmat dengan agensi MPOB setelah menamatkan pengajian PhD.
Kriteria/ Syarat Kelayakan Umum
Terdapat beberapa syarat kelayakan atau kriteria untuk memohon biasiswa tersebut. Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi ole para pemohon untuk melayakkan diri memperoleh biasiswa ini.
- Calon mesti merupakan warganegara Malaysia
- Calon mesti mempunyai bukti surat tawaran melanjutkan pengajian PhD secara sepenuh masa daripada mana- mana 10 universiti terbaik di United Kingdom (UK), United States of America (USA), Australia atau New Zealand.
- Calon mesti memiliki kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dnegan memperoleh skor minimum 580 dalam TOEFL atau bank 6 dalam IELTS.
- Memperoleh ijazah kepujian di peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana (Master’s degree) dalam bidang yang sama.
- Bidang penyelidikan yang dipilih mesti berkaitan dengan kelapa sawit atau produk daripada kelapa sawit.
- Calon mesti berumur mesti kurang daripada 35 tahun.
Syarat kelayakan ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keputusan dan budibicara pihak MPOB.
Adalah penting untuk anda berhubung dengan pihak mereka jika perlukan maklumat lebih terperinci dan terkini.
Bidang Pengajian
Berikut merupakan senarai bidang pengajian yang ditawarkan dengan biasiswa ini. Hanya calon yang melanjutkan pengajian penyelidikan dalam bidang di bawah layak memperoleh biasiswa ini.
- Epigenetik (Epigenetics)
- Mekanisasi (Mechanization)
- Nutrisi Trigliserida Berstruktur (Human Nutrition of Structured Triglycerides)
- Penukaran biojisim kepada bahan kimia Halus (Conversion of Biomass to Fine Chemicals).
- Kelestarian (Sustainability)
Jika kursus anda tidaak tersenarai, adalah baik jika rujuk dengan pihak MPOB terlebih dahulu sebelum memohon untuk dapatkan penjelasan.
Jumlah Tajaan
Pemohon yang berjaya akan menerima duit biasiswa yang merangkumi yuran pengajian dan kos sara hidup bagi seorang tinggal di United Kingdom (UK), United States of America (USA), Australia atau New Zealand.
Cara Memohon
Berikut merupakan panduan serta cara memohon biasiswa ini. Arahan yang lebih lengkap dan terperinci ada di website rasmi MPOB dan juga borang permohonan.
- Para pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan memuat turun borang di laman web MPOB: http://www.mpob.gov.my
- Calon perlu melengkapkan borang permohonan dengan lengkap dan borang tersebut perlu dilampirkan dengan dokumen- dokumen berikut; proposal penyelidikan, salinan keputusan transkrip akademik (SPM, STPM, Diploma, Ijazah Sarajana Muda dan Ijazah Sarjana (Masters degree)), salinan surat tawaran daripada universiti dan dokumen sokongan yang lain.
- Borang permohonan yang lengkap berserta dengan dokumen- dokumen penting perlu dihantar ke ofis (head quarters) MPOB.
Untuk makluman pembaca, hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
Jika para pemohon tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak MPOB dalam 3 bulan dari tarikh tutup permohonan tajaan pendidikan ini, calon boleh mengaggap permohonan anda tidak berjaya.
Maklumat Perhubungan
Berikut merupakan maklumat perhubungan mengenai biasiswa tersebut. Mungkin anda perlukan lebih banyak informasi terperinci dan terkini bolehlah hubungi nombor di bawah.
Alamat: Human Development & Conference Management Unit. Malaysian Palm Oil Board (MPOB) 6, Persiaran Institusi Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor.
Nombor Telefon: 03-8769 4567 atau 03-8769 4868
Semoga sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan dan cara memohon biasiswa MPOB ini bermanfaat kepada anda. Boleh share info ini kepada kawan-kawan anda, mungkin mereka layak dan ingin cuba memohon peluang tajaan pendidikan ini.