Semakan Penyata KWSP Online Akaun 1 & 2 Guna i-Akaun
Semakan penyata KWSP online untuk mengetahui baki Akaun 1 & 2 ahli melalui applikasi KWSP i-Akaun.
Jika anda mempunyai simpanan KWSP sudah tentu ada, pasti anda akan tertarik untuk mengetahui jumlah wang simpanan terkini anda.
Kali ini kami ingin share sedikit informasi umum dengan anda cara buat semakan secara online. Cara yang lebih mudah, dan menjimatkan untuk tujuan tersebut.
Adalah penting untuk anda membuat semakan untuk memantau perkembangan simpanan KWSP anda dari masa ke semasa.
Sebenarnya melalui applikasi online ini, penyimpan boleh membuat pelbagai jenis pengeluaran wang simpanan mereka dengan proses yang lebih cepat dan mudah.
Masa musim pandemik ini ada baiknya kita biasakan diri berurusan secara online.
Semakan Status KWSP Online
Jika dulu untuk membuat semakan anda perlu mengunjungi pejabat atau kiosk KWSP untuk cetakan status terkini, tetapi kini anda tidak perlu berbuat demikian lagi.
Anda hanya perlu membuat semakan secara online, semua maklumat mengenai simpanan KWSP anda boleh lihat dari portal tersebut.
Untuk membuat semakan secara online, ahli terlebih dahulu perlu mendaftar/aktifkan KWSP i-Akaun.
Anda boleh berbuat demikian dengan mendapatkan ID pengguna dan Password sementara di mana-mana kiosk KWSP yang terdekat dengan anda.
ID Pengguna dan password sementara itu akan dihantar melalui SMS kepada anda. Penting untuk mendaftarkan nombor telefon (mobile phone) yang masih aktif.
Adalah mustahak untuk anda mendaftar i-Akaun bukan sahaja untuk tujuan semakan terkini status simpanan KWSP tetapi juga untuk kemudahan-kemudahan yang lain.
Senarai Perkhidmatan i-Akaun
Di bawah disenaraikan jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan untuk para pengguna i-Akaun. Memang amat banyak dan memudahkan urusan KWSP anda.
Sila lihat senarai 8 fungsi penting i-Akaun di bawah;
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Fungsi-fungsi ini sentiasa akan ditambah baik dari masa ke semasa oleh pihak KWSP. Ini bertujuan untuk menambah kepantasan perkhidmatan dan memudahkan para penyimpan.
Semak Penyata KWSP Melalui i-Akaun
Selepas anda sudah mendaftarkan akaun i-Akaun bolehlah anda login dan buat semakan terkini status simpanan KWSP anda.
Untuk akses ke i-Akaun layari portal rasmi KWSP dan di paparan seperti di bawah masukkan ID Pengguna dan Password sementara anda.
Selepa anda mendaftar i-Akaun semuanya akan menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu ikut 3 langkah mudah di bawah untuk mendapatkan penyata tahun semasa anda.
1. Login masuk ke i-Akaun KWSP anda
2. Selepas itu klik penyata tahun semasa / tahun sebelumnya. Penyata akan dipaparkan
3. Anda boleh cetak penyata akaun tahun sebelumnya / semasa anda untuk rujukan anda.
Proses semakan tidaklah sukar jika anda ambil masa membaca arahan-arahan yang diberi dalam portal tersebut.
Cara Semak Baki KWSP Tanpa i-Akaun
Boleh atau tidak untuk semak baki KWSP tanpa i-Akaun? Boleh sangat, cuma anda kenalah gerak.
Apa yang perlu anda buat untuk buat semakan ialah mengunjungi mana-mana pejabat atau kiosk KWSP untuk mendapatkan penyata terkini baki simpanan KWSP anda.
Jika anda ke pejabat KWSP biasanya pegawai akan mengalakkan anda mendaftar i-Akaun dan mereka akan bantu anda untuk membuat pendaftaran.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP gunakan nombor telefon ini 03-8922 6000 dan ikut arahan yang diberikan untuk mendapatkan maklumat yang anda perlu.
Walau bagaimanapun untuk memudahkan urusan anda pada masa akan datang, lebih baiklah register i-Akaun untuk memudahkan membuat pelbagai urusan berkaitan simpanan KWSP anda.
Semoga perkongsian info mengenai semakan penyata KWSP secara online ini bermanfaat kepada anda.