Diploma Multimedia Syarat Kelayakan & Peluang Kerjaya
Diploma Multimedia atau sering juga dikenali sebagai Diploma Applikasi Multimedia kreatif adalah bidang kursus yang sangat popular ketika ini.
Apa lagi semasa semua urusan banyak melibatkan online termasuk untuk tujuan pemasaran dan sebagainya.
Kali ini kita cover sedikit mengenai syarat kelayakan kemasukan untuk ambil bidang pengajian ini dan peluang kerjaya atau pekerjaan masa depan selepas tamat pengajian kelak.
Info Berkaitan: Senarai biasiswa lepasan SPM yang terkini di Malaysia
Seperti yang anda tahu dengan teknologi dan dunia pengkomputeran yang semakin membangun di Malaysia telah mendatangkan pelbagai manfaat kepada pelbagai pihak.
Bukan itu sahaja, malahan ia telah pun menjadi antara keperluan terpenting kepada pelbagai pihak.
Adakah anda mempunyai minat dalam bidang multimedia atau pengkomputeran?
Di mana dalam bidang ini melibatkan pengeditan,rekaan grafik, imej bergerak dan sebagainya.
Menarik bukan?
Tahukah anda, sebenarnya jika anda mempunyai minat dalam bidang ini, anda juga berpeluang untuk meningkatkan minat serta kemahiran anda dalam bidang multimedia.
Bagaimana? Sudah tentu dengan mengikuti program pengajian dalam bidang multimedia.
Apa Itu Diploma Multimedia?
Apakah Diploma Multimedia dan pernahkah anda mendengar mengenai kursus tersebut sebelum ini?
Diploma ini adalah antara kursus yang popular dalam menjadi pilihan kepada pelajar-pelajar di luar sana.
Sebenarnya kursus ini merupakan sebuah bidang yang sering dikaitkan dengan integrasi komputer yang dikawal.
Seperti teks, grafik, lukisan, imej bergerak atau video, animasi, audio atau apa-apa media yang maklumatnya boleh diwakili, disimpan, diproses dan dihantar secara digital dipanggil multimedia.
Bukan itu sahaja diploma dalam bidang ini direka khas untuk individu yang ingin meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat, penerbitan dan percetakan, hiburan dan lain-lain.
Apa yang lebih menarik adalah dalam kursus ini pelajar akan memperoleh kemahiran praktikal dan teori yang sebenar.
Kemahiran ini juga berkaitan dengan ICT dan reka bentuk seni visual yang sering digunakan dalam pelbagai bidang.
Kemajuan teknologi yang semakin canggih pada masa kini telah menggalakkan penggunaan teknologi maklumat yang lebih dalam pelbagai bidang.
Oleh itu, graduan dalam bidang tersebut sangat diperlukan untuk mengurus pentadbiran seperti merancang persembahan interaktif, brosur dan laman sesawang.
Graduan juga akan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mewujudkan projek-projek multimedia dengan penggunaan alat yang pelbagai apabila tamat pengajian kelak.
Syarat Kelayakan Kemasukan
Bagi anda yang berminat dengan program pengajian ini, berikut adalah syarat kelayakan bagi melayakkan diri anda untuk mendaftar dalam bidang ini.
- Warganegara Malaysia
- LULUS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
- Mendapat tiga kepujian dalam mana-mana subjek lain dan lulus matematik atau;
- Pemohon hendaklah Lulus SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan atau;
- Pemohon hendaklah Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata pelajaran atau;
- Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan
Jika kebetulan anda meminati bidang ini dan memiliki kelayakan minimum di atas, anda boleh memohon untuk mengikuti kursus tersebut.
Kalau di Malaysia banyak kolej dan universiti yang menawarkan kursus ini antaranya ialah Politeknik, UiTM, KPTM dan UNIKL.
IPTS juga banyak yang menawarkan bidang ini kerana permintaan keperluan industri yang tinggi.
Anggaran Yuran Pengajian
Bagi program pengajian dalam bidang ini, anggaran yuran pengajian yang perlu di bayar oleh pelajar adalah berjumlah Rm22,110.
Yuran antara IPT memang berbeza-beza tetapi tidaklah tinggi untuk kursus dan tahap yang sama. Anda boleh tanya terus kepada IPT pilihan anda.
Yuran pengajian yang ditawarkan adalah sangat berpatutan kepada pelajar yang berminat dalam bidang multimedia ini.
Selain itu, jika anda menceburi bidang ini, tempoh pengajian yang ditawarkan adalah 2 tahun 4 bulan.
Di mana dalam tempoh tersebut pelajar akan mempelajari pelbagai kemahiran dan teori berkaitan dengan multimedia.
Untuk pengetahuan anda, yuran pengajian dan tempoh pengajian ini adalah berdasarkan yuran dan tempoh pengajian bagi Kolej Poly-Tech Mara dan mungkin berbeza dengan institusi yang lain.
Subjek Silibus Pengajian
Bagi memberi gambaran dengan lebih jelas lagi mengenai Diploma Multimedia, berikut kami kongsikan antara subjek silibus dan struktur program yang bakal anda pelajari jika anda menceburi program ini.
Mungkin akan ada perbezaan sedikit antara IPT tetapi terutama nama subjek tapi pada asasnya, anda akan mempelajari subjek-subjek seperti di bawah.
- Pengenalan kepada Multimedia
- Kemahiran dan Aplikasi Teknologi Maklumat
- Asas Pengaturcaraan
- Matematik
- Penguasaan Bahasa Inggeris
- Pengajian Islam
- Etika dan Moral
- Fotomedia Digital
- Pengenalan Pembangunan Multimedia
- Ilustrasi Digital
- Konsep Pangkalan Data
- Pemikiran Kritis & Kreatif
- Kemahiran belajar
- Pengucapan Awam
- Komunikasi Manusia
- Kemahiran Menulis
- Bahasa Kebangsaan
- Penerbitan di World Wide Web
- Audio & Video Digital
- Reka Bentuk dan Komunikasi Visual
- Rangkaian Multimedia
- Pengajian Malaysia 2
- Bahasa Melayu Komunikasi 1 (bagi pelajar luar negara)
- Pemodelan 3D
- Fotografi Digital
- Tipografi
- Animasi Digital
- Pengurusan Projek Multimedia
- Pengarang Multimedia Interaktif
- Aplikasi sesawang
- Pengurusan Kandungan
- Khidmat Masyarakat 1
- Pengurusan Masjid
- Pengurusan Acara Sukan
- Reka Bentuk Antara Muka & Maklumat
- Projek Multimedia
- Strategi Komunikasi Berkesan
- Keusahawanan Digital
- Latihan Industri Media Kreatif
Peluang Kerjaya Atau Pekerjaan
Diploma dalam bidang ini bukan sahaja terkenal dengan kelebihannya yang mempunyai struktur pembelajaran yang menarik tapi juga kerana kelebihan dalam bidang peluang kerjaya atau pekerjaan yang terdiri daripada pelbagai jawatan untuk diceburi.
Berikut adalah antara peluang pekerjaan yang boleh diceburi untuk graduan.
1. Web Designer
Web designer merupakan peluang kerja yang boleh diceburi oleh graduan dalam bidang multimedia.
Dalam kerjaya ini, ia memerlukan gabungan kemampuan design dan programming.
Dalam era digital ini hampir setiap organisation mahu pun individu memiliki website rasmi atau peribadi atas pelbagai tujuan.
Kemahiran membuat website design sangatlah perlu untuk setiap organisasi.
Design digunakan untuk membuat layout dan skill programming digunakan untuk meng-coding website.
Untuk pengetahuan anda, seorang web designer bertanggungjawab dalam memperbaruhi kandungan dan design website apabila diperlukan.
2. Graphic Designer
Graphic designer pula bertanggungjawab membuat design untuk keperluan mempublish di media cetak, website, poster serta membuat identity visual untuk keperluan syarikat.
Skop kerja bermula daripada brief yang diberikan oleh klien , creative director atau account manager dan kemudian graphic designer yang akan mengembangkan konsep yang lebih kreatif sesuai dengan briefing dan tujuan yang sudah ditentukan.
Selain daripada dapat mengemukakan idea-idea yang kreatif, graphic designer juga dituntut untuk bekerja dengan cepat dengan deadline yang lebih ketat.
Hampir semua syarikat memerlukan graphic designer, sebab itulah peluang pekerjaan dalam bidang multimedia ini sangat tinggi.
3. Animator Atau Illustrator
Seterusnya adalah Animator dan illustrator yang sama-sama memerlukan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai sebuah kemampuan yang khusus yang dimiliki oleh graduan multimedia.
Illustrator menggabungkan seni, desing dan kreativiti untuk menghasilkan gambar visual untuk pelbagai produk dan media.
Biasanya, seorang illustrator memiliki ciri khasnya dan gayanya tersendiri yang akan memberi perbezaan kerjayanya dengan illustrator yang lain.
Animator pula melibatkan seni membuat gambar bergerak atau animasi dalam bentuk 2 dimensi (2D) atau 3 dimensi (3D)
Karya yang dihasilkan dari animator biasa digunakan untuk film, iklan, video, website, game dan media yang lainnya.
4. Interactive Media Designer
Interactive media designer pula merupakan kerjaya dengan skop kerja yang memerlukan individu untuk membuat design interactive yang melibatkan teks, data, grafik, suara, animasi dan effect visual yang lainnya.
Sesebuah syarikat memerlukan seseorang individu yang mahir dalam pembuatan website, video game, pembelajaran online dan lain-lain.
Menarik bukan? Bukan itu sahaja Interactive media designer juga sering digandingkan dengan software developer sehinggakan kedua-duanya diperlukan untuk proses meng-coding dan percubaan keseluruhan fungsi produk yang dirancang oleh syarikat tersebut.
Empat bidang di atas bukanlah satu-satunya peluang pekerjaan yang anda boleh ceburi. Anda boleh meluaskan peluang anda dengan pelbagai cara termasuk kerja sendiri sebagai freelancer dalam bidang tersebut.
Anda juga boleh jadi youtuber dan menjana pendapatan bulanan yang lumayan dengan kemahiran yang anda miliki.
Diploma dalam bidang ini sememangnya mempunyai struktur pembelajaran yang menarik.
Bukan sahaja menarik tapi peluang kerjaya yang boleh diceburi pada masa hadapan juga boleh menjamin masa hadapan yang cerah.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program pengajian ini, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk memohon dalam program ini.
Semoga perkongsian sedikit informasi umum mengenai peluang kerjaya dan syarat kelayakan Diploma Multimedia ini bermanfaat kepada anda. All the best kepada anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini.