Syarat Kelayakan Diploma Seni Bina & Peluang Kerjaya
Adakah anda berminat dengan kerjaya sebagai arketik (architect)? Jika Ya! anda perlu baca syarat kelayakan Diploma Seni Bina (architecture) lepasan SPM dan peluang kerjaya dalam bidang tersebut.
Anda perlu sedia maklum bahawa melanjutkan pengajian dalam bidang ini adalah sebahagian daripada keputusan besar yang anda buat dalam hidup anda.
Info Berkaitan: Senarai Tajaan Pengajian Terkini Di Malaysia
Tahukah anda diploma ini adalah antara program yang mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam pelbagai sektor.
Bukan itu sahaja struktur pembelajarannya juga menarik dan pasti bersesuaian dengan anda, terutamanya bagi mereka yang meminati bidang seni bina.
Kalau di Malaysia banyak IPT yang menawarkan kursus tersebut. Antara IPTA yang popular untuk kursus ini ialah UTM, UiTM, USM, Politeknik dan KKTM.
Apa Itu Diploma Seni Bina?
Sebelum anda mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bidang ini pertama sekali anda perlulah memahami apa itu seni bina.
Secara umunya seni bina boleh ditafsirkan sebagai mereka bentuk, menyedari dan membina.
Seni bina khususnya sebagai tindak untuk menyelesaikan masalah atau proses rekaan.
Walaubagaimanapun, penekanan utama dalam program ini diberikan kepada teknik lukisan digital berserta dengan bantuan komputer dan kemahiran persembahan dengan menggunakan teknologi perisian terkini yang canggih.
Bidang pengajian ini diwujudkan untuk menyediakan pelajar-pelajar dengan cabaran kerjaya dalam bidang seni bina.
Apa yang lebih menarik adalah, dalam program ini pelajar akan menerima pengetahuan sokongan dalam proses serta kaedah pembinaan bangunan seperti perkara berkaitan bahan-bahan pembinaan,analisis struktur , reka bentuk dan teknologi pembinaan.
Sesuailah kepada mereka yang meminati seni bina atau yang berkaitan dengan reka bentuk untuk menyertai program ini bagi megembangkan lagi minat anda dengan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang seni bina.
Syarat Kelayakan Diploma Seni Bina Lepasan SPM
Ini adalah syarat kelayakan arketik lepasan SPM. Jika anda memiliki syarat kelayakan di bawah, anda di laluan yang betul.
SPM
Lulus SPM atau setaraf dengan memperoleh tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- Mana-mana dua mata pelajaran lain
DAN - Lulus Bahasa Inggeris
- Pemohon juga perlu lulus dalam mata pelajaran PSV / Lukisan Kejuruteraan atau Grafik Komunikasi Teknikal atau setaraf pada peringkat SPM serta Lulus Ujian Portfolio yang dikendalikan oleh MARA.
STPM
Pemohon hendaklah lulus STPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya Gred C iaitu CGPA 2.0 dalam mana-mana 1 mata pelajaran.
DAN
Lulus di peringkat SPM bagi mata pelajaran yang berikut:
- Matematik
- Bahasa Inggeris
- Mana-mana satu subjek lain serta Lulus Ujian Portfolio yang dikendalikan oleh MARA.
STAM
Pemohona hendaklah Lulus STAM dengan memperoleh pangkat maqbul dan memperoleh kepujian di peringkat SPM bagi subjek Matematik.
DAN
Lulus Ujian Portfolio yang dikendalikan oleh MARA.
IKM/ILKA/ILKS
Bagi Kelulusan peringkat sijil, pemohonperlulah lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.50.
ATAU
Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi, bagi bidang berkaitan, dengan memperoleh 2.0 ≤ PNGK < 2.50 dan sekurang-kurangnya pemohon telapun mempunyai 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.
SKM
Bagi peringkat SKM, pemohon hendaklah Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang berkaitan, yang diiktiraf atau setaraf.
Peluang Melanjutkan Pengajian
Untuk pengetahuan anda selepas tamat sahaja program ini anda boleh membuat pilihan sama ada untuk terus bekerja atau untuk melanjutkan lagi pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi.
Di Malaysia ini adalah senarai universiti (IPTA) yang menawarkan Diploma Seni Bina.
- Sarjana Muda Senibina (UTM)
- Sarjana Muda Senibina (UiTM)
- Sarjana Muda Senibina (USM)
- Sarjana Muda Senibina (UPM)
Tidak terhad ke IPTA sahaja, sekarang ini banyak IPTS menawarkan kursus yang sama.
Peluang Kerjaya
Apakah peluang pekerjaan yang boleh anda ceburi sebagai graduan dalam bidang seni bina?
Sebelum itu, tahukah anda antara kelebihan mengikuti program diploma ini adalah anda boleh menggunakan sijil diploma anda untuk mendapatkan pekerjaan.
Gaji dan peluang menjana pendapatan dalam bidang ini juga agak menarik.
Di tambah pula dengan peluang pekerjaan yang luas dan menarik dalam bidang ini pasti akan lebih menarik minat anda.
Berikut adalah antara peluang kerjaya yang boleh anda ceburi selepas tamat pengajian kelak.
- Pembantu Penyelia Projek
- Kontraktor dalam bidang Senibina
- Kontraktor Industri Pembinaan
- Pelukisn Pelan
- Perekabentuk Senibina
- Usahawan
Menarik bukan? Sebenarnya banyak lagi peluang jawatan kosong dalam bidang ini yang anda boleh ceburi.
Tempoh Pengajian
Bagi mereka yang berminat dengan program ini, berikut kami kongsikan kepada anda tempoh pengajian yang perlu anda ikuti apabila anda menyertai program diploma ini.
Bagi tempoh pengajian, biasanya program ini akan dilaksanakan bagi tempoh 6 semester iaitu bersamaan dengan 3 tahun.
Walaubagaimanapun tempoh ini mungkin berbeza mengikut institusi masing-masing.
Subjek Silibus
Bagi memudahkan anda berikut kami kongsikan subjek silibus yang akan anda pelajari jika anda menyetai program diploma seni bina.
Berikut adalah antara subjek yang anda akan hadapi dan pelajari. Kelihatannya agak menarik.
- Computer Aided Design Fundamental
- Architectural Graphic
- Building Technology 1
- Architectural Draughtmanship 1
- Fundamental Mathematics
- English for Communication 1
- Perspektif Islam
- Teori Etika dan Amalan Moral
- Co-curriculum 1
- Design 1
- Building Services 1
- Building Technology 2
- Architectural Draughtmanship 2
- English for Communication 2
- Pengajian Malaysia
- Co-curriculum 2
- Design 2
- Building Services 2
- Architectural StructureArchitectural History 1
- Architectural Multimedia 1
- Environmental Physics
- Islam Kontemporari
- Masalah dan Isu Moral
- Design 3
- Land survey Building Regulation
- Architectural Measured Drawing
- Architectural History 2
- Architectural Multimedia 2
- Start-Up Enterprise
- Design 4
- Building Regulation
- Architectural Practice
- Digital Enterprise
- Industrial Training
Kelebihan
Mungkin anda pernah tertanya mengapa bidang seni bina ini kerap sekali menjadi sebutan orang ramai.
Bukan itu sahaja, malahan diploma dalam bidang ini juga kerap menjadi rebutan kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian.
Sudah tentulah kerana kelebihannya yang menarik pelajar-pelajar untuk menceburi bidang ini.
Berikut kami kongsikan antara kelebihan program diploma seni bina yang anda perlu tahu.
- Peluang kerjaya yang luas
- Subjek silibus yang menarik
- Dapat mengembangkan minat anda dalam bidang seni bina
- Menambah kemahiran anda dalam bidang seni bina
- Berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda
Sebenarnya terdapat banyak kelebihan dalam program ini yang anda akan peroleh jika anda menceburi bidang ini.
Kepada mereka yang berminat untuk menyetai program ini anda boleh membuat permohonan untuk mendaftarkan diri apabila permohonan dibuka.
Tuan. Saya ingin bertanya. Pelajar yang ambil akaun boleh ambil jurusan senibina, atau tidak?
Kalau memenuhi kelayakan yang ditetapkan tentu boleh. Subjek Math masa SPM wajib kredit
Tuan.sekiranya ingin melanjutkan pembelajaran dari sijil senibina dengan 6 tahun pengalaman berkerja dalam bidang architecture. Apakah rekomendasi tuan yang perlu melangkah ke peringkat seterusnya?terima kasih
Jika memenuhi syarat kelayakan ambil diploma seni bina mengapa tidak. Tuan boleh berhubung dgn IPT yang menawarkan kursus senibina peringkat Diploma untuk semak kelayakan dan ambil kursus tersebut. Jika tuan ada SKM Tahap 3, cuba semak info di portal ini https://www.ilpkls.gov.my/index.php/program/program-sepenuh-masa-2/dilpoma-teknologi-cadd-senibina
Tuan,, saya diploma course IT …kmdian ambil degree course seni bina boleh ke..
Assalamualaikum , izinkan saya nak bertanya , saya pelajar sekolah menengah dan tahun depan saya dah tingkatan 5 tapi saya tak ambik aliran/subjek seni
jadi boleh ke saya nak ambil course architecture ni ?
Terima kasih
jadi boleh lah kan..btw saya lah pelajar sekolah menengah yang tak ambil aliran seni tapi minat bidang arkitek ni hihi
boleh sngt