Pulau Kapas Day Trip Pakej – Pilihan Terbaik Untuk Anda!
Di malaysia memang sangat terkenal dengan pulau-pulau percutiannya yang indah. Tapi pernah anda dengar tentang pulau kapas?
Pulau ini terletak di Marang, Terengganu. Kenapa pulau ini dinamakan Pulau Kapas? Inilah yang unik dan menariknya tentang pulau ini, bentuk pantainya yang putih dan sangat lembut sehingga penduduk tempatan memberikan nama Pulau Kapas.
Pantainya memang sama macam kapas! Jika anda mencari pulau percutian yang boleh memberikan anda ketenangan yang menggembirakan, inilah pulau yang paling tepat untuk anda pergi.
Kedudukan pulau ini agak terpencil dan sangat jauh dari hiruk-pikuk bandar, jadi anda boleh menikmati suasa tenang di pulau ini sambil melihat keindahan di tepi pantai sambil mendengar desiran ombak.
Kapas Coral Beach Resort
Kalau anda nak tahu, di Pulau Kapas terdapat sebuah resort yang menjanjikan pengalaman percutian yang sangat menarik untuk para pengunjung.
Resort itu dikenali sebagai Kapas Coral Beach Resort. Resort inilah yang menyediakan pelbagai jenis pakej percutian di Pulau Kapas untuk mereka yang menginginkan tempat penginapan yang selesa, jauh dari kesesakan orang ramai, dan pakej aktiviti yang menarik.
Pakej Percutian Yang Ditawarkan Pulau Kapas
Kapas Coral menyediakan 7 jenis pakej percutian untuk anda! Menarik kan? Boleh pilih-pilih, harga pun berpatutan! Apa 7 jenis pakej tu? Mari kita lihat senarai di bawah.
1. Pakej percutian 2D1N (Harga bermula RM185-RM370/PAX)
Pakej ini menyediakan penginapan satu malam. Jika anda merancang untuk percutian 2 hari 1 malam, anda boleh memilih pakej ini.
Tawaran yang diberikan:
- 1 kali sarapan
- 1 kali makan tengah hari
- 1 kali makan malam
- Aktiviti snorkeling bersama kelengkapan
- Boat transfer
2. Pakej percutian 3D2N (Harga bermula RM335-RM595/PAX)
Bagi pakej percutian ini pula, ia menyediakan penginapan selama 3 hari 2 malam. Kalau anda mahu bercuti bersama keluarga ataupun kawan-kawan agak lama di Pulau Kapas, pakej ini sesuai untuk anda!
Dapatlah anda menikmati keindahan pulau ini sepuasnya.
Tawaran yang diberikan:
- 2 kali sarapan
- 2 kali makan tengah hari
- 2 kali makan malam
- Aktiviti snorkeling bersama kelengkapan
- Boat transfer
3. Pakej bulan madu
Bagi pasangan yang dah berkahwin, inilah pakej yang paling sesuai untuk anda!
Setelah masing-masing sibuk bekerja setiap hari, anda mesti menginginkan percutian di sebuah pulau yang indah dan meluangkan masa bersama kan.
Pakej ini bukan untuk pasangan yang baru berkhawin sahaja, pasangan yang sudah lama berkahwin pun tidak ada masalah.
Tawaran yang diberikan:
- Penginapan 2D1N dan 3D1N
- Sarapan
- Makan tengah hari
- 1 Candle Light Dinner
- Aktiviti snorkeling bersama kelengkapan
- Manisan coklat
- Jus istimewa dan bunga
Harga penginapan:
- 2D1N (RM800-RM860/PAX)
- 3D1N (RM1300-RM1400/PAX)
4. Pakej pelajar
Tak tahu nak bercuti ke mana masa cuti sekolah ataupun cuti semester?
Pulau Kapas menyediakan pakej untuk pelajar, kenapa anda tidak manfaatkan peluang bercuti bersama kawan sekolah kan?
Inilah masanya anda menenangkan fikiran dari kerja sekolah dan mencipta kenangan bercuti di pantai bersama kawan-kawan.
Harga yang ditawarkan pun mampu milik.
Tawaran yang diberikan:
- Penginapan
- Sarapan
- Aktiviti snorkeling bersama kelengkapan
- Boat transfer
Harga Penginapan:
- 2D1N (Harga bermula RM170-RM180/PAX)
- 3D2N (Harga bermula RM300-RM320/PAX)
5. Pakej Sehari
Anda perlukan masa sehari untuk berehat dari pekrjaan seharian anda?
Anda mungkin sibuk setiap masa, tapi anda hanya memerlukan masa sehari untuk bercuti. Kebanyakan orang tidak mendapat kebenaran dari majikan untuk bercuti selama beberapa hari ataupun seminggu.
Kapas Coral menyediakan pakej percutian sehari untuk anda, tidak perlu menginap kerana cukup sehari untuk berehat daripada tekanan pekerjaan.
Aktiviti yang ditawarkan adalah aktiviti snorkeling bersama kelengkapan peralatan dan menaiki bot. Makan tengah hari pun termasuk dalam pakej ini, berbaloi kan?
Harga pakej:
- Seorang (RM120/PAX)
- Kumpulan (RM90/PAX)
Aktiviti Rekreasi Lain Di Pulau Kapas
Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang tidak termasuk dalam pakej percutian. Kalau anda berminat, anda boleh berunding sendiri dengan pihak Kapas Coral.
Berikut adalah aktiviti-aktiviti lain dengan harga yang ditawarkan:
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan ataupun ingin menempah pakej percutian di Pulau Kapas, anda boleh menghubungi alamat berikut:
MGH BOAT SERVICE,
Kaunter No. 2, Arked Jeti Marang,
21600 Marang, Terengganu.
Tel : 09 6183166
E-mail: kapasislands@yahoo.com
Nombor telefon untuk dihubungi:
(Mohd Iza Azami)
- 09-6183166
- 013 915 9748
- 016 921 3936
Anda juga boleh melayari laman website Kapas Coral Beach Resort untuk maklumat lebih terperinci mengenai pakej percutian mereka di pulau tersebut.
Marilah bersama menyokong industri pelancongan tempatan kita. Selamat bercuti!
menarik, info ni membantu saya nak buat rujukan bercuti di pulau kapas.