Bas Dari Kuantan Ke Awana Genting Highlands
Ada sesiapa nak ke Genting Highland dari Pantai Timur? Mungkin masih ramai tak tahu ada bus services dari Kuantan terus ke Genting Highland.
Perkhidmatan bas ini baru sahaja dilancarkan.
Bus bertolak sebanyak 3 trip sehari menghubungkan Kuantan dan Awana Genting Highland.
Harga tiket bas ialah RM 33.00 / pax.
Harga ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa, bergantung kepada keputusan syarikat bas express tersebut.
Kini lebih mudah untuk warga Pahang atau Kuantan bercuti ke pusat pelancongan terhebat di Malaysia ini.
Perjalanan dari Kuantan ke Genting berapa jam? Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 31 minit dengan jarak perjalanan lebih kurang 215 km.
Bergantung kepada keadaan semasa lalulintas.
Sebelum bertolak anda boleh booking online perkara-perkara penting nie
- Tiket Cable Car Awana Skyway. Rujuk Cable Car Genting Highland.
- Tiket Genting Skyworld
Kalau tak pandai booking online jangan risau sebab sampai sana anda juga boleh dapatkan tiket-tiket tersebut.
Memang banyak aktiviti menarik anda boleh lakukan dan alami di pusat peranginan tersebut. Sebab itulah ianya menjadi tumpuan ramai selain cuacanya yang nyaman.
Selamat bercuti!