Senarai Lokasi Program Jualan Rahmah Bergerak Terkini
Program Jualan Rahmah (PJR) ini merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN).
Program ini menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian lebih murah sehingga 30% berbanding harga pasaran setempat.
Inisiatif PJR ini dijalankan dengan kerjasama pemain industri sektor peruncitan terdiri dari pasaraya dan hypermarket di lokasi-lokasi terpilih di setiap kawasan parlimen.
PJR dilaksanakan oleh KPDN di bawah program Payung RAHMAH.
Tujuannya untuk menawarkan barangan keperluan harian dengan penjimatan lebih besar.
Secara keseluruhan, PJR dilaksanakan membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Kekerapan Pelaksanaan PJR
Program Jualan Rahmah Bergerak ini berkonsepkan ‘Kedai Cari Rakyat’ diadakan sebanyak 2 kali setiap bulan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
Sebanyak RM100 juta diluluskan di parlimen untuk pelaksanaan PJR.
Antara barangan keperluan harian yang dijual di Jualan Rahmah Bergerak ialah seperti telur, minyak masak, tepung, gula, bawang, ikan bilis dan beras.
Senarai Lokasi PJR
Jualan lokasi ini dilaksanakan oleh KPDN di setiap negeri. Untuk semak lokasi-lokasi terkini program PJR anda boleh semak atau rujuk di lama Facebook KPDN.
- Selangor
- Pahang
- Melaka
- Kedah
- Kuala Lumpur
- Perak
- Kelantan
- Pulau Pinang
- Perlis
- Terengganu
- Negeri Sembilan
- Johor
- Sarawak
- Sabah
- WP Labuan
- WP Putrajaya
- WP Kuala Lumpur
Apa tunggu lagi, semak hari ini lokasi-lokasi terkini Program Jualan Rahmah di negeri anda. Ambil peluang ini untuk membeli barangan keperluan harian dengan harga 30% lebih murah.
Semoga inisiatif ini membantu anda mengatasi kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini.