Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa & Syarat Kelayakan
Pembiayaan pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan Angkasa ini ialah kemudahan pembiayaan boleh ubah untuk ahli koperasi atau anak mereka yang melanjutkan pengajian sepenuh masa, separuh masa atau PJJ untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah di IPT dalam negara.
Keistimewaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa
Pembiayaan pendidikan boleh ubah ini bertukar kepada biasiswa jika pelajar mencapai kelas atau gred pengijazahan seperti berikut.
- Kelas Pertama – 100% Biasiswa
- Kelas Kedua Atas – 60% Biasiswa
- Lain-lain – 100% Pembiayaan
Yang menariknya pembiayaan ini tidak mengenakan sebaran caj faedah (interest)
Syarat Kelayakan Permohonan Pembiayaan Yayasan Angkasa
Sebelum memohon anda hendaklah meneliti syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon pembiayaan pendidikan ini.
Terdapat 4 kategori syarat kelayakan. Sila semak syarat kelayakan mengikut kategori anda di pautan di bawah.
- Ijazah Sarjana Muda (Degree)
- Ijazah Sarjana Muda (Degree) Separuh Masa / PJJ
- Ijazah Sarjana (Master)
- Doktor Falsafah (PhD)
Jika anda berminat, sila rujuk kepada iklan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa di bawah.
Permohonan hendaklah melalui atas talian (online) sahaja di laman website rasmi mereka https://www.yayasanangkasa.coop/
Anda juka boleh menghubungi mereka guna Yayasan Angkasa contact number di bawah.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
402, Blok C, Glomac Business Centre
No.10, Jalan SS6/1
Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Telefon: +603 – 7880 5358
All the best! kepada anda yang memohon.