Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA & Syarat Kelayakan Bantuan
Tarikh bayaran bantuan musim tengkujuh RISDA 2023, syarat bantuan dan cara permohonan bantuan musim tengkujuh. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA tahun ini ada lagi.
Permohonan kini sudah dibuka.
Sebelum itu anda kenalah buat permohonan BMT jika memenuhi syarat bantuan. Jumlah bantuan juga telah ditingkatkan jumlahnya.
READ: Saman Ekor Perlu Bayar Ke? Ini Jawapan Polis Trafik Bukit Aman & Pakar Undang-Undang
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA
Bantuan BMT ini adalah inisiatif kerajaan melalui agensi RISDA. Tujuannya tentu sekali meringankan beban hidup rakyat.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan* semasa musim tengkujuh
Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu:
- November 2023 – RM200
- Disember 2023 – RM200
- Januari 2024 – RM200
- Februari 2024 – RM200
Syarat Kelayakan BMT
Jika anda memenuhi syarat bantuan BMT di bawah, jangan tunggu lama memohonlah hari ini.
- 1 lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan
- Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja
A. Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
B. Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar - 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat
Cara Memohon BMT
Berikut adalah cara memohon bantuan BMT
- Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023
- Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
- Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan
- Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon
Untuk memohon BMT berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan. Sila semak dengan teliti senarai dokumen yang diperlukan mengikut kategori anda.
A. Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Geran asal tanah dan salinan; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
B. Penoreh Bukan Pemilik
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
- Salinan geran lot yang ditoreh; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
C. Pekebun Kecil di bawah Agensi
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
- Surat pengesahan daripada Agensi
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).
Semakan Status Permohonan BMT
Jika anda sudah memohon dan ingin membuat semakan, anda boleh gunakan portal yang disediakan oleh pihak RISDA.
Semak status permohonan anda >> Semakan Permohonan BMT RISDA
Jika anda masih perlukan maklumat lanjut sila hubungi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menggunakan contact number berikut Telefon 03-4256 4022
Semoga bantuan ini kita dapat manfaatkan sebaiknya. Terima kasih kerajaan atas inisiatif bantuan ini kepada rakyat.