Permohonan Skim Khairat Kematian (SKK) Yang Wajib Anda Tahu
Belanjawan 2023 baru-baru telah mengemukakan beberapa insiatif bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dan salah satunya adalah Skim Khairat Kematian (SKK).
Apa itu Skim Khairat Kematian (SKK)? Untuk pengetahuan anda, SKK adalah suatu skim di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berbentuk kewangan secara tunai.
Siapa yang layak memohon bantuan ini? Kalau anda nak tahu, bantuan ini bukan diterima oleh semua orang tau!
Ia hanya diberikan kepada pemohon ataupun pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa. Kerajaan membuka permohonan ini sehingga 31 Disember 2023.
READ: Semakan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA
Jumlah Bayaran Skim
Setiap individu yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.
Tarikh Permohonan Dibuka
- 17 Julai hingga 31 Disember 2023
Jadual ringkasan mengenai SKK
Tarikh kematian pemohon/pasangan yang LULUS STR
- 1 Januari 2023 – 31 Disember 2023
Tempoh Tuntukan SKK
- 17 Julai 2023 – 31 Disember 2023
Jumlah Tuntutan SKK
- RM1,000
Kelayakan Pemohon SKK
Kategori kelayakan terbahagi kepada beberapa ketetapan:
Pemohon atau Pasangan Meninggal Dunia
Bagaimana pula kalau kedua-dua pemohon ataupun pasangan telah meninggal dunia? Jika keadaan ini berlaku, tuntutan masih boleh dilakukan tetapi mestilah diwakilkan oleh waris yang berdaftar sahaja.
Oleh sebab itu, semua penerima STR yang berstatus LULUS digalakkan untuk mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Haisl Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.
Had Umur Waris
- Tiada had umur. Walau bagaimana pun, sekiranya waris berusia 17 tahun ke bawah, waris perlu membawa dokumen pengenalan diri dan pertalian bagi tujuan pengesahan cap jari atau tandatangan individu. Pendaftaran maklumat waris ini boleh dilakukan di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Senarai waris yang layak didaftarkan:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
- Adik-beradik
- Cucu
Cara Memohon SKK
Anda boleh menuntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia secara tunai.
Anda perlu membawa tiga (3) dokumen semasa tuntutan SKK di BSN iaitu:
- Sijil Kematian Pemohon/Pasangan
- Kad Pengenalan asal Waris
- Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN
Cara Menukar Maklumat Waris Sekiranya Waris Meninggal Dunia
- Isi Borang Kemas Kini Maklumat Waris (BK-02) kemudian kemukakan ke LHDN berdekatan anda.
- Ataupun anda boleh mengemas kini maklumat waris secara dalam talian (MySTR). Caranya adalah dengan mengklik menu Kemas Kini Maklumat Asas. Sistem ini hanya akan dibuka pada tempoh berkenaan sahaja seperti yang dipaparkan pada Portal Rasmi STR.
Semoga sedikit info mengenai SKK ini bermanfaat. Ramai yang tidak menyedari bahawa sebenarnya kerajaan ada menyediakan pelbagai bantuan untuk rakyat. Kita wajib promosi bantuan-bantuan kerajaan ini agar semua rakyat mendapat faedah dan manfaatnya.