Pengalaman Mendaki Bukit Tirig (Tirig Hill) Kampung Lapasan Kota Kinabalu

Bagi pengemar aktiviti hiking dan anda ada sedikit masa, apa kata cabar diri mendaki Bukit Tirig di Kg. Lapasan yang terletak di Telipok, Kota Kinabalu. Tentu anda akan mendapat pengalaman yang akan anda sentiasa kenang.

Bukit Tirig, Telipok – Jika anda tinggal di area berdekatan dengan bandaraya Kota Kinabalu, Sabah dan suka dengan aktiviti outdoor seperti hiking, mendaki bukit adalah salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan.

Ini adalah pengalaman peribadi mencabar diri mendaki bukit tersebut. Sebelum ini hanya dengar kawan-kawan pergi mendakinya.

Kali ini saya sendiri telah mendakinya.

READ: XM Forex Penipu Percaya Atau Tidak? Wajib Baca!

Hujung minggu lepas saya berkesempatan mencabar diri mendaki Bukit Tirig (Tirig Hill) yang terletak di Kampung Lapasan, Telipok.

Ok jomom terus kepada cerita mendaki bukit Tirig, cabaran utamanya ialah mencari titik permulaan pendakian. Bukan senang mencarinya.

Di bawah saya belanja sedikit gambar untuk anda.

Untuk mendaki Bukit Tirig anda perlu ke Kampung Lapasan, Telipok berdekatan juga dengan pusat pembuangan sampah DBKK dan letak kereta anda di kawasan berdekatan dengan Gereja Katolik St. Flora.

Dari situ anda boleh berjalan melalui berberapa buah rumah sebelum sampai ke starting point laluan mendaki ke puncak Bukit Tirig.

Gambar di bawah adalah laluan permulaan (starting point) ke puncak Bukit Tirig.

Pintu masuk ke laluan mendakit ke Bukit Tirig
Laluan mendaki Bukit Tirig di Kampung Lapasan ini sebenarnya dibuat oleh penduduk kampung untuk laluan upacara Jalan Salib mereka.

Laluan ini kemudiannya atas permintaan orang ramai dibuat sehingga ke puncak untuk orang ramai mendakit bukit tersebut dengan selamat dan menikmati keindahan kawasan sekitar dari puncak Bukit Tirig.

Perjalanan untuk sampai kepuncak mengambil masa 15 hingga 20 minit bergantung kepada ketahanan fizikal dan stamina pendaki.

Sebenarnya tidaklah tinggi sangat, tetapi memang menyeronokkan.

Saya sering melihat pelajar-pelajar sekolah berlari naik dan mereka mungkin hanya mengambil masa sekitar 5 minit untuk sampak ke puncak.
Lorong mendaki ke bukit Tirig dan laluan salib.
Laluan ini sering dibersihkan dan diselengara oleh penduduk Kampung Lapasan untuk keselamatan pendaki dan untuk upacara Jalan Salib.

Laluan ini tidaklah begitu curam atau mencabar.

Ianya sesuai untuk pelajar dan kanak-kanak juga. Saya pernah melihat kanak-kanak berumur lingkungan 3 tahun juga turut mendaki Bukit Tirig ditemani ibubapa.

Menjelang sampai ke puncak Bukit Tirig, anda boleh melihat bendera Persekutuan Malaysia dan Bendera Negara Sabah berkibar dengan megah menghilangkan kepenatan anda mendaki dan menimbulkan keinginan untuk segera sampai ke puncak.
Puncak bukit Tirig
Jika anda melihat tayar besar tergantung dengan tulisan ‘TIRIG HILL’ di puncak, itu bermakna anda sudah sampai ke puncak Bukit Tirig. Suasana udara dipuncak ini agak nyaman dan sejuk.

Di pertengahan laluan mendaki anda akan melalui kawasan yang agak redup kerana dilitupi pokok-pokok besar.

Tempat berehat dan duduk santai ada disediakan di berberapa tempat di sepanjang laluan tersebut untuk kemudahan pendaki berehat melepaskan penat.

Kawasan puncak bukit ini amat bersih dan luas. Tempat ini sering dibersihkan oleh peniaga-peniaga minuman ringan di puncak bukit ini.

Jika anda tidak ada membawa air minuman, anda tidak perlu risau kerana minuman ada dijual dipuncak ini pada sebelah petang.



Pemandangan sekitar dari puncak bukit Tirig
Jika anda gemar aktiviti lasak, mendaki Bukit Tirig adalah salah satu aktivi luar (outdoor activity) yang boleh anda buat. Kawasan ini memang selamat dan penduduk Kampung Lapasan sentiasa memantau keselamatan dan laluan ini sepanjang masa.

Pemandangan dari atas puncak Bukit Tirig memang cantik dan udaranya juga amat nyaman. Kepenatan anda mendaki akan berbaloi dengan pemandangan yang indah. Anda boleh mengambil gambar matahari terbit atau terbenam dari puncak bukit ini.

Untuk pendakian bukit di sekitar Kota Kinabalu yang seterusnya, saya bercadang hendak mencabar diri pula mendaki Bukit Gundul (Gondol) sebuah bukit yang agak tinggi juga terletak bersebelahan dengan UiTM di Sepanggar.

Kita akan share pengalaman mendaki bukit lain di sekitar bandaraya Kota Kinabalu lagi pada masa akan datang