Permohonan Biasiswa Sagong Tasi & Syarat Kelayakan Untuk Orang Asli Selangor
Salam semua, kawan-kawan pencari biasiswa! Kali ini, kami ada satu berita menarik bagi para pelajar yang berasal daripada kalangan Orang Asli, Negeri Selangor dan sedang menyambung pengajian di IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam).
Jangan cemas mengenai kos pembelajaran kerana Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan program biasiswa khas untuk anda.
Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan syarat kelayakan, cara permohonan dan maklumat lain mengenai biasiswa ini.
READ: Tawaran Biasiswa MRC Scholarship Untuk Pelajar Lepasan SPM & STPM
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan senarai syarat kelayakan yang wajib dipatuhi bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam proses permohonan biasiswa ini .
- Calon serta ibu bapa merupakan warganegara Malaysia
- Calon wajib diiktirafkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan
- Calon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor: atau
- Calon telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
- Pemohon tidak memperoleh sebarang pinjaman/ biasiswa/ bantuan kewangan dari lain-lain penaja.
- Calon bukan pelajar tahun terakhir
- Mempunyai pencapaian akademik baik
Peringkat pengajian
Calon perlu telahpun mendaftarkan diri untuk mengikuti program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan di bawah ini.
Manakala, calon yang sedang atau ingin mengikuti program pemgajian secara jarak jauh (PJJ) atau luar kampus (PLK) tidak layak bagi permohonan biasiswa ini.
Jenis IPT diterima
Berikut merupakan senarai IPT yang diterima bagi permohonan biasiswa ini:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi)
- Universiti Islam Antarabangsa (Gombak)
- Universiti Putra Malaysia (Serdang)
- Universiti Selangor (UNISEL)
- Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
- Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)
- Universiti Teknologi Mara (Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Sungai Buloh)
Kadar pembiayaan
Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian serta elaun sara diri bagi para pelajar. Yuran yang dibiayai mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak IPT.
Manakala, elaun sara diri ditawarkan berjumlah RM600 sebulan akan dikreditkan terus ke akaun bank para pelajar.
Cara Permohonan
Para pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian di portal khas yang disediakan Sistem Pembiayaan Pendidikan Negeri Selangor (SPPS)
Pastikan anda mendaftar akaun dahulu sebelum meneruskan permohonan menggunakan link di atas. Anda turut boleh membaca manual panduan permohonan biasiswa di Portal Pembiayaan Pelajaran Negeri Selangor
Sumber: Biasiswa Malaysia 2023
Kepada yang sedang cari biasiswa, cuba semak biasiswa ini, mungkin ianya sesuai untuk anda mohon. Mana tahu reziki anda dapat tajaan pendidikan dari pihak mereka jika layak dan berminat.