Perbezaan GAJI POKOK, GAJI KASAR & GAJI BERSIH Ilustrasi Bergambar
Masih ramai yang keliru maksud jelas atau perbezaan antara istilah “Gaji Pokok“, “Gaji Kasar” dan “Gaji Bersih”
Banyak para penjawat awam yang masih belum jelas mengenai maksud ketiga-tiga kategori gaji di atas.
Ini adalah maksud sebenarnya. Ringkas dan jelas
- GAJI POKOK = Gaji Asas Sahaja
- GAJI KASAR = Gaji Asas + Elaun (jika ada)
- GAJI BERSIH = Gaji Asas + Elaun (jika ada) – Potongan
Maksud Kadar Pendapatan Bersih? (Gaji Bersih) ialah sejumlah amaun gaji yang diterima setelah ditolak jumlah caruman wajib dan ditambah dengan elaun tambahan yang diterima.
Oleh itu, pendirian YAB Perdana Menteri dalam meningkatkan kadar pendapatan bersih gaji penjawat awam amat dialu-alukan demi kestabilan ekonomi isi rumah yang lebih realistik.
Harap penjelasan ringkas dan padat di atas mampu merungkaikan kekeliruan anda.