Tarikh Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 Di Bayar Kepada Pelajar

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini diwujudkan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa untuk persekolahan anak-anak terutamanya pada awal tahun.

Tahun ini BAP disambung lagi dengan kerajaan telah mengumumkan tarikh pengagihan atau pembayaran BAP 2025.

BAP ini diperkenalkan sejak tahun 2012.

Tarikh Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 dibayar

Pembayaran BAP tahun ini akan dilaksanakan bermula 13 Januari 2025.

Bayaran secara one-off berjumlah RM150 diberi kepada setiap sorang pelajar.

Bantuan ini juga diperluaskan kepada Pelajar Tingkatan 6 yang juga kini turut mendapat bantuan BAP ini.

Tentu ini berita gembira kepada anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan mereka dan juga para ibubapa.

Kaedah Pembayaran / Pengagihan BAP

Pengagihan bantuan ini dilaksanakan melalui 2 kaedah.

  • Serahan tunai di sekolah masing-masing
  • Pengkreditan ke akaun pelajar

————————–

————————–

Syarat Kelayakan Penerima BAP

Secara umumnya semua pelajar akan mendapat bantuan ini.

Walau bagaimanapun KPM ada mengeluarkan panduan syarat kelayakan untuk BAP.

Rujuk gambar di bawah untuk makluman anda.

Permohonan BAP

Sebenarnya semua pelajar akan mendapat bantuan ini.

Ini bermakna pelajar tidak perlu memohon kerana KPM akan menggunakan data pelajar yang ada dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).

Pihak sekolah hanya akan mengedarkan borang pengesahan untuk menentukan kaedah pembayaran BAP iaitu secara tunai atau melalui bank akaun pelajar.

Anda sudah tentu telah mengisi borang tersebut.

———————-

———————-

Maklumat lanjut

Anda juga dari masa ke semasa merujuk kepada link-link milik KPM di bawah untuk maklumat terkini pendidikan di Malaysia.

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/
Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.facebook.com/KemPendidikan
Instagram Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.instagram.com/kempendidikan