Bantuan Kesihatan Warga Emas Sarawak 2025 RM500 Setahun – Senior Citizen Health Benefits (SCHB)

Kerajaan Sarawak ada menyediakan inisiatif Faedah Kesihatan Warga Emas bernilai RM500 setahun.

Bantuan yang juga dikenali sebagai Senior Citizen Health Benefits (SCHB) ini dibuka kepada semua warga emas Sarawak yang berusia 60 tahun ke atas.

Bantuan ini bertujuan untuk memberikan akses kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada warga emas Sarawak.

Bantuan ini dibiayai oleh kerajaan Sarawak dengan kerjasama klinik panel di seluruh negeri Sarawak.

Jika anda belum memohon, sila buat permohonan dengan segera.

Jangan lepaskan peluang ini.

Semak gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Permohonan bantuan kesihatan warga emas 2025 kerajaan Sarawak

Maklumat mengenai syarat kelayakan permohonan bantuan kesihatan warga emas (SCHB) juga boleh anda baca di sana.

——————–

——————–

Cara memohon

Untuk memohon layari website rasmi Sarawak Service Portal untuk download borang permohonan.

Borang Permohonan: https://ismonline.sarawak.gov.my/ism/projects/schb/application_form/res/Borang%20Pengesahan%20bagi%20Pendapatan%20Isi%20Rumah.pdf

Selepas itu lengkapkan borang permohonan dengan disertakan dokumen sokongan

  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Bukti alamat tempat tinggal di Sarawak

Hantar borang yang telah dilengkapkan ke Pejabat Daerah atau pusat khidmat komuniti yang berhampiran

Semak senarai klinik panel yang boleh anda kunjungi jika permohonan anda berjaya.

Senarai klinik panel: https://form.sarawak.gov.my/form/pub/public/open_service/0/743/b1hVai91Rm52SU8yTCtuY0tYN2tCbTlrMWV3VVdSS3U5b25MM2ZHTlV1cWZ3MkVEKzEyWG5HVVpTWWJvblR2VHp0SlE4M2pPOEFLc1hNT1I1eUFzZWc9PQ==/?l=en

———————-

———————

Cara buat semakan baki bantuan RM500

Jika permohonan anda berjaya anda akan mendapat faedah atau subsidi kesihatan warga emas bernilai RM500.

Kos rawatan akan ditolak dari nilai ini setiap kali anda berkunjung untuk menerima rawatan di klinik panel.

Untuk semak baki anda boleh boleh layari portal SCHB: https://form.sarawak.gov.my/form/pub/public/open_service/0/753/b1hVai91Rm52SU8yTCtuY0tYN2tCbTlrMWV3VVdSS3U5b25MM2ZHTlV1cE54aDFaVEMveWJxRzQwY2h4WklCaDJJSWpQcEtIVnhqVG5TYkVlN2Z6clE9PQ==/?l=en

Anda juga boleh berhubung dengan:

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SARAWAK,
WISMA KEBAJIKAN,
LOT 4273 BLOK 14,
OFF JALAN SIOL KANAN,
93050 KUCHING, SARAWAK

Telefon: 082 – 374888
Emel: welfare@sarawak.gov.my

Terima kasih kerajaan Sarawak atas bantuan ini.