Cara Claim eTunai RM100 & Syarat Kelayakan Memohon

Semasa Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti di Bukit Kiara, Perdana Menteri mengumumkan mengenai bantuan kredit eTunai RM100 kepada semua rakyat dewasa yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40.

Inisiatif ini diharapkan dapat membantu rakyat dalam masa yang sama merancakkan ekonomi negara dan juga membiasakan rakyat mengenai masyarakat tanpa tunai.

Pelaksanaaan eTunai RM100 ini akan dilakukan pada suku keempat tahun ini. Suku keempat tahun ini ialah dari October hingga Disember.

cara claim eTunai RM100

READ: Subsidi Tiket Kapal Terbang FLYsiswa RM300 Untuk Penerbangan Domestik.

Jika berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh PM, pembayaran eTunai ini akan dibuat antara bulan October hingga Disember.

Kementerian Kewangan (MOF) masih perlu memperincikan inisiatif ini dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam inisiatif ini.

Cara Claim eTunai RM100

Bila inisiatif ini dilaksanakan, pengguna atau penerima perlu muatturun (download) salah satu apps yang terlibat dalam pelaksanaan bantuan ini.

Kalau di Malaysia ada berberapa apps eWallet yang terkenal antaranya:

  • Touch ‘n Go Wallet
  • Grabpay
  • Boost
  • Shopeepay
  • Lazada Wallet
  • Setel
  • WeChatPay
  • MAE
  • dan banyak lagi.

Selepas download apps yang terbabit, ikut sahaja arahan dalam aplikasi e-dompet tersebut, biasanya pendaftaran dan perkara-perkara yang melibatkan proses verifikasi.

Jika melihat kepada bantuan eTunai yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini, tiga aplikasi yang terlibat iaitu:

  • Boost
  • Setel
  • Touch ‘n Go Wallet

Nantilah kita tunggu sahaja pengumuman terkini yang akan dibuat oleh MOF nanti bila inisiatif ini akan dilaksanakan kelak.

Kegunaan eTunai RM100

Inisiatif ini adalah satu bentuk usaha kerajaan melatih rakyat dengan suasana tanpa tunai.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan pelaksanaan konsep ini nanti sedikit sebanyak membantu rakyat berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu ekonomi digital dan masyarakat tanpa tunai, disamping untuk memperkembangkan ekonomi setempat.

Syarat Kelayakan Bantuan eTunai RM100

Tentu sekali ada syarat kelayakan. Bukan semua akan dapat. Walau bagaimanapun syarat kelayakan umum untuk inisiatif ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Jika dilihat kepada syarat-syarat di atas, ramai yang layak. Jika anda perlu maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif ini layari laman website rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Semoga inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini bermanfaat kepada kita semua rakyat Malaysia.