Bas Ke Jeli: Harga Tiket & Jadual Bas Express

Bas ke Jeli dari Kuala Lumpur harga tiket dari RM 34.00 dan informasi jadual perjalanan bas express. Pernah pergi bercuti ke Jeli, Kelantan? Jeli merupakan salah sebuah daerah di negeri Kelantan yang menjadi pintu “gateway” ke Kelantan dari pantai barat Semenanjung Malaysia.

Jeli terkenal untuk pelbagai tempat menarik seperti Lalang Chalet, Gunung Reng, Lata Turbo dan Pasar Tani Ayer Lanas.

Senarai tempat menarik di Jeli Kelantan

Salah satu cara untuk pergi ke Jeli ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Banyak syarikat bas express yang menyediakan perkhidmatan perjalanan ke destinasi tersebut dari pelbagai lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Harga Tiket Bas Ke Jeli

Harga tiket bas ke destinasi ini dari pelbagai destinasi berbeza bergantung pada syarikat bas dipilih dan jarak lokasi ke destinasi dituju dan juga kemudahan yang disediakan dalam bas.

Sekarang ini banyak portal online yang boleh anda gunakan untuk book tiket bas secara online, antaranya portal menempah tiket online seperti busticketonline.com, Easybook.com dan redbus.my untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai harga tiket bas.

Yang sering menjadi pilihan ramai ketika ini ialah portal easybook.com

Harga tiket bas boleh berubah mengikut musim dan promosi ditawarkan. Berikut merupakan harga tiket bas ke destinasi tersebut dari pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia.

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) – dari RM 34.00
  • Parit Buntar – dari RM 43.00
  • Alor Setar – dari RM 39.50
  • Butterworth – dari RM 38.00
  • Greenwood – dari RM 34.00
  • Kuala Perlis – dari RM 47.00

Jadual Bas

Berikut merupakan jadual perjalanan bas ke destinasi tersebut dari pelbagai lokasi atau terminal bas. Info seperti masa bas pertama beroperasi, jarak perjalanan serta jumlah masa perjalanan disertakan sekali.

Masa perjalanan bas boleh berubah mengikut operator bas serta keadaan trafik.

Terminal Bersepadu Selantan (TBS)

Syarikat bas seperti E- Mutiara, Ekspres Musafir dan Perdana Express menawarkan perkhidmatan bas ekspres ke sana dari TBS.

Bas pertama bagi syarikat E- Mutiara, Ekspres Musafir dan Perdana Express disediakan pada pukul 9.30 pagi, 10.00 malam dan 11.00 malam.

Jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 471 km dan sebanyak 8 trip bas ditawarkan bagi laluan ini.

Perjalanan menggunakan bas dengan masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 7 jam.

Parit Buntar

Syarikat Perdana Express menyediakan servis bas ekspres dari Parit Buntar, Perak ke Jeli, Kelantan.

Ini salah satu laluan untuk perjalanan bas dari pantai barat ke wilayah pantai timur Semenanjung Malaysia.

Sebanyak 4 trip bas disediakan bagi trip ini. Bas pertama disediakan pada pukul 9 pagi setiap hari.

Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 250 km. Purata masa perjalanan diambil bagi trip perjalanan ini ialah dalam 4 jam.

Alor Setar

Syarikat terkenal seperti Konsortium E- Mutiara, Perdana Express dan Sani Express mengendalikan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan Alor Setar – Jeli.

Bas pertama bagi syarikat Konsortium E- Mutiara, Perdana Express dan Sani Express mula beroperasi pada pukul 10 pagi setiap hari.

Jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 366 km mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan menggunakan bas.

Bilangan trip bas dari Alor Setar ditawarkan ialah sebanyak 9 trip.

Butterworth Penang

Alya Express, Hee Enterprise, Konsortium E- Mutiara, Perdana Express dan Transnasional merupakan antara syarikat yang menyediakan servis bas ke destinasi ini dari Butterworth, Pulau Pinang.

Sebanyak 19 trip bas disediakan bagi laluan perjalanan ini, agak banyak juga. Syarikat Alya Express dan Hee Enterprise menawarkan bas pertama pada pukul 10.00 malam.

Manakala, bas pertama bagi syarikat Konsortium E- Mutiara, Perdana Express dan Transnasional beroperasi pada pukul 10.00 pagi.

Jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 236 km dengan masa perjalanan diambil lebih kurang 4 jam.

Greenwood

Syarikat E- Mutiara dan Ekspres Musafir mengendalikan perjalanan bas dari Greenwood ke destinasi ini. Bas pertama bagi syarikat E- Mutiara dan Ekspres Musafir beroperasi pada pukul 10.00 pagi dan 10.30 malam.

Sebanyak 5 trip bas disediakan bagi laluan perjalanan ini. Jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 350 km. Masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ini ialah dalam 5 jam.

Kuala Perlis

Syarikat E- Mutiara, Perdana Express dan Sani Espress menyediakan servis bas ekspres ke destinasi tersebut dari Kuala Perlis.

Bas pertama bagi syarikat Syarikat E- Mutiara, Perdana Express dan Sani Ekspres dikendalikan pada pukul 8.30 malam, 8.00 pagi dan 7.30 pagi.

Sebanyak 8 trip bas disediakan untuk perjalanan ini. Masa perjalanan diambil untuk sampai ke Jeli ialah dalam 6 jam 30 minit dengan anggaran jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah dalam 316 km.

Terminal Bas Ekspres Jeli

Terminal ini terletak di sempadan Jeli, Kelantan. Antara syarikat popular yang mengendalikan servis bas ekspres di terminal ini ialah Ekspres Mutiara, Transnasional dan Perdana Express.

Penumpang boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau bas untuk sampai ke terminal ini.

Antara kemudahan yang disediakan di terminal ini ialah pondok berehat bagi penumpang yang menunggu untuk perkhidmatan bas.

Selain itu, terdapat bilik solat disediakan di bangunan terminal untuk penumpang beragama Islam.

Bagi penumpang yang ingin membeli makanan ringan serta keperluan lain, anda boleh mengunjungi gerai makanan serta mart di sekitar terminal.

Terdapat kaunter menjual tiket di sini. Mereka yang ingin membeli tiket, boleh membeli di sini.

Seperti yang ada disebut tadi, terdapat banyak tempat menarik di daerah Jeli yang pengunjung boleh lawat sendirian atau bersama keluarga.

Senarai yang lengkap boleh dibaca di website rasmi Majlis Daerah Jeli.

Semoga perkongsian informasi mengenai harga tiket dan jadual bas ke Jeli ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pelancongan domestik dan pengangkutan awam di negara kita.