Bas Pasir Gudang Ke Larkin Harga Tiket & Jadual Bas

Bas Pasir Gudang ke Larkin Johor Bahru dari RM 5.00 sehala. Ramai yang tertanya-tanya harga tiket bas dan jadual waktu perjalanan bas antara dua destinasi tersebut. Pasir Gudang adalah kawasan perindustrian, ramai yang menuju dan keluar dari kawasan tersebut setiap hari. Walau bagaimanapun jangan lupa daerah ini bukan sahaja terkenal sebagai pusat perindustrian di Johor tetapi sebagai pusat pelancongan.

Penumpang boleh beli tiket bas secara online >> DI SINI

Tahun ini industri pelancongan kita mengalami banyak ganguan kerana isu kesihatan yang sedang kita hadapi. Mungkin berlaku perubahan harga tiket dan jadual waktu perjalanan bas yang kerap.

Tetapi jangan risau kerana anda tidak perlu ke mana-mana untuk dapatkan informasi terkini perkhidmatan bas antara dua destinasi tersebut.

Banyak applikasi online ditawarkan bukan sahaja untuk informasi bas express, tetapi juga anda boleh book tiket bas secara online dengan mudah dan pantas.

Senarai Bas Pasir Gudang Ke Larkin

Informasi mengenai bas-bas express yang beroperasi menghubungkan dua destinasi ini boleh di semak melalui applikasi-applikasi online yang banyak sekarang ini seperti easybook.com.

Selain itu portal-portal seperti busonlineticket.com dan redbus.my juga menyediakan informasi dan perkhidmatan yang sama.

Anda boleh guna mana-mana portal tersebut mengikut selera anda. Tidak perlu risau kerana mereka memilik pejabat operasi di Malaysia.

Bas di bawah adalah antara yang menyediakan services dari Pasir Gudang ke Larkin Bus Terminal.

  • Maju Express
  • SMB Express
  • TransMalaya Ekspress

Pada masa akan datang mungkin jumlah bas express ini akan bertambah mengikut keperluan dan permintaan ramai.

Jarak antara Terminal Bas Pasir Gudang dan Larkin Bus Terminal tidaklah jauh. Perjalanan mengunakan bas mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan jarak sejauh 30 KM.

Jika anda ingin menaiki bas ke Singapore, anda boleh dapatkan bas dari Terminal Bas Larkin juga. Jumlah trip agak banyak juga antara dia terminal bas tersebut. Jadual waktu bas boleh anda semak secara online di portal yang disebut di atas.

Pada masa-masa tertentu mungkin akan berlaku kesesakan jalanraya dan perjalanan akan mengambil masa lebih lama.

Anda dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda.

Tarikan Pelancong

Seperti yang sudah diberitahu tadi bila sebut Pasir Gudang anda akan fikir industri, tetapi tempat ini juga menawarkan banyak tarikan pelancong.

Malah sebenarnya Pasir Gudang berpotensi dibangunkan sebagai tumpuan pelancong seiring dengan kepesatan industri di kawasan tersebut.

Tempat-tempat seperti Johor Circuit Pasir Gudang, Bukit Layang-Layang, Masjid Jamek, Chalet Terapung Selat Mendana, Taman Pertanian Kong Kong, Tanjung Puteri Golf Resort, Kampung Pasir Putih, Kampung Perigi Acheh, Sarang Buaya Tanjung Langsat dan banyak lagi pasti menjadikan percutian anda ke daerah ini menarik dan berbaloi.

Anda boleh baca maklumat senarai tempak menarik di Pasir Gudang dengan lebih terperinci di laman website rasmi Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Di sana ada banyak informasi menarik dan lengkap sebagai panduan dan rujukan anda.

Semoga perkongsian mengenai jadual dan harga tiket bas Pasir Gudang ke Larkin ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama memperkasakan dan menyokong industri pelancongan dalam negara kita.