Bas Sida Sandakan: Jadual Bas & Contact Number

Bas Sida Sandakan adalah salah satu syarikat bas yang menghubungkan bandaraya Kota Kinabalu dan bandaraya Sandakan yang terletak di Pantai Timur Sabah. Selain Sida Express, terdapat juga syarikat bas yang lain seperti Tung Ma Express dan Sairah Express yang boleh anda pilih untuk perjalanan ke Sandakan dari Kota Kinabalu. Kita akan tulis info mengenai jadual bas Tung Ma KK ke Sandakan nanti. Sebenarnya ada banyak pilihan untuk penumpang.

Yang bestnya sekarang ini penumpang boleh beli tiket bas secara online. Cara online itu lebih cepat dan pantas.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >>> DI SINI

Biasanya menjelang cuti-cuti perayaan dan cuti umum yang panjang, perkhidmatan bas tidak mencukupi. Untuk mengelak kehabisan tiket, tempahan tiket bas melalui applikasi online amatlah digalakkan.

Portal online sekarang ini banyak, antaranya seperti redbus.my dan busonlineticket.com ada menyediakan kemudahan pembelian tiket secara online.

Penumpang dari Kota Kinabalu jika hendak ke Sandakan anda boleh dapatkan bas di Terminal Bas Inanam yang menempatkan bas-bas express untuk kawasan pantai timur Sabah. Jika anda di pusat bandar, anda boleh menaiki grab, taxi atau bas awam ke Terminal Bas Inanam. Kalau hendak jimatkan kos naik bas awam dari terminal bas berhadapan dengan Wisma Budaya di pusat bandar.

Terminal bas Inanam terletak dalam 2 hingga 5 minit berjalan kaki dari bus stop dari tepi jalan besar. Pastikan anda beritahu pemandu bas untuk menurunkan anda di tepi jalan berhampiran dengan Terminal Bas jika anda menaiki bas awam dan belum pernah ke terminal bas tersebut.

Jika dari Sandakan anda boleh dapatkan bas dari Stesen Bas Express Sandakan. Penumpang boleh dapatkan jadual bas Inanam ke Sandakan untuk bas-bas ekspress yang lain di terminal tersebut.

Ramai penumpang yang ingin dapatkan Terminal Bas Inanam contact number tetapi buat masa ini tiada, untuk dapatkan apa-apa maklumat boleh hubungi terus kaunter tiket bas-bas ekspress yang beroperasi di terminal tersebut.

Jadual Bas Sida Sandakan

Untuk penumpang yang menuju ke Sandakan sila rujuk jadual perjalanan syarikat bas express tersebut untuk ke Sandakan atau jadual bas Sida Express ke Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun jangan harapkan sangat jadual ini kerana kebanyakan masa bas express di Sabah tidakĀ  begitu ikut jadual.

Berhubung terus dengan kaunter tiket Sida Express untuk jadual perjalanan bas yang terkini. Gunakan nombor telefon di bawah.

Jadual ini boleh berubah dari masa ke semasa. Kalau nak dapatkan jadual perjalanan bas yang terkini, boleh juga berhubung terus dengan kaunter tiket bas Sida Express. Gunakan nombor telefon ini 089-224 990 (harap belum bertukar) untuk bertanyakan detail perjalanan dan harga tambang bas dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Tempoh perjalanan bas antara kedua destinasi ini adalah lebih kurang 6 jam dengan jarak lebih kurang 321 km.

Jadual dibawah boleh juga anda rujuk, ianya juga menunjukkan harga tiket bas dari KK ke Sandakan. Mungkin mereka ada melakukan perubahan dari masa ke semasa. Penting untuk berhubung dengan mereka untuk maklumat tepat.

Jadual bas Sida Express Sandakan

Sida Express Contact Number

Seperti yang sudah diberitahu tadi sekali lagi diingatkan, jika mahu dapatkan jadual perjalanan bas express yang terkini berhubung terus dengan mereka. Perjalanan ke Sandakan melalui kawasan yang bergunung-ganang sering berlaku tanah runtuh dan sebagainya.

Gunakan contact number di bawah untuk sebarang maklumat terkini. Jika mereka belum menukarnya, nombor telefon di bawah boleh digunakan. Hari itu kami ada cuba dail nombor tersebut dan ianya masih digunakan.

Bas express tersebut memiliki kaunter jualan tiket di Kota Kinabalu dan juga di Sandakan. Kaunter Tiket Sida Express: 088-384676 (Kota Kinabalu) / 089-224 990 (Sandakan)

Costumer Reviews

Apa kata penumpang yang pernah menaiki bas Sida Express setakat ini? Kita boleh rujuk sedikit info dari Google Reviews. Di sana ada himpunan komen dan sharing pengalaman para penumpang yang pernah menggunakan perkhidmatan bas express tersebut.

Sida Express adalah bas yang amat popular di Sabah ketika ini. Setakat ini mereka menerima rating reviews 3.1 dan menerima 32 online reviews setakat ini.

Di sini kami ada buat himpunan sedikit petikan berberapa reviews (pernilaian) dari pelanggan-pelanggan yang pernah menjadi penumpang Sida Express. Tentunya ada yang positif dan anda yang negatif. Pendapat yang berbeza-beza itu lumrahnya manusia.

Terpulang kepada anda (penumpang) untuk ambil keputusan untuk menaiki mana-mana bas express. Pengalaman kami sendiri setakat ini semua bas-bas express di Malaysia ini mempunyai kelemahannya masing-masing.

Terpulang kepada pengusaha bas-bas express tersebut untuk membuat penambahbaikan untuk menarik minat penumpang pada masa akan datang.

Semoga perkongsian informasi mengenai bas Sida Sandakan ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama memperkasakan dan menyokong industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.