Apa Beza Beras Tempatan Dan Import? Kenali Beza & Kelebihannya
Ramai tanya, apa beza beras import dan tempatan? Beras adalah makanan asas dalam hidangan kita di Malaysia. Tetapi apakah beza di antara beras import dan beras tempatan, dan yang mana yang sebenarnya lebih sedap dan berbaloi?
Mari kita lihat perbezaannya.
READ: Kenali Ciri-Ciri Beras Plastik Atau Beras Asli – Cara Mengenali Beras Plastik
Varieti dan Rasa
Beras tempatan Malaysia terdiri daripada beras putih, beras merah serta beras pulut. Beras putih merupakan jenis beras paling biasa digunakan di Malaysia.
Ia biasanya digunakan untuk masakan pelbagai hidangan seperti nasi lemak, nasi goreng, dan banyak lagi.
Manakala, beras pulut pulak merupakan beras ketulan yang digunakan dalam hidangan seperti ketupat, lemang, serta kuih tradisional.
Seterusnya, beras merah adalah pilihan makanan sihat dan serba guna yang digunakan dalam pelbagai hidangan serta memberi faedah kesihatan.
Antara contoh jenama popular bagi beras tempatan ialah Cap Ketupat Super Special tempatan, Cap Rambutan serta Jasmine Super Special Tempatan.
Beras import di sisi lain, datang daripada negara-negara seperti Thailand, India, Vietnam, dan Pakistan.
Beras Thai Hom Mali serta Jasmine Thailand diimport dari Thailand.
Kedua-dua beras ini mepunyai tekstur yang lembut serta aroma wangi unik. Ia digunakan dalam masakan seperti nasi goreng Thai dan hidangan khas Thailand.
Beras Basmathi dari India juga sangat popular di Malaysia. Ia turut mempunyai aroma khas dan digunakan dalam hidangan seperti nasi briyani.
Beras Ponni adalah sejenis beras dengan saiz lebih pendek.
Seperti beras rebus, ia mengalami proses rendaman, pengukusan, dan pengeringan bersama sekam sebelum diisar untuk meningkatkan nilai nutrisinya.
Berbanding dengan beras putih, beras Ponni mengandungi lebih banyak protein dan kandungan serat.
Apabila dimasak, beras Ponni menghasilkan tekstur yang padat tetapi lembut. Ia seringkali menjadi pilihan yang sesuai untuk disajikan bersama hidangan India.
Di samping itu, beras import dari Vietnam sering digunakan dalam hidangan seperti nasi goreng dan hidangan Vietnam.
Sebenarnya, setiap jenis beras ini biasa dibezakan dengan label warna tertentu.
Label berwarna unggu digunakan bagi beras putih tempatan, manakala, beras putih diimport dilabelkan dengan warna biru. Label berwarna oren dan pink digunakan bagi beras istimewa (basmathi, pulut) serta beras wangi.
Harga dan Pilihan
Harga beras tempatan dikawal oleh kerajaan dengan harga sekilo dalam anggaran harga RM 2.60.
Manakala, harga beras import tidak dikawal oleh kerajaan dan ia sering kali bergantung pada faktor harga pasaran.
Harga beras import ditentukan oleh negara pengeksport beras dan oleh sebab itu, BERNAS membuat pelarasan harga dari RM 2300/tan kepada RM 3250/tan.
Namun, beras tempatan sering kali menjadi pilihan utama bagi sesetengah individu.
Dengan pelbagai varieti yang unik dan sokongan kepada petani tempatan, beras tempatan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Kandungan Gizi
Kandungan gizi mungkin berbeza bergantung kepada varieti dan amalan pertanian.
Beras putih mengandungi mineral dan vitamin penting seperti zat besi, fosforus, dan asid folik serta sumber kalori yang tinggi.
Manakala, kandungan nutrisi dalam beras wangi hampir serupa dengan beras putih biasa. Ia menyediakan mineral dan vitamin penting yang diperlukan untuk kesihatan badan.
Beras merah mengandungi lebih banyak antioksida berbanding beras putih. Antioksida adalah bahan penting untuk melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas.
Di samping itu, beras Ponni menonjol dengan kandungan protein dan serat tinggi berbanding dengan beras putih biasa.
Kedua-dua nutrien ini penting untuk pertumbuhan dan kesihatan tubuh badan.
Beras Ponni adalah pilihan yang baik untuk mereka yang ingin menambahkan protein dan serat dalam pemakanan mereka.
Oleh itu, tidak kira beras apa yang anda pilih, pastikan anda mengambil makanan seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi anda.