Permohonan & Syarat Kelayakan Biasiswa Felda Scholarship
Biasiswa Felda informasi cara memohon dan syarat kelayakan pemohon. Ingin memohon biasiswa ini?
Syarikat Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) merupakan salah sebuah syarikat pertanian dan komoditi pertanian di peringkat global yang berpangkalan di Malaysia.
Biasanya, syarikat Felda mengendalikan pengeluaran getah, kacang soya, gula, produk kanola, kelapa sawit serta oleokimia.
Sila baca senarai biasiswa terkini di Malaysia tahun ini >> DI SINI
Syarikat ini turut menyumbang kepada bidang pendidikan dengan menawarkan bantuan pendidikan Felda kepada para pelajar terutama kepada generasi peneroka Felda.
Biasiswa Felda untuk anak cucu peneroka terbuka kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik serta memiliki daya kepimpinan tinggi.
Syarat Kelayakan Biasiswa Felda
Untuk memohon bantuan Felda untuk pelajar, terdapat beberapa syarat kelayakan umum yang perlu dipenuhi oleh para pemohon sebelum melayakkan diri untuk memohon biasiswa FGV.
Berikut merupakan senarai syarat umum untuk memohon biasiswa ini.
- Para pemohon mesti merupakan warganegara Malaysia.
- Para pemohon mesti berumum tidak melebihi 22 tahun.
- Para pemohon perlu memiliki nilai kepimpinan tinggi dengan mempunyai penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Calon mesti berupaya bertutur dan menulis dengan cemerlang dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Syarat kelayakan akademik pula adalah seperti berikut.
Berikut merupakan kelayakan akademik yang wajib dipenuhi oleh calon sebelum menerima biasiswa ini.
- Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya PNGK 3.3 di peringkat Matrikulasi/ Diploma/ STPM.
- Calon yang melanjutkan pengajian dalam jurusan seperti Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Kimia, Bioteknologi dan Nanoteknologi perlu memiliki keputusan SPM sekurang- kurangnya 9A termasuk bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik. Matematik Tambahan serta mana- mana subjek berkaitan.
- Calon yang melanjutkan pengajian dalam jurusan seperti Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa perlu memiliki keputusan SPM sekurang- kurangnya 9A termasuk bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik/ Perakaunan/ Matematik Tambahan, Sains/ Fizik/ Kimia/ Biologi, Sejarah/ Geografi serta mana- mana subjek berkaitan.
- Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA pilihan untuk tahun pertama.
Disiplin / Program Pengajian
Berikut merupakan senarai disiplin/ jurusan bidang yang ditawarkan dengan biasiswa ini.
Hanya para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian tersenarai di bawah layak untuk memohon biasiswa Felda.
- Kejuruteraan Mekanikal
- Pengurusan Perladangan
- Sains Pertanian
- Kejuruteraan Kimia
- Bioteknologi
- Biokimia
- Perakaunan
- Kewangan
- Pemasaran
- Perniagaan Antarabangsa
- Nanoteknologi
- Teknologi Maklumat
Jika dilihat dari senarai bidang pengajian tersebut, kebanyak kursus yang diutamakan ialah yang berkaitan dengan operasi dan perniagaan yang diceburi oleh Felda.
Cara Memohon
Para pelajar dikehendaki melakukan permohonan secara atas talian di laman website rasmi syarikat Felda. Pastikan para pelajar memiliki akaun email peribadi yang aktif.
Setelah memasuki laman web di bawah ini, para pemohon perlu klik pada menu PERMOHONAN BIASISWA di bahagian kiri.
Seterusnya, pemohon perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna sistem. Semua proses permohonan perlu dilakukan sepenuhnya atas talian dan sebarang permohonan yang dilakukan secara manual tidak akan diproses.
Calon perlu melengkapkan borang permohonan dan pastikan borang tersebut dicetak serta ditanda tangani.
Pemohon perlu membawa segala dokumen penting seperti kad pengenalan, slip SPM, sijil kelahiran, kad pengenalan ibu bapa, slip gaji ibu bapa, gambar berukuran pasport serta sijil-sijil akademik dan kokurikulum ketika sesi temuduga (scholarship interview).
Pastikan calon membawa dokumen asal dan salinan. Hanya calon- calon yang layak yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
Maklumat Perhubungan
Mungkin anda perlukan maklumat terkini dan lebih terperinci, anda boleh berhubung terus dengan pihak penaja atau Felda.
Untuk tujuan tersebut, berikut merupakan maklumat perhubungan bagi syarikat FGV.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor di bawah ini.
Alamat: Staffing & Manpower Planning Group Human Resources FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD Level 42, Menara Felda, Platinum Park No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur.
Nombor telefon: +603 2859 0000
Faks: +603 2859 0198
Laman web: www.feldaglobal.com
Bantuan Pinjaman Pendidikan Felda
Ini skim bantuan pendidikan Felda yang terbaru. Ianya dikenali sebagai Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP).
Skim ini diwujudkan dengan matlamat berikut.
- Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.
- Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.
Sila rujuk maklumat di bawah untuk maklumat syarat kelayakan dan kadar insentif skim bantuan pendidikan Felda ini.
Layari laman website rasmi Felda untuk maklumat lebih terperinci skim SIAP ini. Manfaatkan peluang ini sebaiknya.