TNB Prime Scholarship Yayasan Tenaga Nasional Bagi Program Di IPTA

Kepada yang masih mencari biasiswa, mungkin ini sesuai untuk anda. Yayasan Tenaga Nasional menawarkan Biasiswa TNB Prime Scholarship untuk ambilan October 2023 bagi program di IPTA.

Yayasan Tenaga Nasional menawarkan biasiswa bagi program Universiti Awam di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Kuasa dan Sains Komputer.

READ: Biasiswa MRC Scholarship Untuk Pelajar Lepasan SPM & STPM

Sila rujuk kenyataan di twitter rasmi TNB untuk rujukan anda.

“Anda bakal mahasiswa/mahasiswi yang masih mencari peluang biasiswa pendidikan? Jom mohon TNB PRIME Scholarship Yayasan Tenaga Nasional bagi pengambilan Oktober 2023 bagi program di Universiti Awam Tempatan!”

Permohonan biasiswa TNB Prime Scholarship dari Yayasan Tenaga Nasional online

Permohonan boleh dibuat secara online di portal yang disediakan
https://ytn.tnb.com.my

Permohonan boleh dibuat dari 23 September 2023 hingga 15 October 2023.

Ini peluang baik untuk anda jika layak dan berminat. Baca dengan teliti semua maklumat penting sebelum submit permohonan anda.

All the best!