Syarat Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah PDF & Cara Memohon
Biasiswa Yayasan Sabah untuk lepasan SPM dan STPM khas untuk pelajar Sabah. Syarat kelayakan permohonan biasiswa Yayasan Sabah ini untu panduan awal anda sahaja.
Jika nak lebih terperinci semak terus dengan pihak YS agar maklumat lebih tepat dan terkini.
Yayasan Sabah atau lebih popular dikenali dengan singkatan YS adalah salah satu agensi milik kerajaan negeri Sabah.
Setiap tahun YS sering membuka peluang dan menawarkan scholarship kepada pelajar yang berasal dari Sabah.
Tajaan ini sering juga dipanggil Biasiswa Anak Jati Sabah.
Jika anda sedang mencari biasiswa, boleh juga baca senarai biasiswa terkini di Malaysia. Mungkin ada yang sesuai untuk anda.
Selain itu pihak YS juga ada menawarkan scholarships Biasiswa One-Off untuk para pelajar Sabah. Anda boleh rujuk maklumat lanjut di sini.
Yang ini ditawarkan setiap tahun untuk pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS.
Walau bagaimanapun untuk informasi terkini, silalah berhubung terus dengan pihak YS.
Pertukaran kerajaan negeri yang memerintah mungkin akan menyebabkan program ini dihentikan atau ditukar dengan program tajaan lain.
Yayasan Sabah mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon tajaan Dermasiswa / scholarship / Pinjaman Pengajian Tinggi untuk mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian setiap tahun.
Bagi tajaan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS), pemohon mestilah menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah menengah di negeri Sabah sahaja, kecuali pelajar-pelajar dibawah tajaan Yayasan Sabah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Senarai Biasiswa Yang Ditawarkan
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
- Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
- Biasiswa Bahasa Arab / Pengajian Islam
- Biasiswa Ulum Islamiah
- Biasiswa Perubatan Mesir
- Biasiswa Bahasa Arab (KTYS-Timur Tengah)
- Biasiswa Kejuruteraan (KTYS-UMP)
- Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Biasiswa Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS)
- Biasiswa Pelancongan / Perhotelan (UCFS)
Syarat Kelayakan
Jika pemohon memenuhi kriteria atau syarat kelayakan tajaan yang telah ditetapkan oleh pihak penaja seperti dalam senarai di bawah, anda dipelawa untuk memohon.
Kriteria pemohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah atau;
- Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah atau;
- Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah tetapi salah seorang ibu atau bapa adalah berstatus Penduduk
Download senarai lengkap syarat kelayakan permohonan Biasiswa YS (PDF)
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian (online) di http://www.yayasansabahgroup.org.my melalui pautan Portal Permohonan Tajaan Yayasan Sabah.
Pemohon perlu mendaftar dengan e-mel peribadi. Sila maklum bahawa borang permohonan secara dalam talian (online) ini hanya sesuai dibuka menggunakan komputer riba (laptop) atau komputer peribadi (PC) dan menggunakan pelayar Google Chrome.
- Sila klik “DAFTAR AKAUN” dan isikan nama, nombor MyKad, e-mel yang sah/aktif dan juga negeri asal / daerah asal.
- Setelah selesai mengisi semua maklumat berkaitan, sila tekan butang “Daftar”.
- Selepas daftar, pemohon akan menerima e-mel yang mengandungi ID dan Kata Laluan (password).
- Sila klik pautan di dalam e-mel yang diterima untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian (Online).
- Sila lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang disediakan sebelum menekan butang “HANTAR”.
*Nota :Bagi pemohon lepasan SPM, sila pastikan maklumat keputusan SPM adalah keputusan rasmi.
Maklumat Perhubungan
Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau lebih terperinci sila rujuk iklan scholarship dan pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak Yayasan Sabah (YS) melalui maklumat di bawah.
Untuk semakan keputusan permohonan tajaan Yayasan Sabah anda juga boleh berhubung terus dengan pihak YS menggunakan maklumat perhubungan di bawah.
Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian 088 – 326402 / 326385 326390 / 326392 / 326393 / 326395 / 326396 / 326397 / 326399 / 326603 / 434195 atau e-mel bppysinfo@ysnet.org.my
Sebelum itu sila layari lawan website rasmi Yayasan Sabah untuk maklumat terkini.
Permohonan untuk biasiswa ini hanya dibuka pada masa-masa tertentu sahaja.
Bahagian Pembangunan Pendidikan,
Yayasan Sabah,
Aras 5, Menara Tun Mustapha,
Teluk Likas, Peti Surat 11201,
88813 KOTA KINABALU.
Tawaran Biasiswa Pelbagai Agensi Dan Organisasi
Jika anda sudah memohon dan gagal mendapat biasiswa YS, janganlah putus asa kerana banyak sumber lagi yang anda boleh cuba untuk memohon tajaan.
Yang pentingnya anda kena rajin mencuba, kalau tidak mencuba siapa tahu, mungkin reziki anda mendapat tajaan pendidikan dengan pihak lain.
Di sini ada senarai biasiswa terkini di Malaysia yang anda boleh cuba memohon. Ada yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan ada dari pihak swasta.
Sama ada ianya dari kerajaan atau swasta, yang pentingnya ialah anda dapat penaja.
Kalau dari pihak swasta biasanya anda akan terus ditawarkan kerja oleh penaja selepas menamatkan pengajian.
Maksudnya tidak perlu susah-susah lagi untuk cari kerja.
Anda hanya perlu tumpukan perhatian dan usaha menimba ilmu dalam bidang pilihan anda dan menghabiskan pengajian anda dengan cemerlang nanti.
Rajin-rajinlah memohon dari pelbagai sumber tajaan. Jika reziki anda, tentu ianya akan menjadi milik anda.
Contoh Surat Rayuan Biasiswa YS
Jika permohonan anda gagal atau ditolak, jangan putus asa masih boleh cuba buat rayuan.
Boleh cuba buat surat rayuan untuk permohonan anda dipertimbangkan semula, apa salahnya merayu bukan?
Kami akan cuba buat contoh surat dan upload ke sini pada masa akan datang. Sebenarnya tidak susah pun tulis, tulis sahaja surat format surat rasmi, nyatakan tujuan dan jenis kursus atau program yang sedang anda ikuti sekarang ini.
Sertakan juga sedikit info mengenai latar belakang ekonomi keluarga. Tidak perlu panjang sangat, cukup surat yang menerangkan maksudnya dengat jelas.
Biasiswa Zakat Sabah
Kalau di Sabah, selain biasiswa yang ditawarkan oleh pihak YS, pelajar juga boleh memohon bantuan dari pihak Zakat / baitulmal
Untuk bantuan ini, anda perlu dapatkan borang permohonan dari pihak Zakat, lengkapkan borang tersebut dan kembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada pihak mereka.
Pejabat Zakat di Sabah beralamat di bawah;
Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)
Tingkat 1, Blok A & B, Wisma MUIS
Peti Surat 11666,
88818 Kota Kinabalu Sabah
Semua pelajar beragama Islam layak memohon, kelulusan bergantung kepada keputusan pihak zakat. Layari laman website pihak zakat untuk maklumat lanjut.
Biasiswa JPA Sabah
Ini adalah yang paling popular untuk pelajar Sabah iaitu Biasiswa JPA Sabah. Sering kali juga dikenali dengan namanya Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).
Ramai orang lebih mengenalinya sebagai Biasiswa JPA Sabah.
Biasiswa ini ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada pelajar yang layak. Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal yang disediakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS).
Portal permohonan online hanya akan dibuka sekitar bulan February / Mac setiap tahun.
Jika anda berminat memohon pastikan anda jangan terlepas pandang tempoh portal online tersebut dibuka / activate.
Semoga perkongsian maklumat mengenai biasiswa YS ini bermanfaat kepada anda.
Sekali lagi anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak penaja jika perlukan maklumat lanjut dan terkini berhubung tawaran-tawaran biasiswa dari mereka.
Informasi Berkaitan
Untuk membuat semakan keputusan permohonan biasiswa YS, anda boleh berhubung terus dengan pihak YS. Pegawai dari YS juga biasanya akan menghubungi pelajar yang berjaya.
Jumlah bergantung kepada peringkat / jenis pengajian, kursus, lokasi (luar / dalam negara) tempat melanjutkan pengajian dan berberapa faktor lain. Semak dengan teliti maklumat tersebut dalam iklan tajaan dari YS biasanya pada masa awal tahun.
Selalunya ada. Anda boleh tunggu iklan, selalunya akan dikeluarkan oleh pihak YS pada awal tahun.