Cara Buat Aduan Pejabat Buruh Terhadap Majikan Anda

Cara buat aduan ke pejabat buruh atau Jabatan Tenaga Kerja

Anda yang bekerja di bawah majikan mesti pernah mengalami isu-isu pertikaian hak anda sebagai pekerja kan.

Sesetengah majikan yang tidak bertanggungjawab mungkin mengabaikan hak-hak pekerja mereka sehingga pekerja merasa tidak senang bekerja.

READKerja Kosong Sabah Tetap & Part Time

Anda sebenarnya mempunyai saluran yang betul untuk membuat aduan mengenai perkara ini.

Oleh itu, anda perlu ambil tahu tentang beberapa jenis aduan yang anda boleh laporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pejabat Buruh.

  1. Majikan tidak membayar gaji anda.
  2. Anda tidak diberikan cuti tahunan.
  3. Majikan memberhentikan anda bekerja tanpa notis.
  4. Majikan tidak memberikan kontrak perkhidmatan bekerja.
  5. Majikan lewat membayar gaji.
  6. Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012.
  7. Majikan tidak membenarkan pekerja untuk solat.
  8. Terdapat diskriminasi perkauman.

Sekiranya anda mengalami perkara di atas, maka anda boleh melaporkannya ke JTK.

Cara Membuat Aduan Ke Pejabat Buruh

Di sini jika anda menghadapi masalah dengan majikan anda, ini ada 4 cara untuk buat aduan.

  1. Hadir ke pejabat JKT berhampiran secara langsung.
  2. Hantar surat aduan kepada JKT.
  3. Hubungi talian telekerja JKT di talian 03-8888 9111
  4. Hantar aduan melalui email rasmi JKTS di jktsm@mohr.gov.my.

Jika anda mengharapkan maklum balas dan tindakan yang segera daripada pihak Jabatan Tenaga Kerja, anda dinasihatkan agar hadir secara langsung ke pejabat JKT berdekatan bersama dokumen yang diperlukan.

Siasatan akan dibuat oleh pihak JKT berdasarkan aduan yang anda berikan.

Sekiranya aduan anda adalah berasas dan majikan terbukti bersalah, majikan boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti dikenakan kompaun atau pendakwaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau ingin mencari tahu maklumat tentang aduan ke Pejabat Buruh, anda boleh rujuk alamat berikut:

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Aras 5, Setia Perkasa 3, Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530, Putrajaya, Malaysia

Telefon : 603-8000 8000
Pegawai Khidmat Pelanggan : 603-88865192
Telekerja : 03-8888 9111
Faksimili : 603-8889 2368
Email : jtksm@mohr.gov.my

Kesimpulannya, segala masalah yang melibatkan hak pekerja dan pertikaian antara majikan dan pekerja hendaklah diadukan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk diselesaikan mengikut undang-undang yang betul.

Walau bagaimana pun, masalah antara majikan dan pekerja mungkin boleh dibicarakan baik-baik terlebih dahulu secara empat mata.

Namun, sekiranya cara tersebut tidak memberi kesan barulah diadukan ke pihak JKT.