Diskaun Saman Polis Selangor Hingga 50% Sempena Merdeka Ride Carnival
KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus bagi saman terpilih pada karnival PDRM Selangor Merdeka Ride yang akan berlangsung di Tapak Karnival Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Polis Selangor dalam satu hantaran di Facebook, memaklumkan kaunter pembayaran saman akan dibuka daripada jam 8 pagi hingga jam 4 petang pada hari terbabit.
Katanya, diskaun hingga 50 peratus ditawarkan untuk saman terpilih sahaja, tidak membabitkan saman kemalangan, saman tidak boleh dikompaun (NC), saman berstatus Op Selamat dan saman bicara mahkamah.
Turut dikecualikan daripada diskaun adalah saman berkaitan kenderaan berat, memotong secara bahaya dan potong barisan, guna lorong kecemasan, langgar lampu merah, potong garisan berkembar dan ubah suai ekzos kenderaan.
“Karnival PDRM Selangor Merdeka Ride akan bermula daripada jam 7 pagi hingga jam 7 malam dan pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang karnival berlangsung.
“Antaranya kayuhan merdeka Federal Highway Ride sejauh 30 kilometer yang boleh disertai oleh orang ramai dan pendaftaran dibuka secara dalam talian hingga esok di https://www.heyjom.com/events/391,” katanya.
Acara kayuhan itu, katanya, akan turut disertai pelumba basikal profesional negara, Anuar Manan.
“Selain itu, karnival ini akan turut dimeriahkan dengan pelbagai ‘booth’ (reruai) perniagaan dan makanan, pameran kereta dan motosikal klasik serta ‘autoshow’.
“Tidak ketinggalan, pertunjukan seni mempertahan diri, persembahan silap mata, ‘petting zoo’, ‘fun fair’ dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah antaranya motosikal, skuter dan televisyen pintar,” katanya.
Pengunjung akan turut disajikan pelbagai persembahan oleh artis jemputan antara Datuk Awie, Hazama, Saiful Apek, Yassin Senario, Bagio Damastura, Haziq AF, Eka AF, Pablo Amirul, Along Eyzendy dan kumpulan Arteh.
Sumber: Berita Harian
Berita baik!
Jika anda sudah baca siaran akhbar di atas, jangan tunggu lagi kerena polis Selangor menawarkan diskaun saman polis traffik sehingga 50% Sabtu ini.
Diskaun ini ditawarkan sempena Karnival PDRM Selangor Merdeka Ride di Tapak Karnival Stadium Shah Alam
Jika anda memiliki saman yang belum dijelaskan, ini adalah peluang baik untuk anda.
Pergilah ke venua karnival kerana polis Selangor akan membuka kaunter pembayaran saman dari jam 8 pagi hingga 4 petang.
Diskaun 50% diberi kepada saman dalam kategori terpilih sahaja.
Saman dalam ketegori berikut tidak akan / tidak layak mendapat diskaun
- Saman Kemalangan
- Saman Tidak Boleh Dikompaun (NC)
- Saman Berstatus OP Selamat
- Saman Bicara Mahkamah
- Saman Berkaitan Kenderaan Berat
- Memotong secara Bahaya
- Potong Barisan
- Guna Lorong Kecemasan
- Langgar Lampu Merah
- Potong Garisan Berkembar
- Ubah Suai Ekzos Kenderaan
Kepada yang ada saman tertunggak, sila ambil kesempatan semasa tawaran ini untuk menjelaskan saman anda.