Cara Memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) 2025 Sarawak
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) diteruskan lagi tahun ini 2025 oleh kerajaan Sarawak. Ini adalah inisiatif yang dilaksanakan sejak tahun 2019.
Ibu bersalin diberikan bantuan sebanyak RM450.00
Ini adalah berita gembira dan jangan lepaskan peluang ini.
—————-
—————-
Bantuan diberi kepada ibu berstatus ‘K” untuk membantu keperluan para ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang.
Semua ibu berstatus ‘K” layak memohon
Syarat Kelayakan Memohon
Untuk memohon anda mestilah mematuhi syarat kelayakan seperti di bawah
- Mestilah warganegara Malaysia
- Mestilah melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
- Ibu merupakan pemegang MyKAD Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus “K”; dan
- Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin.
Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke mana-mana pejabat berikut:
- Pejabat Kebajikan Masyarakat
- Pejabat Residen
- Pejabat Daerah
- Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak
Boleh tak buat permohonan secara online?
Tentu boleh. Permohonan mestilah disertakan dengan dokumen sokongan semasa mengisi borang permohonan online.
Link: https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
Permohonan boleh dibuat dari kandungan berusia 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin
Borang permohonan manual boleh diambil dari mana-mana pejabat berikut
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah Negeri Sarawak.
- Pejabat Daerah Negeri Sarawak
- Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja) Negeri Sarawak
Semakan keputusan permohonan
Bagaimana buat semakan status permohonan…
Ada 2 cara
1. Whatsapp: +6014-6881398
2. iSarawakcare <—- Untuk permohonan online
Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut hubungi mereka di talian +6082-442050