Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang Syarat Kemasukan & Yuran Pengajian

Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang informasi mengenai syarat kemasukan dan anggaran yuran pengajian dan untuk ambil kursus tersebut. Pada masa kini, untuk mencari suatu pekerjaan bukanlah semudah yang disangka.

Jika tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang baik mungkin susah untuk mendapatkan suatu pekerjaan.

Tunggu! sebelum itu mungkin anda juga berminat untuk mencari penaja atau biasiswa untuk melanjutkan pengajian. Layari artikel kami terdahulu mengenai senarai biasiswa untuk pelajar IPT di Malaysia.

Antaranya ialah biasiswa yang ditawarkan oleh Karangkraf, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Maxis, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bank Negara Malaysia (BNM) dan banyak lagi.

Sebenarnya ada begitu banyak peluang biasiswa di luar sana yang perlu anda tahu untuk menambah peluang mendapatkan tajaan pelajaran anda nanti.

Manalah tahu ada antara biasiswa tersebut yang sesuai dan menarik minat anda untuk cuma memohon.

Berbalik kepada topik kali ini, memanglah bukan semua pekerjaan itu mengutamakan pendidikan, seperti yang selalu diperkatakan masyarakat kini, jika ada rezeki adalah ataupun rezeki tidak akan salah alamat.

Memang betul tapi perlu kita ingatkan usaha adalah yang terpenting dalam mengejar masa depan yang cerah.

Jika tiada usaha macam mana pula rezeki tersebut akan tiba? Tambahan pula kini terlalu banyak persaingan dalam mencari pekerjaan.

Kita akan bersaing dengan ribuan orang untuk mendapat suatu pekerjaan. Oleh itulah pendidikan sangat penting dalam kehidupan kita.

Pernahkah anda mendengar mengenai diploma penguatkuasaan undang-undang?

Tahukah anda diploma ini adalah antara diploma yang memudahkan anda untuk mendaftar dan apa yang lebih menarik adalah dengan melanjutkan pengajian dalam diploma ini pelbagai peluang pekerjaan diluar sana akan terbuka untuk anda.

Apa Itu Diploma Penguatkuasaan Undang-undang?

Diploma ini baru sahaja diperkenalkan di Malaysia dengan tujuan untuk memenuhi keperluan industri keselamatan yang kini sangat diperlukan di Malaysia.

Kursus penguatkuasaan undang-undang juga merupakan suatu kursus profesional yang wujud di Malaysia.

Tahukah anda, kursus ini dapat memberi latihan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai aspek penguatkuasaan undang-undang kepada generasi muda di Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran.

Apa yang lebih menarik lagi adalah kursus ini juga dapat memberi peluang pekerjaan yang lebih luas kepada generasi muda kini disamping melatih dan memperkasakan tenaga mereka.

Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang ini akan berpeluang untuk menceburi alam pekerjaan dalam sektor unit beruniform seperti JPJ, KASTAM, PDRM, SPAD dan imigresen.

Itulah sebabnya sejak akhir-akhir ini ramai pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus ini.

Bukan itu sahaja, Kursus ini telah pun diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 1/2 daripada kursus ini adalah sebahagian daripada kursus diploma pengurusan dan ¼ adalah sebahagian daripada undang-undang penguatkuasaan.

Diploma dalam bidang ini telah membuka peluang yang besar untuk melanjutkan pelajaran bagi mereka yang kurang mahir dalam bidang perakaunan, finance ataupun komunikasi perniagaan.

Lebih-lebih lagi selepas tamat daripada diploma tersebut anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda undang-undang di mana-mana IPTA atau IPTS.

Objektif Program  Atau Kursus

Berikut merupakan antara objektif pengajian diploma dalam bidang tersebut diwujudkan di Malaysia :

  • Bagi mengembangkan kemahiran serta pengetahuan individu dalam pelbagai aspek dalam bidang penguatkuasaan undang-undang.
  • Bagi mengembangkan kemahiran pelajar dalam bidang penguatkuasaan undang-undang.
  • Bagi membangunkan Individu dengan pengetahuan dan pemahaman serta kemahiran.
  • Bagi menambah peluang pekerjaan dalam bidang penguatkuasaan undang-undang serta pengurusan keselamatan.

IPT Yang Menawarkan Diploma Penguatkuasaan Undang-undang

Setakat ini semakan yang kami buat tidak menemui IPTA yang menawarkan Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang. Kebanyakan yang menawarkan kursus tersebut ialah IPTS.

Berikut merupakan adalah antara IPT di Malaysia yang menawarkan diploma dalam bidang penguatkuasaan undang-undang :

  1. UNIKOP (unikop.edu.my/)
  2. Saito University College (saito.edu.my/)
  3. Vision College (vision.edu.my/vision-academy/)
  4. North Borneo University College, Sabah (NBUC – nbuc.edu.my/)

Universiti yang menawarkan diploma dalam bidang ini mungkin lebih banyak berbanding senarai di atas. Anda boleh cari perlahan-lahan IPT lain yang menawarkan program pengajian yang sama di mana lokasinya lebih sesuai untuk anda.

Yuran & Tempoh Pengajian

Tahukah anda Yuran dan tempoh pengajian bagi diploma ini adalah berbeza-beza mengikut IPT mana anda pilih.

Tetapi secara puratanya tempoh pengajian normal untuk peringkat diploma biasanya dari 2 tahun 6 bulan hingga 3 tahun.

Berikut adalah anggaran kos serta tempoh pengajian bagi diploma tersebut :

Kos Pengajian

Secara puratanya Kursus ini akan menawarkan pengajian dengan yuran pengajiannya yang berjumlah RM 3,660 bagi satu semester dan boleh mencecah sehingga RM 18,300 bagi keseluruhan semester dalam pengajian tersebut.

Juga terdapat institusi yang menawarkan sehingga RM 35,000 ribu bagi menampung keseluruhan kos pengajian tersebut termasuklah bilik asrama dan keperluan lainnya.

Ini bergantung kepada bilangan semester yang ditawarkan oleh suatu institusi tersebut. Tetapi anda tidak perlu risau mengenai kos pengajian tersebut kerana anda akan digalakkan untuk membuat pinjaman pelajaran seperti PTPTN untuk menanggung kos pengajian anda.

Tempoh Pengajian

Bagi tempoh pengajian juga bergantung kepada institusi, Terdapat institusi yang menawarkan tempoh pengajian selama 2 tahun 6 bulan iaitu 5 semester.

Terdapat juga institusi yang menawarkan tempoh pengajian sehingga 3 Tahun iaitu 8 semester .

Syarat Kemasukan

Bagi melanjutkan pengajian dalam diploma bidang ini bukanlah sukar dengan menggunakan keputusan SPM sahaja boleh melayakkan anda untuk mendaftar diri bagi program tersebut.

Antara syarat kelayakan kemasukan bagi program tersebut adalah:

  • Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai 3 kredit dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Pemohon hendaklah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan dan berstatus warganegara yang sah.

Jika anda menepati kriteria di atas anda boleh terus mendaftarkan diri anda, yang paling penting adalah anda mempunyai minat dalam bidang tersebut.

Peluang Pekerjaan Masa Hadapan

Ramai tanya apa kelebihan diploma dalam bidang ini. Mengenai peluang pekerjaan pula, pelbagai jenis peluang kerjaya akan terbuka luas kepada anda di luar sana apabila anda memiliki diploma dalam bidang penguatkuasaan undang-undang.

Anda berpeluang untuk menceburi sektor awam bagi kerjaya unit beruniform. Antaranya ialah :

  • PDRM
  • JPJ
  • KASTAM
  • SPAD
  • IMIGRESEN

Dan pelbagai lagi jawatan unit beruniform yang boleh anda ceburi dengan hanya memiliki sijil diploma tersebut termasuklah pekerjaan dalam penguatkuasaan dari agensi-agensi lain berkaitan kerajaan dan swasta.

Peluang kerjaya itu tidaklah terhad kepada agensi-agensi kerajaan yang tersenarai di atas sahaja. Ini kerana industri berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam semakin berkembang pesat di Malaysia ketika ini.

Kelebihan Program

Terdapat pelbagai kelebihan diploma dalam bidang tersebut yang dapat diperoleh bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang penguatkuasaan undang-undang.

Antara kelebihan tersebut adalah:

1.Dapat mendalami undang-undang

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai perlembagaan undang-undang yang baik. Sebagai rakyat Malaysia adalah penting bagi kita untuk memahami undang-undang negara.

Tahukah anda, apabila anda menceburi bidang pengajian ini anda akan mengetahui jenis undang-undang dan hukuman serta mendalami lagi undang-undang tersebut.

2. Lebih bertindak mengikut undang-undang

Apabila anda telah mempelajari mengenai undang-undang dan lebih mendalaminya anda akan lebih faham kepada undang-undang.

Bila anda telah memahaminya pasti anda akan bertindak lebih mengikut undang-undang.

3. Tidak mudah dipermainkan

Kini terlalu kerap terjadi skim penipuan di mana-mana sahaja. Tahukah anda sebenarnya mangsa penipuan ini bukan lah tertipu akibat termakan dengan kata-kata manis sindiket penipuan tapi kerana kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan dengan undang-undang.

Oleh itu jika kita lebih mengetahui mengenai undang-undang maka susahlah untuk terpedaya dengan sindiket penipuan yang berleluasa di luar sana.

Diploma dalam bidang pengajian ini bukan sahaja memberi manfaat kepada ramai masyarakat tetapi juga dapat memperkasakan lagi tenaga dalam sektor penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang anda untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini, kejarlah dahulu ilmu dan pengalaman bagi menggapai masa hadapan yang lebih baik.

Semoga sedikit informasi umum mengenai kos atau yuran pengajian dan syarat kelayakan kemasukan untuk ambil kursus Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang ini bermanfaat kepada anda.