Diploma Pentadbiran Awam Syarat Kelayakan & Peluang Pekerjaan

Diploma Pentadbiran Awam atau Diploma in Public Administration syarat kelayakan dan peluang pekerjaan atau kerjaya masa depan. Ada juga yang tanya, nanti tamat pengajian peringkat diploma boleh sambung degree apa? Soalan-soalan ini kita akan jelaskan di bawah.

Selepas tamat sahaja peperiksaan SPM sudah tentu para di luar sana masing-masing sedang memikirkan hala tuju yang seterusnya.

Ada yang ingin terus bekerja dan ada juga yang ingin melanjutkan pengajian, hala tuju selepas tamatnya SPM adalah berbeza bagi setiap pelajar.

Tapi sebenarnya kedua-dua pilihan ini tidak salah sama ada anda ingin melanjutkan pengajian ataupun terus bekerja asalkan ia bersesuaian dengan minat anda.

Bagi pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian tapi masih berfikir mengenai bidang apa yang sesuai untuk diceburi anda boleh mencuba untuk melanjutkan pelajaran dalam program diploma.

Sebelum itu, ramai yang sedang tercari-cari peluang biasiswa bukan? Kami ada buat himpunan senarai biasiswa terkini di Malaysia. Mungkin ada yang sesuai untuk anda.

Program diploma adalah antara pilihan yang terbaik untuk pelajar selepas SPM kerana sijil diploma boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan dan untuk menyambung pengajian ke tahap yang seterusnya.

Salah satu program diploma yang selalu menarik perhatian pelajar-pelajar di luar sana adalah Diploma dalam pentadbiran awam.

Antara IPTA yang ada menawarkan kursus ini ialan UiTM.

Mengapa diploma ini dikatakan menarik?

Bukan sahaja struktur pembelajarannya yang menarik tapi peluang pekerjaan yang sangat luas dalam bidang pentadbiran awam telah menarik minat pelajar-pelajar di luar sana.

Berikut kami kongsikan sedkit informasi berkenaan program ini kepada anda yang berminat.

Apa Itu Diploma Pentadbiran Awam?

Kursus ini adalah antara program diploma yang sering menjadi pilihan ramai pelajar di Malaysia.

Ini kerana jika anda mnegambil program ini anda akan belajar mengenai pentadbiran dan pengurusan negara.

Menarik bukan? Lebih-lebih lagi jika anda meminati bidang politik dan perundangan di Malaysia.

Ini adalah peluang untuk anda mendalami lagi pengurusan serta pentadbiran negara Malaysia.

Dalam program ini anda akan didedahkan secara langsung mengenai negara, kerajaan, politik, pilihan raya, YDPA dan hal-hal lain berkenaan dengan pentadbiran negara.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik lagi adalah dalam program ini anda juga akan mempelajari mengenai sains computer, statistik, Business Mathematics, Kewangan, akaun, ekonomi dan pelbagai lagi.

Ini bermaksud dalam program pengajian ini, anda bukan sahaja dapat mempelajari mengenai pentadbiran dan pengurusan negara tapi anda juga akan mempelajari berkenaan dengan kewangan negara.

Syarat Kelayakan

Kursus ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM, Lepasan PRA Diploma UiTM dan APEL (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING).

Untuk memudahkan anda berikut dikongsikan syarat-syarat bagi Kursus tersebut.

A. Lepasan SPM

Bagi lepasan SPM pemohon perlulah memenuhi syarat am universiti serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran.

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik/ Matematik Tambahan

B. Lepasan PRA Diploma UiTM

Bagi pelajar lepasan PRA Diploma perlulah sekurang-kurangnya Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) UITM

C. APEL (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING)

  • Pemohon hendaklah lulus MQA iaitu Ujian Aptitud dan Penilaian Portfolio.
  • Pemohon hendaklah berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tahun permohonan.
  • Pemohon hendaklah mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang perakaunan sekurang-kurangnya lima tahun.

Pemohon hendaklah lulus temuduga peringkat fakulti.

IPT Tawarkan Kursus Ini

Untuk pengetahuan anda, Diploma ini terdapat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di pelabagai daerah.

Biasanya pelajar akan mendafatarkan diri di UiTM untuk mengambil program tersebut.

UiTM sering menjadi pilihan kepada pelajar-pelajar di luar sana dalam bidang ini kerana bukan sahaja kualiti pembelajarannya yang baik tapi juga yuran pengajian yang tidak terlalu tinggi.

Berikut adalah antara senarai UiTM yang menawarkan Program ini mengikut lokasi:

  • UiTM seremban, Negeri Sembilan
  • UiTM Merbok, Kedah
  • UiTM Raub, Pahang
  • UiTM Kota Kinabalu, Sabah
  • UiTM Kota Samarahan, Sarawak

Selain UiTM banyak juga IPTS dan juga politeknik yang menyediakan kursus ini. Anda boleh melawat laman website politeknik untuk maklumat lanjut.

Yuran & Tempoh Pengajian

Berikut adalah anggaran yuran bagi Program Diploma Pentadbiran beserta dengan tempoh pengajian:

i. Yuran

Berdasarkan Program di Universiti Teknologi Mara, bagi yuran pengajian adalah berbaloi dan tidak begitu tinggi.

Pada semester pertama pelajar yang mengambil Diploma ini hanya perlu membayar dengan anggaran jumlah RM748 sahaja.

Jumlah ini adalah tidak tetap dan kemungkinan akan berubah mengikut Institusi itu sendiri atau jika terdapat kos tambahan yang lainnya.

Tapi jumlah bayaran pada semester pertama tidak sama dengan semester yang seterusnya, di mana bagi semester yang kedua dan seterusnya pelajar hanya perlu membayar yuran dengan jumlah RM 540 pada setiap semester.

ii. Tempoh pengajian

Tempoh pengajian yang perlu diambil oleh pelajar program ini adalah mengikut semester.

Bagi program untuk bidang tersebut, pelajar hanya akan menduduki 5 semester sahaja iaitu bersamaan dengan 2 tahun 6 bulan.

Peluang Kerjaya

Mungkin ramai lagi yang tidak tahu bahawa bidang pengajian ini sebenarnya adalah antara bidang yang membuka peluang kerjaya yang luas kepada graduan dalam bidang ini.

Kenapa program ini dikatakan mempunyai masa hadapan yang cerah?

Hal ini kerana skop pengajiannya yang sangat meluas mengenai pentadbiran negara, undang-undang dan pengurusan kewangan.

Oleh itu pelajar daripada bidang ini mempunyai pengetahuan yang lengkap dan sangat diperlukan di luar sana dan ini telah membuka peluang yang lebih cerah kepada pelajar dari bidang ini untuk mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan.

Jadi apakah contoh kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan lepasan bidang ini?

Berikut dikongsikan antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh pelajar dalam program ini.

  • Pentadbiran dan pengurusan Kerajaan (Persekutuan, Negeri & Tempatan)
  • Pentadbiran dan Pengurusan Syarikat
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Undang-Undang
  • Keusahawanan
  • Hal Ehwal Diplomatik

Peluang kerjaya tidaklah hanya yang tersenarai di atas. Jika anda rajin mencari peluang, bidang kerjaya untuk bidang ini memang luas.

Kelebihan Program

Tahukah anda sebenarnya pelajar yang mengambil diploma dalam bidang Pentadbiran Awam sangat beruntung kerana kelebihan program ini sendiri yang mempunyai pelbagai manfaat kepada pelajar.

Antara kelebihan bagi kursus pengajian bidang ini adalah seperti berikut:

1.Struktur pembelajaran yang menarik

Program ini mempunyai struktur pembelajaran yang sangat menarik bagi pelajar-pelajar di luar sana.
Di mana dalam program ini anda akan mempelajari berkaitan dengan negara dari segi politik dan kewangan.

2.Yuran pengajian yang berbaloi

Yuran pengajian yang ditawarkan bagi program diploma ini juga adalah berpatutan dengan tidak melebihi RM1000 bagi setiap semester.

3.Peluang kerjaya yang luas

Graduan dalam bidang ini sangat diperlukan dalam bidang pelbagai pilihan kerjaya dan telah membuka peluang kerjaya yang luas kepada graduan bagi pelajar dalam program ini.

4.Syarat kemasukan yang mudah

Untuk memasuki program diploma ini syarat kelayakannya tidak lah begitu sukar dan ini telah memudahkan pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik untuk memasukinya.

Bidang ini sememangnya adalah pilihan yang terbaik kepada pelajar di luar sana, terutamanya pelajar lepasan SPM.

Kepada pelajar yang meminati bidang ini anda boleh memohon apabila permohonan di buka.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini bagi menjamin masa hadapan yang lebih cerah.

Semoga sedikit informasi umum mengenai peluang kerjaya dan syarat kelayakan Diploma Pentadbiran Awam ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di luar sana.