Diploma Seni Kulinari Syarat Kelayakan & Peluang Kerjaya

Diploma Seni Kulinari (Diploma in Culinary Arts) syarat kelayakan dan peluang kerjaya atau pekerjaan graduan dalam bidang ini. Adakah anda mempunyai minat dalam bidang masakan dan makanan? Tapi tidak mempunyai kemahiran?

Jangan risau, bila bercerita mengenai bakat atau kemahiran, ianya masih dapat di diperbaiki dan dipupuk jika anda berusaha.

Jadi apa yang anda perlu buat jika anda mempunyai minat tapi tidak berkemahiran dalam bidang masakan.

Sebelum itu, mungkin anda berminat untuk memohon biasiswa, kami sudah mengemaskini senarai biasiswa terkini untuk pelajar lepasan SPM dan STPM.

Anda boleh membacanya, mana tahu reziki anda berpeluang mendapat tajaan biasiswa untuk pengajian anda.

Jangan putus asa, anda boleh mengembangkan bakat anda dengan mengambil pendidikan dalam bidang seni kulinari.

Mesti anda pernah berfikir untuk menceburkan diri dalam bidang masakan apabila anda dewasa bukan?

Jangan buang masa lagi, tambahan pula jika anda merupakan pelajar lepasan SPM, Inilah adalah peluang anda.

Pada tahap umur ini lah masanya untuk anda mengembangkan bakat dan kemahiran anda dalam seni masakan.

Siapa kata bidang masakan tidak perlu pendidikan?

Tahukah anda, pendidikan dalam bidang masakan akan memberi anda kemahiran secara praktikal yang sebenar mengenai seni masakan.

Di mana anda dapat mengasah kemahiran anda sehingga boleh mencapai taraf chef antarabangsa.
Tiada yang mustahil jika anda mencuba, apa yang penting adalah untuk meneruskan minat anda.

Bagi memudahkan anda, pada artikel ini kami akan kongsikan maklumat yang berkaitan dengan program ini yang perlu anda tahu.

Apa Itu Diploma Seni Kulinari?

Untuk pengetahuan anda, diploma dalam bidang pengajian ini adalah merupakan latihan teori bagi semua bidang yang berkaitan dengan pengeluaran makanan.

Apa yang lebih menarik adalah pelajar bukan sahaja dilatih untuk menguruskan perkara yang berkaitan dengan makanan, malahan pelajar akan dilatih mengenai kemahiran-kemahiran yang penting dalam seni kulinari, organisasi dan pengurusan.

Sesetengah orang beranggap bidang seni kulinari hanyalah sekadar masakan.

Tapi sebenarnya tanggapan itu adalah salah sama sekali.

Mengapa? ini kerana bidang seni kulinari akan melahirkan individu yang berfikir secara kritis dalam membuat keputusan yang akan mereka hadapi di alam pekerjaan kelak.

Secara umumnya, dalam bidang ini pelajar akan berpeluang merasakan sendiri pengalaman yang sebenar berada di dapur secara profesional.

Pelajar akan memperoleh pelbagai ilmu dalam seni kulinari bermula dari penyediaan sehingga penghidangan dan pengurusan.

Boleh dikatakan seperti chef sebenar, menarik bukan?

Jika anda berminat dalam bidang ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendaftarkan diri dalam bidang seni kulinari, anda pasti tidak akan menyesal.

Syarat kelayakan Kemasukan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan yang perlu anda tepati bagi melayakkan diri anda dalam bidang seni kulinari:

  1. Pemohon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia yang sah.
  2. Lulus dalam SPM atau diiktiraf setaraf dengannya ;
    – Lulus sejarah (SPM 2013 dan ke atas).
    – Lulus Bahasa Inggeris.
    – Lulus Matematik.
    – Tiga (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut
    a. Bahasa Melayu.
    b. Dua (2) mata pelajaran lain.
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal, pertuturan atau masalah pembelajaran yang akan menyukarkan kerja-kerja amali seperti berikut:
    – Buta, buta warna, buta sebelah mata atau rabun yang perlu menggunakan kanta khas.
    – Pekak yang memerlukan penggunaan alat pendengaran.
    – Lumpuh tangan dan kaki.
    – Bisu, sengau dan sebagainya.

Universiti & Kolej Yang Menawarkan Program Ini

Bagi memudahkan anda, berikut dikongsikan senarai beberapa IPTA dan IPTS yang menawarkan tersebut. Sebenarnya ada banyak lagi IPT yang menawarkan, terpulang kepada anda untuk pilih IPT mana yang diminati dan mudah untuk anda.

Senarai Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang anda boleh rujuk;

  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Sekolah Hospitaliti Dan Pelancongan (SHP)
  • Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ)
  • GIATMARA Hulu Langat
  • SG Academy
  • Accel Skill Academy
  • Kagumas Culinary Academy
  • Universiti Taylor’s
  • Management And Science University (MSU)
  • Food Institute of Malaysia (FIM)
  • Malaysian Food (Authentic) Collage (MFA)
  • Cosmopoint College
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Politeknik

Anggaran Yuran Pengajian

Yuran Diploma Seni Kulinari adalah berbeza mengikut institusi yang menawarkan program diploma itu sendiri.

Walaubagaimanapun, sebenarnya program ini adalah antara program yang menawarkan yuran atau kos pengajian yang agak berpatutan.

Sesuai lah bagi mereka yang berminat untuk menyertai program tersebut dengan kos yang tidak terlalu tinggi.

Untuk pengetahuan anda, anggaran yuran pengajian bagi IPTS iaitu Institusi Pendidikan Tinggi swasta biasanya menawarkan yuran pengajian berjumlah RM 29,000 sehingga rm36,000 bagi keseluruhan semester.

Bayaran yuran bagi setiap semester pula adalah Rm2,500 sehingga RM 4,833.00 bergantung kepada setiap IPT.

Tapi perlu diingatkan jumlah tersebut hanyalah anggaran dan bergantung kepada setiap IPTS.

Berbeza dengan IPTA iaitu institusi Pendidikan Tinggi Awam yang menawarkan yuran pengajian yang agak rendah berbanding swasta iaitu RM500 sehingga RM700 bagi setiap semester.

Yuran pengajian di atas adalah berdasarkan yuran pengajian UITM Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Anda boleh memilih mana-mana IPTS atau IPTA mengikut minat dan kesesuaian anda.

Kelebihan Program Ini

Tahukah anda, terdapat pelbagai kelebihan yang anda dapat perolehi sebagai pelajar bidang ini.

Antara kelebihan program tersebut adalah :

  • Yuran pendaftaran dan yuran pengajian yang lebih murah serta mampu bagi seorang pelajar lepasan SPM.
  • Peluang pekerjaan tinggi selepas tamat pengajian.
  • Melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal dengan lebih profesional.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan individu yang berminat dengan bidang masakan, pastri dan kulinari kepada Teknik yang tertinggi.
  • Dapat membuat pengurusan pengeluaran makanan dengan lebih baik dan sistematik.
  • Enam (6) bulan Latihan industri yang berstruktur bertujuan memberi kemahiran dan pengalam di tempat kerja.
  • Menambahkan minat dan ketabahan dalam seni kulinari.
  • Memberi peluang kepada individu yang ingin menjadi usahawan dalam bidang kulinari.
  • Memberi pendedahan yang lebih khusus dan agresif dalam bidang kulinari.

Subjek silibus untuk bidang pengajian ini boleh anda lihat di berberapa website. Antaranya ialah di website rasmi Cosmopoint College, salah satu kolej yang terbaik di Malaysia.

Peluang Kerjaya / Pekerjaan

Bertuahlah mereka yang menyertai program bidang pengajian ini kerana peluang pekerjaan dalam bidang tersebut begitu luas.

Bukan sahaja di dalam Malaysia malahan sehingga ke luar negara.

Mengapa? Ini kerana industri pelancongan, perhotelan dan restoran semakin berkembang dengan pesat di negara kita juga di negara luar.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kerjaya yang tinggi tetapi anda juga berpeluang membuka perniagaan sendiri dengan kemahiran-kemahiran yang diperolehi dalam bidang ini.

Antara peluang pekerjaan dalam bidang ini;

  • Pengusaha katering.
  • Usahawan dalam bidang kulinari.
  • Chef penyelidikan dan pembangunan.
  • Pendidik dalam bidang kulinari.
  • Chef selebriti, chef eksekutif, chef khusus.
  • Pengkritik masakan.
  • Pembantu dan tukang masak di hotel, resort.
  • Wartawan atau penulis masakan.
  • Perunding dalam pembuatan dan pengeluaran makanan berkualiti.
  • Penolong pengurus dan pengawal dalam pengurusan makanan dan minuman dan sebagainya.

Dalam keadaan ekonomi yang kurang menentu ini, kepada anda yang masih tercari-cari kerjaya yang boleh membantu anda melalui saat-saat kritikal, kemahiran seni kulinari ini adalah yang terbaik untuk anda.

Untuk lebih banyak informasi anda boleh baca banyak blog diluar sana yang menceritakan pengalaman mereka sebagai pelajar dan graduan dalam bidang ini.

Semoga perkongsian informasi mengenai syarat kelayakan dan peluang pekerjaan graduan seni kulinari ini bermanfaat kepada anda.

Informasi Berkaitan

Berapa lama tempoh pengajian Diploma Seni Kulinari?

Tempoh pengajian bagi Program ini biasanya adalah dari 1 tahun hingga ke 4 tahun iaitu 5 sehingga 8 semester bergantung kepada setiap IPT.

Bilakah saya boleh mendaftar sebagai pelajar?

Anda boleh mendaftar melalui https://upu.mohe.gov.my/ atau mana-mana kolej yang menawarkan Diploma dalam bidang ini di laman web kolej tersebut apabila permohonan telah dibuka.

Adakah diploma dalam bidang ini hanya memberi penekanan kepada kemahiran memasak sahaja ?

Tidak, pengajian dalam bidang Diploma Seni Kulinari akan membantu anda untuk menguruskan pelbagai aspek mengenai pengeluaran makanan.

Termasuklah dari segi pembangunan sumber manusia, penyeliaan, keusahawanan, keselamatan makanan dan membeli keperluan yang berkaitan dengan pengeluaran makanan dengan keadaan yang lebih sistematik.