Permohonan & Syarat Kelayakan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM

Selamat datang ke dalam perjalanan menarik dalam dunia pendidikan! Mungkin anda pernah terfikir untuk meneroka bidang pendidikan, tetapi tiada kelayakan ikhtisas pendidikan dalam tangan?

Jangan risau, dunia pendidikan sentiasa terbuka untuk semua, sama ada untuk menjadi seorang guru, pensyarah atau pelbagai peranan lain dalam jurusan pendidikan.

Semuanya boleh dicapai menerusi Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Program ini adalah pilihan yang sesuai, terutama bagi individu yang mungkin mempunyai ijazah dalam bidang lain tetapi berminat untuk meneruskan karier dalam jurusan pendidikan.

Salah satu universiti popular yang menawarkan program ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

READ: Rasai Pengalaman Melawat Entopia Taman Rama-Rama Terbesar di Malaysia!

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh semua calon berminat untuk menyertai program DPLI Eksekutif UKM adalah seperti berikut:

  • Para pemohon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda (semua bidang)
  • Calon perlu mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda tidak kurang daripada 2.50
  • Tiada had umur bagi permohonan program ini.

Calon-calon yang mempunyai PNGK di bawah 2.5 akan dipanggil untuk sesi temuduga, sambil mempertimbangkan pengalaman kerja yang mereka miliki sebagai faktor penilaian tambahan.

Ujian MEDSI akan dilaksanakan pada semester kedua.

Kelebihan program

Berikut adalah beberapa kelebihan yang dapat dipertimbangkan melalui program DPLI yang ditawarkan oleh UKM:

  • Program ini tersedia untuk pelbagai subjek di sekolah, membolehkan calon memilih mengikut minat dan keperluan mereka.
  • Program DPLI ini mempunyai pengiktirafan kelayakan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Program ini akan dikendalikan oleh pensyarah yang berpengalaman dan memiliki kelayakan tinggi dalam bidang pendidikan.
  • Program ini dilaksanakan ketika masa cuti persekolahan.

Struktur Program dan yuran pengajian

Program ini ditawarkan dalam jangka masa selama 1 tahun 6 bulan merangkumi 3 semester. Mod pengajian adalah pembelajaran fleksible dengan memfokuskan kerja kursus serta praktikum.

Kaedah pengajaran menggabungkan pembelajaran dalam talian (online) serta interaksi bersemuka di universiti.

Manakala, yuran pengajian bagi program ini adalah sebanyak RM 10,200 yang boleh dilakukan mengikut semester.

Cara permohonan

Bagi calon berminat untuk memohon program DPLI UKM, anda boleh menghantar permohonan melalui portal UKM dengan menggunakan pautan laman web berikut secara atas talian. Anda boleh melayari laman web UKM di bawah ini untuk panduan permohonan.

Program Eksekutif – Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 Syarat DPLI UKUM Eksekutif

Sumber: Portal UKM

Maklumat perhubungan

Bagi sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi nombor di bawah ini:

Cik Nik Nurzuhayra: +6011-60809134
Cik Nurul Syazwani : +6014-9887114
Puan Nabilah : +6011-28032115

Rebutlah peluang ini jika anda berminat untuk menabur bakti mendidik anak bangsa kita di Malaysia. Kerjaya dalam bidang pendidikan sememangnya agak popular.