Rasai Pengalaman Melawat Entopia Taman Rama-Rama Terbesar di Malaysia!
Mari berkunjung ke Entopia! Entopia adalah sebuah taman rama-rama yang terbesar di Malaysia dan terletak di Pulau Pinang.
Di sini anda boleh melihat pemandangan cantik dengan lebih daripada 15,000 rama-rama yang terbang bebas di dalam vivarium berlatar belakangkan air terjun, kolam, gua, dan taman artisitik.
Bukan setakat rama-rama sahaja, anda juga boleh melihat kepelbagaian 200 spesies flora dan kepelbagaian haiwan reptilia, amfibia, dan invertebrata lain. Mari baca lebih lanjut tentang Entopia.
Dua Dunia Baru di Entopia
- Natureland Taman Hidupan Luaran
Jika anda seorang yang sukakan suasa taman alam semula jadi, tempat ini pasti akan membuat anda jatuh cinta! Entopia memiliki taman hidupan luaran di sebuah vivarium besar.
Percaya atau tidak, di sini anda boleh melihat hampir 15,000 ekor rama-rama bebas berterbangan di kawasan ini. Di sinilah tempat anda boleh lihat lebih daripada 60 spesies rama-rama tropika.
Menariknya lagi, bukan kepelbagaian rama-rama tropika sahaja, pelbagai jenis reptilia, amfibia, dan invertebrata lain yang hidup pun ada! Di sinilah anda boleh lihat lebih daripada 200 spesies flora dan fauna di dalam satu ruangan vivarium.
- Cocoon
Cocoon adalah tempat pameran dua tingkat untuk pengunjung meneroka sendiri dunia invertebrata melalui pelbagai stesen pendidikan interaktif.
Cocoon adalah sebuah pusat Discovery atau penemuan tertutup yang berkonsepkan pameran pendidikan mengenai dunia serangga dan invertebrata.
Bahagian yang boleh dikunjungi pengunjung di Cocoon:
- Pandora Forest
- Metamophosis
- Lumino City
- Downtown Entopia
- Tempat pembiakan rama-rama di Breeding Ground
Terokai Underground Mystery dan Understory Tales
Jika anda seorang yang meminati serangga dan haiwan invertebrata, saya yakin anda pasti akan teruja melihat ruang pameran ini!
Di sinilah anda boleh melihat haiwan-haiwan seperti lipas Madagascar, kumbang Man-Faced, kumbang tanduk, semut Leaf Cutter dan pelbagai lagi.
Untuk melihat jenis fauna yang terdapat di Entopia, anda boleh terus ke blog rasmi Entopia di pautan berikut https://www.entopia.com/natureblog/.
Waktu lawatan
9 pagi – 6 petang (5 petang waktu masuk terakhir)
Tutup setiap hari Rabu
Dinasihatkan, kalau anda merancang untuk ke Entopia, sebaiknya anda datanglah pada waktu pagi.
Barulah puas nak meneroka dan melihat kepelbagaian flora dan fauna di dalam Entopia. Paling penting boleh tangkap gambar banyak-banyak!
Pembelian Tiket & Harga Tiket Masuk
Sumber: entopia.com
2 Cara Pembelian Tiket
Cara 1
- Anda boleh membeli secara langsung di kaunter tiket Entopia.
Cara 2
- Beli Melalui Online
- Jika anda nak menjimatkan masa daripada beratur di kaunter, anda boleh beli sahaja tiket secara online di laman website rasmi Entopia.
- Setelah pergi ke pautan tersebut, pilih pada ‘Ticket Option’ jenis tiket anda, sama ada MyKad Special – Malaysians ataupun Standard – Non – Malaysians.
- Kemudian pilih bilangan orang yang akan pergi ke Entopia bersama anda.
- Pastikan isi bahagian ‘Information’ dengan lengkap kemudian Add To Cart.
- Untuk proses pembayaran, boleh terus ke Cart dan buat pembayaran secara dalam talian.
Sebelum balik dari Entopia, tak sah kalau tak membeli cenderamata Entopia kan! Anda boleh membeli pelbagai jenis cenderamata yang menarik dan unik sebelum keluar dari Entopia.