Feri Ke Pulau Tioman: Harga Tiket & Jadual Feri

Feri ke Pulau Tioman dari RM 20.00 dan maklumat mengenai harga dan jadual feri setiap hari ke pulau peranginan tersebut. Tahukah anda, Pulau Tioman merupakan salah sebuah pulau yang termasuk dalam senarai 10 buah pulau tercantik di dunia. Pulau ini terletak di Rompin, Pahang dan sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing.

Book tiket feri secara online >> DI SINI.

Pulau ini turut dikategorikan antara tiga buah pulau terbesar di Malaysia selain Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Antara tarikan pulau ini ialah keunikan dasar laut, pantai yang indah serta turut terkenal untuk aktiviti snorkeling.

Bagi sesiapa yang teringin melancong Pulau Tioman, artikel ini untuk anda. Di sini kami berkongsi info- info berkaitan perkhidmatan yang menawarkan feri ke Pulau Tioman, jadual feri, harga serta info- info lain yang berguna kepada anda.

Blue Water Express di jeti Mersing, Cataferry di Jeti Tanjung Gemok merupakan syarikat feri yang popular untuk menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Tioman.

Baca juga: Jadual Perjalanan Feri Kuala Kedah Ke Langkawi

Harga Tiket Feri Ke Pulau Tioman

Terdapat dua pilihan yang boleh digunakan oleh para pelancong untuk pergi ke Pulau Tioman iaitu dengan menaiki feri dari Jeti Mersing, Johor atau dari Jeti Tanjong Gemok, Rompin. Untuk pengetahuan pembaca, terdapat lima jeti utama di Pulau Tioman iaitu Jeti Genting, Jeti Paya, Jeti Tekek, Jeti Air Batang dan Jeti Salang. Pastikan anda turun di jeti yang betul semasa perjalanan.

Feri Dari Jeti Mersing Johor

Feri pertama akan bergerak dari Jeti Mersing pada pukul 4 pagi dan feri terakhir pula bergerak pada pukul 5 petang. Masa perjalanan dari jeti ke Pulau Tioman bergantung pada jeti dipilih ke Pulau Tioman. Biasanya masa perjalanan mengambil dalam 1 jam 30 minit hingga 2 jam untuk sampai ke destinasi. Perkhidmatan feri ini turut disediakan untuk penumpang pada setiap hari.

Selain itu, syarikat Blue Water Express turut menawarkan tambang feri yang murah dan berpatutan. Jika mengambil feri dari Jeti Mersing, tambang feri yang ditawarkan kepada golongan dewasa dan kanak- kanak ialah RM 40.25 dan RM 34.50 per hala.

Sila rujuk lokasi Jeti Mersing di bawah.

Feri Dari Jeti Tanjung Gemok

Manakala, bagi mereka yang menaiki feri dari Jeti Tanjung Gemok, tambang feri yang ditawarkan kepada dewasa dan kanak- kanak ialah RM 35 dan RM 30 per hala. Selain tambang feri, penumpang turut perlu membeli tiket “Fi Pemuliharaan Taman Laut” sebelum menaiki feri.

Berikut merupakan harga ditawarkan untuk setiap golongan.

  • Dewasa (RM 5)
  • Kanak- kanak/ Warga emas (RM 2)
  • Pelancong asing (dewasa, RM 30)/ (kanak- kanak atau warga emas, RM 15)

Pelancong boleh memandu sendiri atau menggunakan perkhidmatan bas untuk sampai ke Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Gemok. Bagi yang menggunakan perkhidmatan bas untuk sampai ke Jeti Tanjung Gemok, anda perlu turun di Terminal Bas Kuala Rompin. Jarak ke jeti dari terminal bas ini ialah dalam 20 km. Jadi, anda perlu mengambil grab atau teksi untuk sampai ke jeti.

Manakala, bagi yang ingin menuju ke Jeti Mersing menggunakan bas ekspres, anda akan sampai ke Terminal bas Mersing. Jarak ke Jeti Mersing dari terminal bas hanya dalam 1 km lebih. Anda boleh menggunakan grab atau berjalan kaki untuk sampai ke jeti.

Kemudahan Parking Kereta

Penumpang yang menaiki feri turut boleh memarkir kenderaan sendiri di parking lot yang disediakan. Pastikan anda memarkir kereta di kawasan berpagar untuk lebih selamat. Kadar bayaran parking di Jeti Mersing ialah RM 15 dan Jeti Tanjung Gemok RM 12 sehari. Pastikan anda menyimpan tiket parking jika tidak ingin membayar duit denda sebanyak RM 80 untuk kehilangan tiket.

Cara Beli Tiket Feri Ke Pulau Tioman

Bagi yang berminat ke Pulau Tioman, anda boleh menempah tiket secara online di laman web di bawah atau membeli tiket secara manual di jeti. Untuk mengelakkan masalah tiket habis, anda diggalakkan untuk menempah tiket secara online.

Pastikan yang menempah tiket secara online sampai ke jeti lebih awal untuk redeem tiket anda. Untuk maklumat lanjut berkaitan penempahan tiket atau waktu perjalanan feri, sila hubungi nombor telefon Syarikat Blue Water Express di bawah.

Maklumat Perhubungan

Mungkin atas sebab-sebab tertentu dan anda ingin berhubung dengan pihak jeti Mersing atau Tanjung Gemok anda boleh gunakan maklumat perhubungan di bawah.

  • Mersing : 07-7994811
  • Tanjung Gemok: 09-4131362

BlueWater Ferry
Mersing Harbour Centre,
Jalan Abu Bakar, Mersing,
86800, Mersing, Johor, Malaysia.
Website: https://tiomanferryticket.com/index.php

Cataferry Sdn. Bhd. 1118897-M
Tanjung Gemok Jetty counter,
Rompin, Pahang
Telefon:
+609 413 1445
+60 11 1219 0842 (Ms.Halleda)
Website: https://www.cataferry.com/home

Tarikan Pulau Tioman

Terdapat pelbagai tempat menarik di Pulau Tioman yang harus dikunjungi oleh para pelancong. Berikut merupakan senarai tempat yang sangat popular dalam kalangan pelancong.

Juara Turtle Project

Ingin menyaksikan fenomena penyu menetas telur? Pastikan anda pergi mengunjungi Kampung Bunut dan Kampung Juara di Pulau Tioman. Pengunjung dapat menyaksikan penyu- penyu mendarat dan menetaskan telur di sini.

Kebiasaannya, masa sesuai untuk menyaksikan penyu menetaskan telur ialah dari bulan Februari hingga bulan Oktober. Selain itu, para pelancong turut boleh menjadi sukarelawan di Turtle Sanctuary sebagai usaha menyokong pemeliharaan haiwan- haiwan terancam seperti penyu. Antara aktiviti yang dilakukan oleh sukarelawan di sini ialah mengutip telur dan membawanya ke tempat penetasan.

Batu Malang

Batu Malang sangat terkenal untuk aktiviti menyelam. Kawasan perairan di sini kaya dengan pembentukan batu karang yang indah. Pelancong yang meneroka dasar laut turut boleh menyaksikan spesies- spesies ikan yang cantik seperti ikan nemo, ikan barracuda, lion fish dan butterfly fish.

Gunung Kajang

Berminat dengan aktiviti lasak yang mencabarkan? Cuba melawat Gunung Kajang yang memiliki ketinggian sebanyak 1038 meter dari paras laut. Gunung ini merupakan puncak tertinggi di Pulau Tioman dan sering dipanggil sebagai tulang belakang Pulau Tioman disebabkan kedudukannya di tengah- tengah pulau.

Hutan tebal yang melitupi gunung ini menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang unik. Anda turut boleh melihat bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia di sini. Oleh itu, tempat ini sangat sesuai untuk pencinta alam.

Taman Marin

Pusat Taman Marin ini terletak di antara Kampung Tekek dan Kampung Air Batang dan merupakan pusat yang telah diwartakan oleh kerajaan sebagai pusat pemeliharaan hidupan marin. Taman ini merupakan antara tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong di Pulau Tioman.

Pelancong boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti “skuba diving”, “snorkeling”, berenang dan mengambil gambar. Malahan, pelancong tidak sama sekali dibenarkan untuk menangkap ikan, siput, mengumpul terumbu karang atau melakukan sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan hidupan marin di Taman Marin.

Jadi, pastikan anda menyediakan kamera kalis air sebelum ke sini.

Kampung Tekek

Kampung Tekek merupakan kawasan perkampungan terbesar di Pulau Tioman dan merupakan pusat pentadbiran Pulau Tioman. Pelbagai kemudahan seperti bank, sekolah, masjid serta kedai- kedai makanan terdapat di sini.

Tempat ini telah diiktirafkan sebagai Zon Bebas Cukai dan oleh itu tempat ini sangat popular untuk shopping dalam kalangan pelancong.

Semoga perkongsian info mengenai feri ke Pulau Tioman iaitu harga tiket dan jadual perjalanan feri bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini.