Syarat Permohonan Flysiswa Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT Fasa 2 (Terkini)

Inisiatif Bantuan Tiket Kapal Terbang IPT atau FlySiswa Fasa 2 ini adalah untuk penerbangan antara Semenanjung denga Sabah dan Sarawak.

Bantuan ini bernilai RM300 secara one-off khusus untuk pelaja yang dari kategori B40.

Syarat Permohonan FlySiswa Fasa 2

Untuk memohon, semak syarat kelayakan memohon FlySiswa di bawah.

  1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
    • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
    • berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
    • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
  3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
  4. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
  5. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Anda boleh buat semakan kelayakan melalui pautan laman web Kementerian Pengangkutan (MOT) www.mot.gov.my (https://subsidiudara.mot.gov.my/)

Jika tidak layak, anda boleh buat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui universiti masing-masing.

Jika layak teruskan ke proses permohonan baucar digital melalui laman web syarikat penerbangan yang di pilih.

Bila Boleh Memohon?

Menurut kenyataan yang dibuat oleh pihak MOT, “bagi pelajar baharu bagi sesi kemasukan 1 Jan sehingga 31 Mac ini, ia akan dilaksanakan dalam fasa kedua mulai Julai depan.”

“Selepas semakan, pelajar boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan iaitu MalaysiaAirlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia atau Batik Air melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut,”

Permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan ialah dari 2 Mei 2024 hingga 30 November 2024.

Untuk pelajar yang terpaksa membuat rayuan, tarikh akhir buat rayuan ialah 30 September 2024

Baucar boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan hingga 31 Disember 2024.

=====

Bantuan FLYsiswa ini adalah inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Baru-baru ini Kementerian Pengangkutan (MOT) ada mengumumkan akan memberi bantuan subsidi untuk penerbangan untuk pelajar IPT antara wilayah-wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Permohonan dan penebusan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa ini berkuatkuasa dari 15 Ogos hingga 31 October.

Cara memohon bantuan subsidi tiket kapal terbang flysiswa
Sumber: JKOM

Ini berita baik.

Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh pelajar IPT.

Dengan adanya bantuan ini tiket penerbangan pelajar IPT dapat dibeli pada harga yang lebih murah.

READ: Tawaran Diskaun Sehingga 30% Sukan Rahmah

Flysiswa Subsidi Udara MOT

Memang faktanya bahawa harga tambang penerbangan menghubungkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung selalu agak mahal.

Walaupun ianya adalah penerbangan domestik tetapi harganya seperti penerbangan keluar negara

Menteri MOT berkata pemberian subsidi penerbangan RM 300 ini amat diperlukan terutama pelajar dari golongan B40.

Walaupun ada pinjaman PTPTN tetapi ianya hanya cukup untuk menampung perbelanjaan pengajian pelajar.

Ramai pelajar terpaksa kerja part-time untuk mendapatkan wang untuk beli tiket penerbangan balik ke kampung halaman.

Jumlah Subsidi Penerbangan FLYSiswa

Semakan kelayakan Flysiswa

Untuk membantu meringankan beban pelajar, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan subsidi sebanyak RM300 untuk pembelian tiket penerbangan pelajar IPTA.

Bantuan dengan kos dikeluarkan oleh kerajaan ini sebanyak RM16.8 juta ini dijangka memberi manfaat kepada 56,000 pelajar IPTA.

Cara Memohon & Semakan Kelayakan Bantuan Tiket Kapal Terbang

Menurut maklumat dari pihak MOT, permohonan dan semakan kelayakan boleh dilakukan menerusi laman portal rasmi MOT.

Jika anda layak, permohonan boleh dibuat daripada mana-mana satu syarikat penerbangan pilihan anda seperti yang tersenarai di bawah.

  • Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan Firefly)
  • AirAsia
  • BatikAir
  • MYAirline

Kaedah pelaksanaan ialah melalui pemberian kredit Shell iaitu syarikat penerbangan tersebut akan mengeluarkan baucar digital (digital baucher) untuk ditebus semasa pembelian tiket penerbangan domestik.

Bagaimana jika tiket penerbangan kurang dari RM300?

Memang amat jarang berlaku tetapi sekiranya berlaku, baki baucar itu kekal dalam credit shell yang boleh digunakan semasa pembelian tiket penerangan selepas itu.

Rayuan Flysiswa

Bagaimana jika selepas membuat rayuan, anda mendapati bahawa anda tidak layak?

Tentu sekali rayuan boleh dibuat.

Rayuan boleh dibuat kepada Kementerian Pendidikan (MOE) melalui universiti anda.

Kelayakan yang ada masa ini ialah pelajar yang berdaftar di IPTA sehingga tahun akademik 2022 / 2023 pada 30 Jun 2023.

Anda boleh rujuk kenyataan media dari MOT di bawah.

Apa tunggu lagi, ini peluang baik untuk pelajar IPTA. Semak kelayakan cepat-cepat dan buat permohonan sebelum tarikh tutup.