Apa Halatuju Selepas STPM Aliran Sains Sosial?

Ke arah mana halatuju pelajar selepas STPM aliran Sains Sosial

Subjek pembelajaran aliran sains sosial Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah sangat luas, ia termasuk subjek Geografi, Bahasa Melayu, Kesusateraan Melayu, Sains Sukan, Sejarah, Seni Visual, dan banyak lagi.

Jadi, dengan kepelbagaian subjek yang diambil pelajar boleh memilih mana-mana bidang yang sesuai semasa hendak memilih program pengajian di universiti nanti ataupun semasa hendak memohon pekerjaan.

READ: Adakah STPM Setaraf Dengan Diploma?

Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh pertimbangkan untuk menentukan halatuju anda selepas STPM:

1. Sambung Pengajian Ke IPTA/IPTS

Dengan kelayakan STPM yang anda miliki, anda boleh memohon melalui UPU untuk menyambung pengajian di universiti dan mengambil Ijazah sarjana muda pertama (degree).

Bagi STPM, Syarat Am permohonan adalah:

  • Warganegara yang mempunyai Kad Pengenalan.
  • Sekiranya bukan warganegara, boleh memohon terus ke Universiti Awam berkaitan.

Kelayakan Untuk Memohon

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan
  • LULUS dalam mata pelajaran Sejarah (SPM tahun 2013 dan ke atas).
  • Keputusan STPM mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan UPU Online, anda boleh ke Portal Rasmi Kemasukan.

2. Memohon SPA9

Sijil STPM yang anda miliki, melayakkan diri anda untuk memohon sebagai calon pegawai awam melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan: https://spa9.spa.gov.my/.

SPA sering mengiklankan jawatan-jawatan yang terbuka kepada orang ramai berserta syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Jadi, rajin-rajinlah memantau iklan-iklan jawatan yang dipaparkan oleh SPA sama ada di laman web mereka ataupun di media sosial.

3. Sambung Pengajian di Institusi Kemahiran

Pelajar lepasan STPM yang mempunyai minat dalam bidang kemahiran, boleh memilih untuk menyambung pengajian di mana-mana institusi kemahiran di Malaysia.

Antara institusi kemahiran yang popular ialah GIATMARA, Kolej Komuniti, Kolej Profesional Mara (KPM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), dan sebagainya.

Institusi-institusi kemahiran ini menawarkan pelbagai program dan kursus kemahiran yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal pelajar.

Banyak program kemahiran yang boleh diceburi antaranya adalah bidang automotif, kejuruteraan, perhotelan, seni kulinari, kecantikan, dan banyak lagi.

Dengan itu, pelajar dapat mempelajari kemahiran praktikal dan teori yang diperlukan untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan yang diperlukan.

Kesimpulannya, pelajar lepasan STPM aliran sains sosial mempunyai banyak pilihan halatuju yang boleh dipertimbangkan untuk meneruskan pengajian dan laluan kerjaya.

Jika anda masih berhasrat untuk menyambung pengajian, anda boleh mengambil Ijazah Sarjana Muda Pertama di universiti, tetapi jika tidak berminat untuk sambung belajar, anda boleh terus memohon pekerjaan menggunakan kelayakan STPM.