Harga Pos Kereta Ke Sabah & Sarawak Terkini
Harga pos kereta ke Sabah dan Sarawak menggunakan kapal laut (shipping) yang terkini. Mungkin yang pernah bertugas di Semenanjung Malaysia, ada membeli kereta dan ingin membawa balik kereta ke Sabah atau Sarawak?
Sebelum ini kami ada menulis sedikit informasi mengenai cara membuat penghantaran kereta ke Sabah Sarawak atau ke Semenanjung Malaysia.
Artikel ini adalah tambahan sedikit lagi informasi mengenai pos kereta ke Sabah Sarawak.
Jika anda berkerja di Semenanjung Malaysia dan berpeluang berpindah/balik ke Sabah Sarawak atau Semenanjung Malaysia sudah tentu ingin membawa bersama kereta kesayangan.
Kalau dah pakai lama kereta tu, dah buat itu ini bagi cantik mesti sayang nak tinggalkan di semenanjung atau dijual.
Baca juga: Pos Motor Menggunakan Perkhidmatan Bas Express
Senarai Harga Pos Kereta Ke Sabah Sarawak
Bercerita pasal harga, sebenarnya susah untuk dapat nilai (figure) yang tuntas atau tetap.
Ini kerana harga pos kereta adalah berbeza mengikut jenis kenderaan, size dan destinasi penghantaran.
Begitu juga harga berlainan antara syarikat penghantaran/shipping agent yang mengendalikan proses penghantaran tersebut.
Anda perlukan shipping agent untuk urusan penghantaran kereta. Mereka akan membantu memudahkan urusan penghantaran kereta anda.
Untuk kali ini kita kongsikan kos atau anggaran harga untuk urusan kirim kereta ke Sabah Sarawak.
Mungkin lebih rendah, mungkin lebih tinggi tetapi biasanya tidaklah lari jauh sangat dari anggaran ini kecuali atas kes-kes tertentu.
Kos Penghantaran Kereta Ke Sabah
Sila lihat senarai harga hantar kereta ke Sabah untuk ke 5 destinasi atau pelabuhan di Sabah.
Ingin kami ingatkan anda kembali bahawa harga ini tidak sama antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Untuk mendapatkan jumlah harga terkini anda boleh berhubung terus dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta untuk ke Sabah.
Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semenanjung Malaysia.
A. Passenger car (All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia etc)
- Kota Kinabalu – RM1250
- Lahad Datu – RM1750
- Tawau – RM1950
- Sandakan – RM1750
- Labuan – RM1550
B. Light Commercial Car (4×4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton etc)
- Kota Kinabalu – RM1350
- Lahad Datu – RM1850
- Tawau – RM2050
- Sandakan – RM1850
- Labuan – RM1650
C. Motorsikal – RM750 (Kota Kinabalu)
Kos Penghantaran Kereta Ke Sarawak
Senarai di bawah pula adalah anggaran harga pos kereta ke 4 destinasi di Sarawak.
Harga ini adalah kos untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semananjung Malaysia.
A. Passenger car (All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia etc)
- Kuching – RM1200
- Sibu – RM1800
- Bintulu – RM1850
- Miri – RM1950
B. Light Commercial Car (4×4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton etc)
- Kuching – RM1350
- Sibu – RM1950
- Bintulu – RM2000
- Miri – RM2100
C. Motorsikal – RM750 (Kuching)
Kategori perkhidmatan penghantaran kereta biasanya terbahagi kepada 4 seperti di bawah. Kategori yang anda pilih ini juga akan mempengaruhi harga.
- Port to Port (penghantaran antara pelabuhan)
- Door to Door (ambil dari rumah & hantar ke destinasi akhir)
- Door to Port (dari rumah & hantar ke pelabuhan)
- Port to Door (dari pelabuhan & hantar ke destinasi akhir)
Kebiasanya kategori perkhidmatan yang sering menjadi pilihan ialah dari port to port kerana kosnya yang lebih murah.
Anda akan pandu kereta anda ke port dan apabila kereta anda sampai ke destinasi anda akan ambil dari port juga.
Nota: Ada banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta ke Sabah dan Sarawak. Hanya perlu tanya pakcik google sahaja.
Cara Pos Kereta
So, kalau hendak hantar kereta ke Sabah atau Sarawak bagaimana caranya?
Sebenarnya ianya sangat mudah.
Perkara pertama, anda berhubung dengan shipping agent yang menyediakan perkhidmatan penghantaran dan mereka akan uruskan semuanya untuk anda.
Apa yang perlu anda sediakan ialah duit yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan mereka.
Anda perlu juga bersedia dengan dokumentasi kenderaan yang hendak anda hantar seperti kad pemilikan kereta dan surat dari bank untuk kenderaan yang masih belum habis bayar dengan pihak bank.
Jangan lupa untuk sediakan salinan MyKad anda sebagai pemilik kenderaan sah yang ingin di pos.
Kebanyakan penyedia perkhidmatan penghantaran kereta dan motor akan menyediakan polisi insurans untuk kenderaan anda.
Sudah tentu polisi insurans itu juga termasuk dalam kos penghantaran yang terpaksa anda bayar.
Muatan Yang BOLEH dan TIDAK BOLEH Disertakan Dalam Kereta
Bergantung kepada perbincangan dan persetujuan antara anda dan agent shipping kereta anda, di bawah adalah sedikit maklumat tambahan yang anda boleh baca jika merancang untuk pos kereta anda.
Barang atau muatan dalam kenderaan adalah DILARANG sama sekali kepada semua pelanggan.
Namun atas permintaan pelanggan pihak syarikat memberi keizinan dengan syarat pelanggan TIDAK BOLEH membuat sebarang tuntutan ATAU ganti rugi JIKA berlaku kerosakan atau kehilangan barang atau muatan tersebut (RISIKO PENGGUNA SEPENUHNYA SENDIRI).
Kalau ada barang berharga seperti mobile phone, elektronik dan barang-barang berharga ada baiknya keluarkan dari kereta yang ingin dihantar melalui shipping.
Syarikat perkhidmatan penghantaran kereta Nizaf Mover & Logistics ada kongsikan tips di bawah.
Syarat-syarat meletakkan muatan barang dalam kenderaan adalah seperti berikut:
- Muatan mestilah TIDAK menyalahi undang-undang.
- Muatan mestilah TIDAK berbahaya (bahan api atau mercun) dan berisiko (hand phone, laptop atau wang )
- Muatan BOLEH memenuhi ruang tempat duduk belakang dan bonet belakang.
- Tidak digalakkan untuk membawa muatan terlalu banyak sehingga melebihi tempat duduk hadapan.
- Sekiranya kenderaan tuan/puan dipasang aksesori yang mahal seperti p.am, pre amp, tweeter , sila buka dan simpan dahulu didalam kotak bagi mengelakkan daripada berlakunya kehilangan.
- Semua barangan elektrik seperti peti ais, mesin basuh, oven dan lain-lain tidak dibenarkan.
- Barangan peribadi mestilah diletakkan atau dimasukkan ke dalam kotak atau bag dengan berat barangan tidak melebihi dari 10 kg bagi satu kotak/bag
Maksudnya anda bolehlah ambil kesempatan tumpangkan barang-barang peribadi anda masuk ke dalam kereta yang hendak anda pos.
Bolehlah juga membantu menjimatkan kos penghantaran barang peribadi anda ke destinasi yang dituju.
Jangan masuk almari, meja dan peti sejuk semua kerana ianya tidak akan muat dalam kereta anda.
Maklumat ini juga bermanfaat kepada mereka yang ingin membuat penghantaran kereta dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia.