Harga Tiket Bas Ke Penang & Jadual Bas Online

Harga tiket bas ke Penang Sentral dari RM 28 dan sedikit informasi umum mengenai jadual perjalanan bas ke George Town dari KL. Penumpang boleh beli tiket bas lebih awal secara online.

Ianya lebih mudah, murah dan jimat masa anda. Sekarang ini ada banyak portal yang menawarkan perkhidmatan beli tiket bas secara online.

Kebanyakan syarikat bas juga memilik sistem applikasi online mereka sendiri untuk tujuan yang sama.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Ada sesiapa hendak bercuti atau berkunjung ke Penang? Maka anda telah melakukan pilihan yang terbaik kerana terdapat pelbagai tarikan dan tempat menarik di Penang.

Penang turut terkenal untuk pelbagai jenis makanan dan juadah yang sedap.

Bagi sesiapa yang ingin pergi melancong ke sana bolehlah naik bas ke Penang dari KL sudah tentu ini adalah salah satu pilihan lebih murah.

Masa perjalanan dari KL ke Penang juga tidaklah terlalu lama dengan jarak hanya lebih kurang 293 KM sahaja.

Tambahan pula kebanyakan bas experss sekarang ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penumpang sepanjang perjalanan.

Selain menggunakan bas express pengunjung boleh menaiki perkhidmatan KTM dan juga flight. Untuk memudahkan anda boleh gunakan applikasi 12G0 Asia.

Senarai harga tiket flight dari KL ke Penang dari pelbagai syarikat penerbangan diberi dalam satu paparan sahaja.

Harga Tiket Bas Ke Penang

Kali ini kami tulis sedikit info mengenai harga tiket bas ke negeri ini dari pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.

Harga mungkin berbeza-beza mengikut syarikat bas walaupun bertolak dari destinasi atau terminal bas yang sama.

Untuk maklumat lebih tepat dan lanjut tentang harga tiket bas ekspress, anda boleh mengunjungi laman web Easybook.com.

Penumpang juga boleh cross-check info di portal yang lain seperti redbus.my dan catchthatbus.com.

Kebaikannya beli tiket melalui applikasi online ialah penumpang boleh check jadual perjalanan bas ke Penang dan membuat perbandingan harga antara syarikat bas.

Penumpang boleh beli tiket bas ke Penang Sentral atau ke mana-mana terminal bas di Pulau Pinang dengan mudah.

Untuk makluman anda masa perjalanan dari Penang ke Kuala Lumpur atau sebaliknya adalah lebih kurang 4 jam dengan jarak perjalanan 353 KM bergantung kepada keadaan lalulintas semasa.

A. Harga tiket TBS ke Penang

Info di bawah adalah anggaran tambang bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Penang (Pulau Pinang).

Untuk ini kami senaraikan 12 bas express, sebenarnya ada banyak lagi bas express yang menawarkan perkhidmatan untuk route ini.

  • Alya Express – dari RM 35.00 / pax
  • Billion Stars – dari RM 28.00 / pax
  • City Express  – dari RM 35.00 / pax
  • Express Mutiara – dari RM 37.00 / pax
  • Ekspress Kesatuan – dari RM 38.00 / pax
  • Golden Silk Holidays – dari RM 38.00 / pax
  • Jadam Express – dari RM 34.00 / pax
  • Kejora (Mega Star) – dari RM 40.00 / pax
  • KPB Ekspress – dari RM 40.00 / pax
  • Maraliner – dari RM 37.70 / pax
  • Mayang Sari – dari RM 39.40 / pax
  • Permata Utara Sdn Bhd – dari RM 40.00 / pax

B. Harga tiket Shah Alam ke Penang

Ini pula info harga tiket bas dari Shah Alam ke Pulau Pinang. Untuk tujuan info kali ini kami senaraikan 9 syarikat bas yang memberi perkhidmatan untuk laluan ini.

Sila semak senarai di bawah.

  • Alya Express – dari RM 43.00 / pax
  • City Express – dari RM 40.00 / pax
  • Jasmine Express – dari RM 47.00 / pax
  • KPB Express – dari RM 45.00 / pax
  • Maraliner  – dari RM 41.10 / pax
  • Persada Travel and Tours (Parit Buntar) – dari RM 42.00 / pax
  • Quick Loner Express – dari RM 48.00 / pax
  • Supernice Grassland – dari RM 40.00 / pax
  • Transnasional – dari RM 42.00 / pax

C. Ipoh ke Penang

Check out senarai harga tiket bas di bawah untuk perjalanan ke Penang. Walaupun kami senaraikan 9 syarikat bas di bawah, tetapi sebenarnya ada banyak lagi bas express yang beroperasi untuk laluan ini.

  • Cepat & Cekap Express – dari RM 16.80 / pax
  • CS Travel – dari RM 18.00 / pax
  • Express Kesatuan – dari RM 20.00 / pax
  • Jadam Express – dari RM 25.00 / pax
  • Maraliner – dari RM 16.80 / pax
  • Perak Transit – dari RM 20.00 / pax
  • Sri Maju Group – dari RM 22.00 / pax
  • Transnasional – dari RM 17.58 / pax
  • Unititi Express – dari RM 20.00 / pax

D. Johor ke Penang

Jika anda hendak ke Penang dan ingin menaiki bas express, info ini berguna kepada anda. Selalunya pengunjung dari Johor menaiki pesawat untuk ke Penang kerana ianya lebih menjimatkan tenaga dan masa berbanding menaiki bas.

Kebaikan naik bas ialah anda boleh menikmati pemandangan sepanjang lebuhraya ke Pulau Pinang. Itu satu pengalaman yang menarik.

Check out senarai harga tiket bas di bawah dari Johor.

  • Billion Stars Express – dari RM 85.00 / pax
  • City Express – dari RM 70.00 / pax
  • KPB Ekspress – dari RM 80.00 / pax
  • Permata Utara Sdn. Bhd. – dari RM 67.00 / pax

E. Kelantan ke Penang

Ramai yang tidak tahu bahawa ada perkhidmatan bas express dari Kelantan ke Penang. Cara ini lebih menjimatkan masa.

Untuk laluan ini ada 2 syarikat bas yang biasa menawarkan perkhidmatan untuk laluan ini.

  • Ekspress Mutiara – dari RM 41.50 / pax
  • Perdana Express – dari RM 42.00 / pax

F. Melaka ke Penang

Penumpang dari Melaka yang hendak berkunjung ke Pulau Pinang boleh rujuk pula harga tiket di bawah.

Biasanya penumpang akan menaiki bas dari Terminal Bas Melaka Sentral untuk ke mana-mana destinasi dari negeri tersebut.

  • Billion Stars – dari RM 49.00 / pax
  • Cepat & Cekap Express – dari RM 52.80 / pax
  • City Express – dari RM 47.00 / pax
  • Express Kesatuan – dari RM 46.60 / pax
  • Golden Silk Holidays – dari RM 52.00 / pax
  • Mayang Sari – dari RM 48.10 / pax
  • Transnasional – dari RM 54.60 / pax

Nota: Harga-harga tiket bas yang tersenarai di atas bukanlah harga yang muktamad. Penumpang dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat bas itu sendiri atau di laman-laman portal booking tiket bas online untuk harga terkini terutama semasa musim perayaan dan cuti panjang.

Tarikan Pengunjung Di Penang

Senarai tempat menarik di Penang

Apa yang best atau what to do in Penang? Seperti perkongsian kami sebelum ini mengenai Pulau Langkawi, Penang juga memilik tarikan pelancong yang agak banyak.

Anda boleh baca info mengenai pelancongan di Penang di laman website rasmi Penang. Semua senarai dan maklumat tempat menarik di negeri tersebut ada di sana.

Bagi sesiapa yang tak pernah mengunjungi Penang, di sini kami ingin berkongsi info tempat-tempat menarik dan popular di Penang yang anda harus melawat ketika bercuti di Penang.

Bukit Bendera

Salah satu tempat yang paling popular di Penang ialah Bukit Bendera. Tempat ini selalunya padat dengan pengunjung terutama sekali ketika musim percutian.

Percutian anda tidak sempurna jika tak singgah di tempat ini.

Selain menikmati panaroma puncak bukit yang indah, para pengunjung boleh bersinggah pelbagai hotspot menarik di kawasan ini.

Antaranya ialah Muzium Burung Hantu, Earthquake & Typhoon Pavillion, Little Village dan Viewing deck.

Avatar Secret Garden

Bagi sesiapa yang minat fotografi, anda pasti kena melawat Avatar Secret Garden di Penang. Di sini, para pengunjung boleh menikmati cahaya lampu magikal pada pokok-pokok di Dark Mansion.

Juga, terdapat 3D Glow In The Dark Museum yang memiliki lukisan-lukisan cantik yang berubah daripada 2D ke 3D menggunakan ilusi optik.

Gurney Drive

Nak rasai makanan Penang, pastikan mengunjungi Gurney Drive. Terdapat pelbagai jeni makanan dijual di sini dan biasanya tempat ini meriah pada waktu malam.

Para pengunjung boleh menikmati makanan sedap sambil melihat pemandangan laut yang berdektan dengan Gurney Drive. Pasti pasangan kekasih minat tempat- tempat sebegini.

Escape Theme Park, Teluk Bahang

Hidup ini bosan tanpa cabaran. Bagi sesiapa yang ingin merasai aktiviti lasak yang penuh dengan cabaran, pastikan melawat Escape Theme Park yang terletak di Teluk Bahang.

Tempat ini terkenal dengan aktivit lasak atas pokok seperti Monkey Business, Flying Lemur dan Bungee Jumping.

Pengunjung turut boleh mengambil peluang untuk belajar memanjat pokok kelapa.

Ghost Museum

Tak takut dengan benda-benda seram seperti hantu? Cuba melawat Ghost Museum di George Town untuk menguji tahap keberanian anda.

Terdapat pelbagai jenis patung hantu yang ala-ala real di bilik-bilik di kawasan ini. Pastikan mengambil gambar dengan replika hantu di sini untuk dijadikan kenangan menarik.

Penang Akuarium

Percutian di Penang sudah tentu tak sempurna jika tidak melawat Penang Akuarium terletak di Batu Maung.

Tempat ini bukan sahaja menarik malah sesuai untuk para pengunjung yang memerlukan “healing energy”.

Terdapat berbagai-bagai jenis spesies ikan dipamerkan di akuarium ini. Tempat ini beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang.

Pantai Batu Ferringhi

Satu lagi pantai yang popular untuk bermandi-manda dalam kalangan pelancong ialah Pantai Batu Ferringhi.

Pelancong bukan sahaja suka bermandi laut malah turut gemar melakukan aktiviti menarik seperti jet ski, parasailing dan banana boat.

Semoga perkongsian info mengenai harga tiket bas ke Penang ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita menyokong dan memperkasakan industri pengangkutan awam dan pelancongan dalam negara kita.