Harga Tiket Bas Ke Seremban & Jadual Bas

Harga tiket bas ke Seremban dari RM 6.00 dari TBS dan juga info jadual perjalanan bas ke destinasi tersebut dari pelbagai destinasi terpilih.

Nak pergi Seremban naik bas, info ini mungkin berguna untuk anda.

Penumpang juga boleh check trip dan beli bus ticket online melalui pelbagai applikasi online di Malaysia.

Antaranya ialah redbus.my, busonlineticket.com, catchthatbus.com dan juga Easybook.com.

Penumpang boleh Book tiket bas melalui applikasi online >>> DI SINI.

Kebanyakan penumpang menuju ke Seremban menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Ada juga yang ambil bas dari Pudu Sentral ke Seremban. Mana-mana pun OK, terpulang kepada keselesaan anda.

Sebenarnya ada banyak bas express yang memberikan perkhidmatan untuk laluan tersebut. Ini kerana Seremban tidaklah jauh dari KL.

Kalau hendak senang, penumpang tidak perlu risau kerana check trip bus online juga boleh dilakukan melalui applikasi online ketika ini.

Anda boleh buat semakan jadual bas dan juga buat perbandingan harga tiket antara bas dalam satu paparan sahaja.

Contohnya anda boleh check jadual bas dari tbs ke Seremban melalui applikasi online.

Kami sering gunakan applikasi yang dibangunkan oleh Easybook.com untuk semua tempahan tiket bas dan ferry.

Contoh senarai tambang bas ke Serembang online
Contoh paparan jadual bas dan harga tiket online guna Easybook.com

Senarai Harga Tiket Bas Ke Seremban

Senarai harga tiket bas ke Seremban di bawah ini adalah seperti mana yang dipaparkan di laman portal online Easybook.com.

Harga ini boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keputusan pihak pengusahan bas itu sendiri.

Di bawah kami kongsikan senarai tambang bas ke Seremban ketika ini.

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Seremban – dari RM 6.00 / pax
  • Melaka Sentral ke Seremban – dari RM 7.00 / pax
  • Johor Bahru (Larkin) ke Seremban – dari RM 28.00 / pax
  • Batu Pahat ke Seremban – dari RM 19.00 / pax
  • Kuantan ke Seremban – dari RM24.00 / pax
  • Muar ke Seremban – dari RM 15.00 / pax
  • Kota Bharu ke Seremban – dari RM50.00 / pax
  • Ipoh ke Seremban – dari RM25.00 / pax

Nota: Harga tambang di atas boleh berubah dari masa ke semasa. Anda dinasihatkan menyemak harga tiket bas terkini melalui applikasi online atau berhubung terus dengan syarikat-syarikat bas berkenaan.

Ada yang tanya temphon perjalanan dari TBS ke Seremban berapa jam?

Tempoh perjalanan adalah dalam lebih kurang 30 minit ke 1 jam bergantung kepada keadaan semasa lalulintas.

Cara Beli Tiket Bas Secara Online

Ramai yang belum pernah mencuba booking bus ticket online. Mungkin panduan ini bermanfaat kepada anda.

Di sini kami kongsikan dengan anda cara atau proses beli tiket secara online.

Jika ini adalah yang pertama kali anda beli tiket melalui applikasi online anda bolehlah baca post kami yang terdahulu mengenai Panduan Beli Tiket Bas Online.

Sebenarnya senang sahaja. Yang paling penting ialah anda memilik alamat email yang masih aktif sebab tiket online anda akan dihantar ke email (inbox) anda nanti.

Online banking juga penting untuk tujuan ini agak urusan lebih mudah dan pantas.

Jika anda sudah memiliki online banking, ianya lebih memudahkan anda membuat pembayaran tiket bas anda secara atas talian.

Naik KTM Komuter Ke Seremban

KTM dari KL Sentral ke Seremban

Salah satu lagi cara untuk berkunjung ke Seremban dengan mudah ialah menaiki KTM Komuter dari KL Sentral ke Seremban.

Train pertama menuju ke Seremban berlepas dari KL sentral pada pukul 5.38 pagi dan yang terakhir ialah pukul 10.50 malam. Sepanjang hari ada KTM ke Seremban.

Jika anda tidak mahu menaiki bas express, pilihan terbaik ialah menaiki KTM Komuter. Yang pasti anda bebas dari mengalami masalah kesesakan jalan raya.

Anda dapatkan maklumat lebih terperinci mengenai cara booking tiket KTM Komuter dan jadual perjalanan train ke Seremban melalui website rasmi KTM Berhad.

Dengan adanya perkhidmatan KTM Komuter ini pergerakan penumpang menjadi lebih mudah dan banyak pilihan.

Ini secara langsung menjana ekonomi yang lebih menyeluruh dan rancak antara kedua destinasi.

Tarikan Pengunjung Di Seremban

Jika anda berkunjung ke Seremban dan memiliki sedikit masa, anda tidak patut melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di bandar tersebut.

Bandar ini memiliki tarikan yang tidak kurang hebatnya. Sekarang ini semakin banyak yang boleh anda lakukan termasukkan mencuba makanan tempatan di bandar tersebut.

Tidak tahu apa yang hendak dibuat (to do things) di Seremban?

Tidak perlu bimbang, tempat tarikan pengunjung seperti Gunung Angsi, Bukit Kepayang, Bukit Melati, Gunung Berembun, Taman Eko Rimba, muzium dan pusat membeli belah adalah antara perkara yang boleh anda buat di Seremban.

Pastikan anda memperuntukan berberapa hari untuk melawat tempat-tempat menarik tersebut.

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai senarai tarikan pelancongan di Seremban anda boleh layari laman website rasmi Majlis Bandaraya Seremban. 

Semoga perkongsian mengenai harga tiket bas ke Seremban ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama memperkasakan dan menyokong industri pelancongan dalam negara kita sendiri. 

Informasi Berkaitan

Biasanya berapa tambang bas dari KL ke Seremban?

Harga tambang bas dari KL ke Seremban ialah dari RM 6.00. Harga berbeza-beza antara syarikat bas yang berlainan.

Di mana untuk dapatkan jadual bas dari TBS ke Seremban?

Jadual bas dari TBS ke Seremban boleh anda semak menggunakan portal atau applikasi online yang banyak terdapat sekarang ini. Antara yang boleh anda gunakan ialah easybook.com, busonlineticket.com dan redbus.my. Anda juga boleh semak terus dengan syarikat bas express pilihan anda.

Adakah terdapat perkhidmatan bas ke Seremban dari Pasar Seni?

Semasa anda tempah tiket bas anda boleh tanyakan terus jika ada perkhidmatan pick up & drop point di Pasar Seni. Mengikut semakan kami di applikasi online easybook.com tidak ada informasi bas bertolak dari Pasar Seni.