Harga Tiket & Jadual Feri Kuala Perlis Ke Langkawi Terkini

Jadual feri Kuala Perlis ke Langkawi dan harga tiket terkini sebagai informasi umum para penumpang feri. Biasanya ramai yang prefer ke Langkawi dari Kuala Perlis.

Info ini mungkin bermanfaat jika anda merancang untuk melawat Pulau Langkawi semasa cuti-cuti yang akan datang.

Pulau yang terkenal dengan gelaran ‘Pulau Lagenda’ ini sememangnya kaya dengan tarikan pelancong yang sukar dilupakan kepada mereka yang pernah mengunjunginya.

Penumpang boleh book tiket feri guna applikasi online

Sebelum ini kami ada tulis sedikit info mengenai perkhidmatan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi.

Memang ramai penumpang yang memilih untuk ke Langkawi dari Terminal Feri Kuala Kedah.

Kali ini kami akan kongsikan pula info mengenai jadual feri ke Langkawi dari Kuala Perlis untuk memudahkan anda merancang perjalanan melawat pulau yang indah tersebut.

Suka kami ingatkan anda bahawa biasanya akan berlaku peningkatan jumlah penumpang feri pada musim cuti sekolah dan perayaan.

Jika tidak mahu kehabisan tiket bolehlah tempah tiket ferry lebih awal.

Salah satu sebab mengapa ramai yang melawat pulau bebas cukai ini kerana ianya juga adalah ‘gateway’ ferry ke Koh Lipe Thailand yang terkenal dengan pantai yang cantik dan air yang jernih.

Ramai berpendapat, pulau itu setanding dengan Maldives. Ada feri direct ke pulau di selatan Thailand tersebut dari Langkawi.

Jika anda bercadang menggunakan applikasi online untuk beli tiket, ada banyak portal yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Antara portal yang orang ramai sering gunakan untuk tempahah tiket feri ialah portal Easybook.com

Jadual Feri Langkawi Ke Kuala Perlis & Harga Tiket

FeriĀ  yang bertolak dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi bermula seawal jam 7.00 pagi dan yang terakhir biasanya bertolak pada pukul 7.00 petang.

Sebanyak lebih kurang 8 trip keseluruhannya melainkan ada disediakan extra trip kerana permintaan yang tinggi seperti semasa musim perayaan atau ada acara besar di Pulau Langkawi.

Antaranya yang sering diadakan di sana ialah Le Tour de Langkawi dan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi.

Pada masa tersebut ramai pengunjung akan ke sana untuk menyaksikan acara tersebut.

Manakala feri yang bertolak dariĀ  Langkawi ke Kuala Perlis bertolak seawal jam 7.30 pagi dan yang terakhir pada pukul 7.00 petang.

Tambang atau harga tiket feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dan sebaliknya adalah seperti di bawah;

Kuala Perlis New Counter
Penumpang yang dihormati, untuk pembelian tiket feri ke Langkawi,sila berurusan di kaunter tiket no. K3 dan kaunter no. K12 syarikat Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, di Jeti Kuala Perlis.

Harga tiket feri dari Kuala Perlis ke Langkawi

  • Dewasa (Adult) – RM15.00
  • Kanak-Kanak (Children) – RM10.00

Nota: Harga tiket ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa terutama semasa musim perayaan. Jika perlukan maklumat terkini, ada baiknya berhubung terus dengan pihak pengusaha feri menggunakan contact number di bawah.

Untuk jadual harian ferry ke Langkawi dari Kuala Perlis rujuk webpage Langkawi Ferry Line.

No Tel Kaunter Tiket Feri Kuala Perlis / Langkawi

Ramai tanya kaunter tiket feri Kuala Perlis buka pukul berapa? Info lain termasuklah juga maklumat jadual feri dan harga tambang feri ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa.

Untuk info terkini ada baiknya anda semak terus dengan pihak kaunter tiket feri di jeti Kuala Perlis atau Langkawi.

Jika anda perlukan maklumat lanjut dan terkini anda boleh menghubungi pihak Langkawi Ferry Line Venture menggunakan maklumat perhubungan di bawah atau layari website rasmi mereka.

Di bawah ada maklumat perhubungan jika anda ingin menghubungi no telefon kaunter tiket feri Kuala Perlis dan Langkawi.

Kaunter Tiket Feri Kuala Perlis
Jeti Penumpang Kuala Perlis
02000 Perlis Indera Kayangan
Tel : 04-985 2539 / 04-985 1899

Kaunter Tiket Feri Langkawi
Kaunter Langkawi No.1, 6 & 7, Kompleks Jetty Point
07000 Langkawi, Kedah Darul Aman
Tel : 04-966 5889 / 04-9665131

Kemudahan Parking Kenderaan Di Jeti Kuala Perlis

Jika anda memandu hingga ke jeti Kuala Perlis dan tidak berhasrat untuk membawa masuk kenderaan anda ke Langkawi terdapat banyak kemudahan tempat parking kereta di jeti Kuala Perlis yang boleh anda gunakan.

Jika anda berhasrat membawa masuk kenderaan anda ke Langkawi bolehlah gunakan perkhidmatan RO-RO dari Kuala Perlis.

Kami ada menulis info terperinci mengenai perkhidmatan RORO Kuala Perlis tersebut untuk panduan anda.

Jika anda tidak membawa kereta anda masuk ke pulau tersebut, jangan risau kerana ada banyak perkhidmatan kereta sewa murah yang ditawarkan untuk pengunjung.

Sudah tentu, untuk meletakkan kenderaan di tempat-tempat tersebut anda terpaksa membayar harga parking setiap hari.

Yang bestnya, pemilik tempat parking kereta akan menjaga kereta anda dengan baik sehingga anda mengambilnya semula.

Kami ada membuat sedikit perkongsian mengenainya di di sini. Anda boleh membacanya untuk info tambahan.

Sebenarnya ramai pengunjung yang menggunakan perkhidmatan parking kereta yang disediakan kerana ianya lebih mudah dan murah berbanding membawa kereta anda ke Langkawi.

Pengunjung yang ingin mengetahui senarai tempat-tempat menarik di pulau peranginan tersebut boleh membaca informasi lengkap di website rasmi Langkawi Municipal Council.

Di sana ada senarai lengkap yang boleh menjadi panduan sepanjang percutian anda di sana.

Semoga perkongsian info mengenai jadual feri Kuala Perlis ke Langkawi ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.

Marilah bersama memperkasakan dan menyokong industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.