JUMPER PUNB Program Usahawan Muda Terkini
JUMPER PUNB sebuah program usahawan mudah terkini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dengan elaun RM1,200 disediakan kepada pelatih yang terpilih.
Borang permohonan boleh dimuat turun (download) online dari laman portal rasmi PUNB.
Kali ini kami ingin kongsikan sedikit maklumat umum mengenai peluang keemasan untuk para belia negara yang ingin menceburi bidang keusahawanan melalui program JUMPER PUNB tahun ini.
Baca juga: Semakan Status Bantuan Sara Hidup (BSH) Online
Permohonan Program JUMPER PUNB
Melalui program ini pelatih yang terpilih akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan selama 8 bulan.
Program ini akan berlangsung selama 8 bulan.
Ramai soal, selepas tamat kursus, apa yang akan berlaku seterusnya?
Setelah tamat latihan, anda akan berpeluang mendapat GERAN sebanyak RM10,00 berserta dengan pembiayaan minimum sebanyak RM40,000.
Jika ini bukan peluang baik yang anda perlu rebut, anda tunggu apa lagi?
Sila rujuk iklan hebahan Program JUMPER PUNB di bawah untuk maklumat terperinci mengenai cara-cara memohon dan maklumat lain.
Walaupun tarikh tutup dalam iklan ini ialah Ogos tahun 2019, sebenarnya program ini masih terbuka untuk mereka yang berminat untuk mengikutinya.
Jadi jangan lepaskan peluang ini.
Anda boleh semak maklumat terkini di laman website rasmi PUNB di bawah.
Syarat Untuk Menyertai Program Ini
Sebelum anda memohon, mungkin anda ingin mengetahui apakah JUMPER PUNB ini.
Program ini adalah program yang bertujuan membantu graduan muda yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya masa depan.
Pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam dunia perniagaan melalui latihan di syarikat-syarikat naungan PUNB.
PUNB adalah singkatan kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan program ini adalah antara program yang dilaksanakan oleh pihak PUNB.
Nak tahu lebih banyak mengenai PUNB?
Layari portal rasmi PUNB untuk maklumat lebih terperinci mengenai agensi ini.
Siapa Yang Perlu Memohon?
Jika anda memiliki kriteria seperti di bawah anda dipelawa untuk memohon program ini.
- Graduan muda yang tercari-cari platform latihan & bimbingan dalam bidang perniagaan global
- Bumiputera tidak melebihi 30 tahu semasa tarikh pendaftaran.
- Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atsa) dari Institusi yang diiktiraf kerajaan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam apa jua industri.
- Sanggup menjalani latihan sepenuh masa.
Keistimewaan
Berikut adalah keistimewaan mengikuti program ini. Jika tekad sudah bulat ingin menjadi usahawan ini tentu menarik.
- Perantis akan menerima elaun sara diri bulanan sebanyak RM1,200.
- Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan.
- Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani latihan termasuk kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
- Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 beserta pembiayaan minimum sebanyak RM40,000 untuk memulakan perniagaan.*
*Tertakluk kepada terma & syarat
Kelayakan
Untuk memohon mengikuti program ini, anda perlu memiliki kelayakan seperti yang tersenarai di bawah;
- Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan ke arah global.
- Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa tarikh pendaftaran.
- Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi Pengajian yang diiktiraf Kerajaan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam apa jua industri.
- Sanggup menjalani latihan sepenuh masa
Mentor
Jika anda baru bermula anda akan diberikan mentor. Ini adalah sesuatu yang bagus kerana pelatih akan berpeluang menimba ilmu perniagaan dari mereka yang sudah pakar.
Pelatih akan menjalani latihan ini bersama mentor. Kira macam program mentor menyanyi di TV tu ler mungkin.
- Kebanyakan mentor merupakan syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB.
- Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
Di mana untuk dapatkan borang permohonan untuk menyertai kursus ini? Mudah sahaja. Anda boleh download borang permohonan menggunakan link di bawah.
Untuk memohon, borang permohonan boleh anda download di sini.
Jika anda perlukan maklumat lanjut sila hubungi maklumat perhubungan yang tertera di bawah.
Toll Free Line: 1300-13-7862
Tel: 03 – 2785 1492 / 1848 / 1908
E-mail: jumper@punb.com.my
Diharapkan perkongsian maklumat mengenai program JUMPER PUNB ini bermanfaat kepada anda. Jangan lepaskan peluang bergelar usahawan berjaya. Mungkin reziki anda untuk memiliki perniagaan sendiri nanti.