Terminal Bas Kajang Ketahui 3 Cara Untuk Ke Hentian Bas Tersebut
Terminal Bas Kajang atau Kajang Bus Terminal ini memang agak popular. Memang selalu guna hentian bas Kajang ini kerana banyak syarikat bas guna terminal tersebut.
Dah namanya Terminal Bas Kajang, tentulah ianya terletak di Kajang di bawah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Kejap lagi nak kongsi lokasi dan cara untuk ke terminal bas tersebut.
Lokasi & Contact Number
Kalau nak ke sana sebenarnya tak susah. Hanya perlu Google lokasinya dan jika anda memandu, boleh set direction guna Google Map dalam phone anda.
Kajang Bus Terminal Kaunter 1-57, Jalan Reko, Pusat Hentian Kajang, 43650 Kajang, Selangor.
Tel : +603-87342251
Lokasi yang kami nak share kat bawah nie pun guna Google Map juga.
Ramai tanya, macam mana nak contact atau telefon terminal bas tersebut? Sebenarnya kebanyakan terminal bas tiada menyediakan nombor telefon yang khusus.
Kalau nak telefon, boleh gunakan nombor telefon syarikat bas yang anda gunakan.
Biasanya kebanyakan syarikat bas ada kaunter tiket di terminal tersebut. Boleh berhubung terus dengan syarikat bas express pilihan masing-masing untuk maklumat terkini perjalanan anda.
Waktu Operasi Kaunter Tiket Bas Hentian Kajang
Nak beli tiket melalui kaunter tiket? Boleh, cuma ada cara lebih mudah. Anda boleh book tiket bas secara online.
Sampai ke terminal bas tak perlu lagi beli tiket. Cara ini lebih baik kerana, ada masanya tiket bas habis terjual.
Waktu operasi terminal bas kat sini biasanya seperti terminal bas lain juga. Dari pagi hingga malam.
Syarikat bas express yang berbeza mungkin berbeza masa buka kaunter tiket basnya. Terpulang dengan keperluan operasi syarikat bas tersebut.
3 Cara Untuk Ke Terminal Bas Tersebut
So kalau nak ke terminal bas tersebut selain dari memandu sendiri, boleh tak guna cara lain?
Boleh sangat.
Sebenarnya ada 3 pilihan pengangkutan awam boleh anda gunakan.
A. Guna Bas Awam
Ada 7 laluan bas yang boleh anda gunakan untuk ke sana. Antaranya seperti senarai di bawah;
- Bas dari South City Plaza Seri Kembangan
- Bas dari KTM Serdang Parking Seri Kembangan
- Bas dari Institut Penilaian Negara (INSPEN) Sepang
- Bas dari Presint 14 Putrajaya Sepang
- Bas dari Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Sepang
- Bas dari Menara Usahawan Sepang
- Bas dari Jabatan Alam Sekitar Precint 4 Putrajaya Sepang
B. Guna Keretapi
Selain guna bas, boleh tak guna keretapi untuk ke sana? Kenapa pula tak boleh.
Anda boleh ambil keretapi dari mana-mana 2 lokasi di bawah untuk ke terminal bas ini.
- Keretapi dari South City Plaza Seri Kembangan
- Keretapi dari KTM Serdang Parking Seri Kembangan
C. Guna MRT & LRT
Selain guna bas dan keretapi anda juga boleh guna khidmat LRT dan MRT.
Boleh ambil MRT dan LRT dari 2 lokasi di bawah untuk ke Kajang Bus Terminal
- MRT & LRT dari South City Plaza Seri Kembangan
- MRT & LRT dari KTM Serdang Parking Seri Kembangan
Baiklah, harap sedikit informasi nak ke Terminal Bas Kajang ini dapatlah membantu anda sedikit sebanyak.
Tak susah sebenarnya. Kalau masih tak yakin, orang tua-tua kata ‘Malu Bertanya Sesat Jalan’. Kena rajin-rajin bertanya supaya tak sesat jalan.