Kaunter Tiket TBS Waktu Operasi & Contact Number
Kaunter tiket TBS atau nama penuhnya Terminal Bersepadu Selatan (TBS) merupakan salah sebuah stesen bas terbesar dan utama di Kuala Lumpur selain Terminal Bas Pekeliling dan Hentian Duta. Kalau nak jalan ke mana-mana guna bas dari KL biasanya mesti kita guna TBS.
Kira TBS ini adalah terminal bas utama menghubungkan semua destinasi lain di Semenanjung Malaysia.
Sebab itu kalau kita ke sana, boleh nampak pergerakan penumpang yang besar dan tempat ini sentiasa penuh sesak terutama semasa musim perayaan dan cuti umum.
TBS mula dibuka secara rasmi pada tahun 2011 dan terkenal dalam kalangan pengguna bas ekspres untuk penggunaan teknologi canggih serta kemudahan selesa.
Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk sampai ke terminal bas ini. Antaranya ialah dengan menggunakan LRT, KTM komuter, bas RapidKL , KLIA Transit serta teksi. Namun, LRT merupakan opsyen murah dan paling digemari oleh penumpang.
Maklumat penting seperti kaunter tiket bas, waktu beroperasi, kaedah penempahan tiket dan maklumat perhubungan disertakan di bawah.
Kaunter Tiket TBS
Terdapat kaunter tiket dan mesin tiket layan diri disediakan di TBS bagi memudahkan serta melancarkan proses pembelian tiket penumpang.
Ini memang penting, tak perlu lagi tunggu kaunter tiket syarikat bas buka. Boleh beli dari mesin layan diri sahaja.
Sebenarnya tiket bas juga boleh dibeli secara manual dari kaunter CTS 1-59. Mesin Tiket Layan Diri 1-11 boleh didapati di aras 3 atau 4 dalam bangunan yang sama.
Selain itu, bagi mereka yang menempah tiket atas talian, anda boleh menukarkan kod tempahan melalui talian ke tiket yang sah di kaunter A, D, E, F atau G. Kaunter B &C disediakan khusus untuk golongan warga emas dan OKU.
Di samping itu, penumpang dinasihatkan agar menukarkan kod tempahan ke tiket sah sekurang-kurangnya 1 jam sebelum masa perjalanan bas bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa transit.
Waktu Operasi
Kaunter tiket di terminal ini beroperasi untuk 24 jam, 7 hari seminggu bagi memudahkan para penumpang membeli tiket.
Bolehlah pergi sana bila-bila masa untuk urusan beli tiket bas.
Tetapi jika nak mudah dan senang sekarang kan dah ada banyak apps online yang menyediakan kemudahan beli tiket bas secara online.
Mungkin book tiket bas secara online ini lebih baik.
Cara Book Tiket Bas
Para penumpang boleh mendapatkan tiket sama ada dengan membeli terus melalui Kaunter CTS1-59 dan Mesin Tiket Layan Diri 1-12 atau dengan menempah secara online.
Kini, TBS menyediakan khidmat pembelian tiket (CTS) atas talian gunakan portal (e-tiket) https://eticketing.tbsbts.com.my/ctsonline/Account/LogOn
Penumpang boleh meggunakan kad kredit atau sistem perbankan dalam talian untuk melakukan pembayaran.
Yang menariknya, , kini terdapat aplikasi TBS di google Play store. Oleh itu, segala maklumat mengenai destinasi perjalanan, harga serta tempahan tiket boleh dilakukan menggunakan aplikasi ini.
Antara yang popular ialah apps yang dibangunkan oleh easybook.com dan busonlineticket.com
Mudah, cepat serta menjimatkan masa.
Namun, harga tiket boleh berubah bergantung pada musim perayaan, promosi serta syarikat bas dipilih.
Dinasihatkan agar penumpang menyemak harga tiket dari masa ke masa di laman web diberikan.
Syarikat Bas Beroperasi di TBS
Terdapat beberapa syarikat bas ekspres popular yang menawarkan servis bas ekspres ke pelbagai destinasi di TBS.
Berikut merupakan senarai operator bas popular dalam kalangan penumpang. Harga tiket bas ditawarkan bergantung pada syarikat dipilih serta kemudahan disediakan untuk penumpang.
Tidak bermaksud ini sahaja bas yang ada di TBS yer. Sebab ada begitu banyak lagi. Ini hanya sebahagian kecil, ada begitu banyak syarikat bas beroperasi di sana.
Cuma ini adalah yang popular mungkin kerana dah lama beroperasi di Malaysia.
- Transnasional
- Plusliner
- Bus KKKL Express
- Sani Express
- Perdana Express
- E-Mutiara
- Adik Beradik Express
- LA Holidays
Destinasi Popular Dari TBS
Berikut merupakan antara laluan perjalanan popular yang dikendalikan oleh syarikat bas dari stesen TBS.
Servis bas ekspres bagi laluan perjalanan di bawah ditawarkan pada setiap hari.
- JB Larkin Sentral
- Melaka Sentral
- Kuantan
- Kuala Terengganu
Jangan silap, dari TBS anda boleh ke mana-mana destinasi dan ada sahaja bas yang boleh anda ambil dari sana.
Yang dalam senarai dekat atas tu adalah destinasi yang paling banyak bas express setiap hari. Kira yang destinasi yang paling ramai penumpang bas nak pergilah tu.
Kemudahan Terminal TBS
Pelbagai kemudahan disediakan khas untuk penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas di TBS.
Antaranya ialah mesin ATM, pusat bagasi dan loker, tandas dan bilik khas untuk menjaga kanak- kanak.
Seterusnya, penumpang berumat Islam turut boleh menunaikan solat di surau yang disediakan di bangunan terminal ini.
Bagi mereka yang ingin manjamu selera sebelum perjalanan, anda boleh mengunjungi medan selera yang terdapat di sekitar terminal ini.
Maklumat Perhubungan
Berikut merupakan maklumat perhubungan (contact number) bagi stesen TBS. Bagi sebarang pertanyaan, boleh menghubungi nombor di bawah ini.
Terminal ini terletak di Bandar Tasek Selatan, terus teringat lagu kumpulan Olan bertajuk ‘Bandar Tasik Selatan’ yang sangat popular satu ketika dulu.
Alamat: Jalan Terminal Selatan, Bandar Tasek Selatan, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nombor telefon: 03-9051 2000, 03-90512121
Laman web: http://www.tbsbts.com.my/my/laman-utama
Email: customercare@tbsbts.com.my
Semoga sedikit informasi mengenai waktu operasi dan contact number kaunter tiket TBS ini dapatlah membantu anda sedikit sebanyak. Marilah bersama menyokong industri pengangkutan awam dalam negara kita.
Terima kasih Kaunter services TBS kerana dengan bantuan anda saya telah berjaya mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan baik..terima kasih
Saya bagi 10 bintangggggg…..
Terima kasih. Semoga dapat membantu.
nak tanya, kaunter penukaran tiket bas (yg beli online) bukk 24 jam ka?
No tel kaunter NAZA..TBS