Gaji Penjawat Awam Naik 15% Mulai Disember 2024
Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 15% bermula Disember 2024.
READ: Perbezaan GAJI POKOK, GAJI KASAR & GAJI BERSIH Ilustrasi Bergambar
Ini adalah antara berita gembira yang diumumkan semasa Perhimpunan Hari Pekerja.
Inisiatif ini adalah hasil daripada Kajian Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSPA).
Kenaikan sebanyak 15% ini adalah kenaikan gaji kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Ini adalah kenaikan yang paling baik dalam negara.
Selain iti kerajaan juga bersetuju untuk memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Baru (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran ini sebenarnya telahpun dibuat pada bulan Februari lalu untuk membantu meringankan beban persediaan persekolahan, persiapan bulan Ramadan dan juga Syawal.
Semoga inisiatif kenaikan gaji yang dibuat oleh kerajaan ini kelak akan meningkatkan lagi prestasi kerja penjawat awam kita di Malaysia.