Bagaimana Dapat Kerja Offshore Tanpa Pengalaman?

Bolehkah kerja offshore jika tiada pengalaman?

Apa itu kerja offshore?

Anda mesti pernah lihat kan orang-orang bekerja di tengah-tengah laut, biasanya pekerjaan yang berkaitan dengan industri seperti minyak dan gas, perkapalan, pengeboran laut, dan banyak lagi.

Itulah kerja offshore yang sebenarnya! Anda harus bekerja dan tinggal jauh dari daratan di atas platform, kapal, atau fixed platform.

Rasa berminat nak kerja offshore, tapi tak ada pengalaman. Bolehkah nak kerja offshore tanpa sebarang pengalaman?

READ: Syarat Kerja Offshore Perempuan – Kelayakan Asas Yang Perlu Anda Ada

Kerja offshore jika tanpa sebarang pengalaman boleh menjadi satu cabaran yang sukar, tetapi ia bukanlah perkara yang mustahil.

Jika anda nak memulakan kerjaya offshore tanpa pengalaman, anda mungkin boleh cuba beberapa langkah berikut:

1. Tentukan bidang kerjaya anda

Bidang offshore ni ada banyak, antaranya minyak dan gas, tenaga angin, kimpalan, blaster, pengeboran, dan banyak lagi.

Anda perlu tentukan bidang yang anda berminat kemudian pelajari kemahiran asas dan kelayakan yang diperlukan.

2. Pendidikan dan latihan

Dapatkan pendidikan dan latihan yang relevan dengan bidang offshore yang anda minati.

Anda boleh mengambil kursus atau latihan di mana-mana institusi pendidikan kemahiran dan dapatkan sijil atau lesen yang diperlukan.

3. Kemahiran asas

Kemahiran asas ataupun soft skills yang anda miliki mungkin akan bermanfaat dalam pekerjaan offshore seperti kemahiran berkomunikasi, boleh bekerja dalam kumpulan, pengetahuan keselamatan, dan kemampuan bekerja dalam persekitaran yang berisiko tinggi.

Jika anda mempunyai soft skills dan tenaga mental dan fizikal yang diperlukan, anda boleh saja diterima bekerja di offshore.

4. Buat tinjauan jawatan kosong

Setiap syarikat-syarikat offshore pasti memilki laman web masing-masing. Melalui laman web rasmi syarikat, anda boleh membuat tinjauan tentang jawatan kosong yang mereka tawarkan.

Mereka mungkin menawarkan peluang pekerjaan bagi golongan pemula yang belum berpengalaman dalam bidang offshore.

5. Networking

Mempunyai jaringan dengan orang-orang yang bekerja dalam industri offshore akan lebih memudahkan anda mendapatkan maklumat terkini tentang penawaran pekerjaan terbaharu.

Bagaimana nak mulakan networking?

Antara cara yang anda boleh lakukan adalah dengan menghadiri pameran industri atau bergabung dalam komuniti online yang berfokus pada industri offshore.

6. Menghantar permohonan pekerjaan

Setelah anda menemui pekerjaan yang sesuai, hantarkan permohonan pekerjaan yang formal dan jelaskan mengapa anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan.

Dan jangan lupa! Paling penting sekali, jelaskan bagaimana kebolehan dan semangat yang anda miliki boleh menyumbang kepada industri walaupun anda tidak berpengalaman bekerja dalam bidang offshore.

7. Melalui Latihan Industri

Banyak syarikat offshore yang menawarkan program latihan industri bagi pemula. Melalui program latihan industri inilah akan memberikan anda peluang untuk mendapatkan pengalaman kali pertama dalam persekitaran offshore.

Jadi, bagi anda yang minat nak kerja offshore tapi tidak ada pengalaman, jangan berputus asa! Kerana anda masih mempunyai peluang dan cara yang anda boleh lakukan untuk terus mengejar cita-cita anda.

Bekerja offshore bukanlah pekerjaan yang ringan, jadi peringatan untuk anda agar sentiasa mementingkan keselamatan, peraturan, dan etika kerja di offshore kerana persekitaran pekerjaannya sangatlah berisiko tinggi dan memerlukan disiplin yang kuat.