Tarikh Permohonan MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun Ini

Berita baik kepada para pelajar yang berminat untuk sambung pengajian peringkat Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2024, permohonan akan dibuka tidak lama lagi.

Pelajar yang berjaya lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bolehlah mengambil peluang yang terbuka ini.

Senarai kursus ditawarkan di MRSM untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

READ: Iklan Jawatan Kosong Guru MRSM

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Untuk makluman anda, MRSM menawarkan 6 program yang boleh anda pilih.

  1. Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  2. Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  3. IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  4. IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  5. Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  6. PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Bolehlah pilih salah satu yang berkenaan dan sesuai dengan anda.

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke MRSM

Tentu ada syarat Umum dan Khusus yang perlu anda ada untuk kemasukan ke MRSM. Untuk perkongsian kali ini sila semak syarat kelayakan umum di bawah.

Syarat Kemasukan Umum

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon memohon secara dalam talian (online)
  4. Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  5. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
  7. Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Cara Memohon

Berikut adalah cara-cara untuk memohon ke MRSM. Ini adalah panduan umum sahaja, anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak MRSM untuk panduan lebih terperinci.

  1. Pergi ke laman web rasmi MARA di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
  3. Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya.
  4. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  5. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  6. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan dan lengkapkan semua butiran atau maklumat yang diperlukan.
  7. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

Sebelum memohon secara online ada baiknya anda membaca dengan teliti Buku Panduan Permohonan MRSM

Sentiasalah melayari website rasmi MARA https://www.mara.gov.my/ untuk informasi mengenai tarikh permohonan MRSM tahun ini.

Semakan Status Permohonan UKKM MRSM

Jika anda ada memohon untuk sesi UKKM MRSM, anda boleh membuat semakan status permohonan anda secara online.

A. Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1

B. Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4

Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci, anda boleh menghubungi pihak MRSM melalui talian utama: 03-261 32000 E-mel : pengambilanmrsm@mara.gov.my

Semoga sedikit informasi umum mengenai permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun ini bermanfaat kepada anda. All the best!