Lokasi & Harga Parking Kereta Di Jeti Kuala Perlis

Perkihdmatan parking kereta ada disediakan di Jeti Kuala Perlis untuk kemudahan para penumpang ferry yang menggunakan jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi.

Selepas artikel terdahulu mengenai jadual feri dari Kuala Perlis ke Langkawi, ramai yang tanya ada atau tiada tempat parking kereta di kawasan jeti Kuala Perlis.

Ramai yang lebih gemar gunakan terminal ferry di jeti Kuala Perlis untuk ke pulau lagenda tersebut.

Sebenarnya ramai pengunjung ke Pulau Langkawi yang memilih untuk meninggalkan kenderaan mereka di jeti Kuala Perlis kerana lebih murah dan mudah.

Para pengunjung ke Langkawi yang naik feri tentulah kena parking kereta di sekitar jeti, untuk yang tidak mahu bawa kereta masuk ke pulau peranginan tersebut.

Baca juga: Book tiket feri melalui applikasi online.

Harga Parking Kereta Di Jeti Kuala Perlis

Seperti di jeti Kuala Kedah, di mana ramai yang memilih untuk parking kereta di Kuala Kedah, terminal feri Kuala Perlis juga ada disediakan tempat letak kereta untuk penumpang feri.

Cuma kemudahan tersebut tidaklah disediakan secara percuma.

Anda perlu bayar perkhidmatan ini kerana ianya disediakan oleh pihak persendirian atau swasta.

Baiklah, sebelum itu kami ingin mengingatkan anda seperkara, ramai ulat parking berkeliaran disekitar hadapan terminal jeti dan mungkin anda bakal berhadapan dengan mereka.

Sebelum parking, pemilik kenderaan kena berhati-hati kerana ada laporan akhbar yang menyiarkan cerita yang kurang enak mengenai tempat letak kenderaan di Kuala Perlis.

Kalau ada masa boleh baca laporan akhbar NST mengenai masalah parking yang dihadapi pengguna di jeti Kuala Perlis.

Harga parking tidak menentu, terpulang kepada pengusaha yang menyediakan tempat letak kereta di kawasan sekitar berdekatan dengan jeti.

Walaupun harga mungkin berbeza-beza tetapi harga yang ditawarkan tidaklah jauh perbezaannya antara pengusaha tempat letak kenderaan.

Setakat ini kebanyakan pengusaha tempat meletakkan kenderaan menawarkan harga antara RM10 hingga RM15 sehari.

Ada masa-masa tertentu mereka mengadakan pakej / promosi lebih murah atau anda akan dapat diskaun jika parking lebih lama.

Tempat letak kereta berbumbung lebih mahal berbanding di kawasan yang terbuka.

Kalau mahu lebih murah letak sahaja kenderaan anda di kawasan tanpa bumbung, anda bukan ke Langkawi berbulan-bulan.

Keselamatan Kereta

Kemudahan tempat letak kereta di jeti Kuala Perlis

Selamat atau tidak parking kereta di tempat-tempat tersebut? Nak kata selamat 100% tak bolehlah juga. Keselamatan ini susah untuk djamin.

Walau bagaimanapun biasanya kebanyakan pengusaha tempat meletakkan kereta untuk pengunjung yang menaiki feri ke Langkawi akan menjaga / memantau keselamatan kereta anda sepanjang masa yang berada di bawah tanggungjawab mereka.

Pastikan anda letak kenderaan anda ditempat letak kereta yang berlesen sahaja di kawasan jeti Kuala Perlis.

Lokasi Tempat Letak Kereta

Jauh tak tempat letak kereta? Sebenarnya kebanyakan kawasan letak kereta tersebut ada di sekitar terminal feri.

Tidaklah juga jauh sangat, mungkin memakan masa berjalan kaki sekitar 5- 15 minat sahaja.

Ada berberapa tempat boleh letak kereta di sekitar Jeti Kuala Perlis, tetapi yang paling popular dan sering dikongsikan di online dengan rating 5 Star ialah tempat letak kereta Yusof Bee.

Untuk memudahkan anda boleh berhubung dengan Yusuf Bee Enterprise di talian 0124683560 Mak Bee (pemilik tempat letak kereta tersebut) untuk maklumat tempat letak kereta.

Jika tempat beliau penuh, beliau mungkin mereka boleh recomend tempat letak  kereta di syarikat berlesen yang lain.

Kalau di jeti Kuala Kedah pengunjung ke Langkawi boleh letak kereta semasa musim cuti sekolah di Projek Letak Kereta PIBG SK Haji Ismail. Lebih mudah bukan?

Boleh baca perkongsian Cik Ayu Tabita di blog beliau mengenai pengalaman meletakkan kereta dengan Yusuf Bee Enterprise.

Sebenarnya ada banyak pengusaha. Di bawah ada berberapa pautan yang boleh anda check untuk cari perkhidmatan parking kereta di Kuala Perlis Jetty.