Pas Bulanan My50 Insentif Kerajaan Kepada Rakyat

My50 insentif bantuan kerajaan ini adalah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari yang membolehkan rakyat menggunakan perkhidmatan Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL, dan bas perantara MRT di Lembah Klang.

Pas bulanan My50
Sumber : Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara

READ: Program MyPSV – Ambil Lesen Kelas E dan Lesen PSV Percuma

Ini bermakna, dengan hanya membayar RM50 sahaja anda boleh melakukan perjalanan ke mana sahaja tanpa had selama 30 hari dengan menaiki semua perkhidmatan rel, bas Rapid Penang dan Rapid KL.

Walau bagaimana pun, bagi Kuantan, My50 tidak boleh digunakan untuk servis Rapid Kuantan.

Tempoh Permohonan

Permohonan ini dibuka bermula 15 Februari 2023 dan masih dibuka sehingga ke hari ini. Tarikh tutup pembelian pula akan dimaklumkan kelak.

Kelayakan Pemohon My50

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah
  • Individu yang layak boleh membeli My50 di Lembah Klang dan Pas Mutiara untuk Pulau Pinang.

Cara Memohon My50

Pemohon perlu mempunya dokumen MyKad ataupun MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go.

Pembaharuan pas ataupun tambah nilai noleh dilakukan di beberapa senarai Kaunter Perkhidmatan Pelanggan berikut:

  1. Semua stesen LRT
  2. Semua stesen Monorel
  3. Semua stesen BRT
  4. Hab Bas RPID KL tertentu:
  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  • KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Pearl Point
  • Sunway Pyramid
  • Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam

5. Kiosk Rapid Penang tertentu:

  • Komtar
  • Weld Quay (Termial B)
  • Penang Sentral
  • Bukit Jambul
  • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
  • Kompleks Dat’ kailan (Kepala Batas)
  • Balik Pulau
  • Bukit Mertajam

Cara Beli Pas My50 di Lembah Klang

  1. Bawa MyKad ataupun MyTentera anda ke mana-mana kaunter perkhidmatan pelanggan yang dinyatakan di atas.
  2. Sebelum itu, pastikan MyKad/MyTentera mempunyai baki sekurang-kurangnya RM55 kerana harga pas My50 adalah RM50.
  3. Pas My50 anda akan diaktifkan sebaik sahaja MyKad/MyTentera anda menyentuh pas pintu dan akan dianggap sebagai 1 hari. Jadi, pastikan anda pertimbangkan terlebih dahulu bila anda ingin mengaktifkan pas anda supaya tempoh masa 30 hari pas anda tidak terbazir begitu sahaja.
  4. Pembaharuan pas automatik pun boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih. Anda tinggal pilih sahaja pembaharuan automatik My50. Jadi, pastikan nilai MyKad/MyTentera anda sentiasa tidak kurang RM55 untuk membolehkan pembayaran secara automatik sebanyak RM50.

Cara Beli Pas My50 Mutiara di Pulau Pinang

  1. Pembelian Pas My50 Mutiara pula boleh dibeli di mana-mana hab bas atau kiosk terpilih di Pulau Pinang. Untuk lokasi kiosk anda boleh rujuk kembali senarai di atas.
  2. Pas My50 anda akan diaktifkan sebaik sahaja MyKad/MyTentera anda menyentuh pembaca kad bas dan akan dianggap sebagai 1 hari. Jadi, pastikan anda pertimbangkan terlebih dahulu bila anda ingin mengaktifkan pas anda supaya tempoh masa 30 hari pas anda tidak terbazir begitu sahaja.
  3. Selain hab bas di Pulau Pinang, anda juga boleh memohon pembaharuan automatik di mana-mana hab bas yang terpilih di Kuantan Sahaja.

Berikut adalah alamat yang anda boleh hubungi sekiranya terdapat kemusykilan tentang Pas My50:

Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci, anda boleh juga layari website rasmi RapidKL, email suggest@rapidkl.com.my atau hubungi mereka di talian 03-7885 2585.

Jika anda selalu menggunakan perkhidmatan yang tersenarai di atas, pass bulanan My50 ini mungkin sesuai dengan keperluan dan membantu menjimatkan kos perjalanan anda.