Pemakaian Baju Batik Penjawat Awam Pada Hari Khamis Pekeliling JPA

Rujuk pekeliling baju batik penjawat awam pada hari khamis. Etika pemakaian baju batik ini telah dikeluarkan surat pekeliling baru-baru ini. Download surat edaran pekeliling dan etika pemakaian baju batik lelaki dan perempuan kerajaan.

Wajib dan muktamad!

Surat pekeliling telah dikeluarkan di mana semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari khamis.

Pekeliling baju batik penjawat awam

READ: Download Jadual Peperiksaan SPM 2023

Pemakaian batik digalakkan pada hari bekerja lain.

  1. Pengecualian kepada pegawai yang
    • Dibekalkan pakaian seragam
    • Menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu
  2. Tatacara pemakaian batik boleh dirujuk di Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 (SPP1/2006)

Sila download surat pekeliling mengenai >> Tatacara Etika Pemakain Batik Pegawai Perkhidmatan Awam

Arahan pemakain baju batik Malaysia ini berkuatkuasa mulai 21 Ogos 2023.

Sila rujuk surat pekeliling yang telah dikeluarkan baru-baru ini di bawah.

Pemakaian baju batik pada hari khamis

Etika pemakaian baju batik

Rujuk >> Surat Pekeliling Baju Batik Penjawat Awam

Sebenarnya pemakaian batik Malaysia ini telah mula diperkenalkan kepada pegawai perkhidmatan awam sejak tahun 1985 lagi

Ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada industri batik Malaysia dalam usaha memastikan ianyaberterusan dan kekal sebagai warisan dan identiti rakyat negara ini.

Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci bolehlah berhubung terus dengan JPA guna contact number di bawah.

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Blok C1-C3, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
Tel: 603 8000 8000

Semoga dengan usaha kerajaan ini, industri batik Malaysia akan berkembang maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa nanti.